Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia. Rawatan kemoterapi bagi pesakit kanser adalah sangat menyakitkan, malah ia juga boleh membawa maut sekiranya dikesan pada tahap yang serius.

Tahukah anda bahawa kanser boleh dicegah dengan mengamalkan makanan anti kanser. Nak tahu apakah dia makanan anti kanser?

makanan anti kanser
Sumber: Wanista

Apakah yang dimaksudkan dengan kanser? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser adalah penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal dan boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Di antara kanser yang paling kerap menyerang rakyat Malaysia ialah kanser pangkal rahim, kanser payudara, kanser limfoma, kanser patu-paru, dan kanser tulang.

Kanser adalah sejenis penyakit kronik yang berkaitan dengan satu keadaan di mana berlakunya ketidakseimbangan dalam replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah dan bereplikasi mengikut aturan bagi membolehkan tumbesaran badan dan proses pemulihan selepas berlakunya sebarang kecederaan kepada tubuh badan.

Namun adakalanya sel ini bertambah secara tidak normal lalu menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal pada badan yang dikenali sebagai tumor.

Tumor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bukan barah (benign) dan barah (malignant). Tumor bukan barah tidak akan merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain manakala tumor barah yang terdiri daripada sel-sel barah yang tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah juga boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan berlakunya komplikasi sistemik dan kehilangan fungsi multi organ lalu menyebabkan kematian.

Apabila sel kanser sampai ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di bahagian tersebut. Keadaan barah yang sudah merebak ini dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis.

Selain itu, perkataan barah juga boleh digunakan untuk keadaan di mana berlakunya pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor seperti yang berlaku kepada pesakit leukimia.

Apakah makanan anti kanser yang boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kanser?

Bawang putih, bawang besar, dan bawang bombay

Bawang merupakan super food yang dipercayai mampu mengawal dan mencegah kanser. Kesemua bawang yang disenaraikan ini mempunyai satu bahan yang dimakan Allicin. Allicin adalah bahan yang memberikan rasa tengik dan gas pemedih mata yang ada dalam bawang. Bagaimana bawang putih, bawang besar, dan bawang bombay membantu mencegah kanser?

Allicin adalah bahan antibakteria, antivirus, antiradang dan antioksida yang sangat membantu untuk mencegah kanser dan mencegah sel kanser daripada merebak ke bahagian tubuh badan dan organ yang lain. Oleh itum amalkan bawang dalam menu setiap hari anda. Bawang putih dan bawang besar seeloknya dimakan secara mentah sementara bawang bombay boleh dimasukkan ke dalam masakan.

Kunyit

Kunyit merupakan herba yang selalu kita gunakan sebagai bahan masakan. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kunyit adalah salah satu daripada super food yang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat kanser. Di dalam kunyit terdapat satu bahan yang bernama antiangiogenesis yang berfungsi untuk menghalang bekalan darah daripada sampai kepada sel kanser.

Apabila set kanser tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya, sel kanser tersebut akan mati. Apabila semua sel kanser telah mati, maka pesakit akan menjadi bebas kanser.

makanan anti kanser
Sumber: Hellosehat

Teh hijau

Makanan anti kanser yang seterusnya ialah teh hijau yang kaya dengan antiangiogenesis seperti kunyit. Fungsi utama antiangiogenesis adalah untuk menghalang bekalan darah daripada sampai ke sel kanser supaya sel kanser tersebut mati.

Selain itu, teh hijau juga mempunyai fungsi detoks yang membantu membuang toksin dari tubuh badan. Satu lagi bahan baik yang ada dalam teh hijau adalah folifenol yang sangat membantu melawan sel kanser.

Bunga kobis

Bunga Kubis bukan sahaja sedap dijadikan sebagai salah satu bahan dalam sayur campur, malah ia juga terkenal sebagai pengganti nasi bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Namun ketahuilah bahawa yang sebenarnya bunga kubis juga adalah makanan anti kanser.

Bunga kobis mengandungi sulforaphane iaitu sebatian yang telah terbukti secara klinikal mempunyai kesan anti kanser. Sulforaphane yang dilepaskan ke dalam badan akan menyerang sel kanser dan menghapuskannya tanpa menjejaskan sel badan lain yang sihat.

Lobak merah

Anda pasti tahu, lobak merah sangat baik untuk mata. Apa yang anda tak tahu, lobak merah juga mampu mencegah dan merawat kanser. Kajian mendapati bahawa lobak adalah makanan anti kanser dan mampu merawat kanser prostat.

Dalam satu kajian, tikus yang diberikan lobak merah setiap hari berjaya bebas daripada kanser prostat apabila sel kanser yang ada berjaya dimusnahkan dan tidak dapat membiak. Oleh itu, jadikan lobak merah sebagai salah satu menu dalam makanan anda setiap hari.

Tomato

Anda suka makan tomato? Tomato juga adalah makanan anti kanser. Tomato mempunyai satu bahan yang bernama lycopene iaitu satu fitokimia yang berfungsi untuk melawan sel kanser. Selain itu, tomato juga kaya dengan antioksida yang membantu menghasilkan sel badan yang sihat.

makanan anti kanser
Sumber: Suttons

Itulah dia tadi info tentang makanan anti kanser yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca kanser dan kanser rahim

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.