Kes pembuangan bayi hangat diperkatakan dini hari, bukan satu kes tetapi berpuluh-puluh kes yang dilaporkan dalam sehari. Mengikut statistik kes pembuangan bayi yang tertinggi, kebanyakan kes ini berlaku di kawasan pedalaman juga tidak terkecuali di bandar yang pesat membangun.

Setelah dikaji punca pembuangan bayi secara menyeluruh, langkah mengatasi pembuangan bayi telah dikenal pasti memberi keberkesanan agar kes ini tidak lagi berleluasa. Setiap orang harus memainkan peranan penting dan bertanggungjawab mengatasi pembuangan bayi. Sama ada masyarakat, keluarga, pihak sekolah dan lain-lain, jom ketahui 20 langkah mengatasi pembuangan bayi berkesan.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [theborneopost]

1. Menyekat Program Hiburan

Langkah mengatasi pembuangan bayi adalah pihak berkuasa perlulah menyekat program hiburan atau program yang melalaikan dan membawa kepada zina. Hiburan berunsurkan lucah, adegan filem yang tidak sesuai ditonton oleh para remaja serta program yang terlalu mendedahkan aurat sememangnya tidak sesuai untuk negara kita. Yakni, pihak berkuasa harus sedar dan mengambil tindakan akan hal ini.

2. Melaksanakan Undang-Undang Berzina

Pihak berkuasa perlu melaksanakan undang-undang sekiranya para remaja didapati berzina. Hukuman setimpal yang harus dikenakan seperti sebat dan lain-lain lagi adalah cadangan yang baik sebagai langkah mengatasi pembuangan bayi.

3. Hebahan Dan Kempen Kesedaran

Tidak terkecuali, hebahan juga boleh dibuat di media sosial facebook, instagram dan sebagainya. Kempen kesedaran tentang bahayanya seks bebas dan balasan mereka yang berzina boleh diketengahkan. Semuanya dapat dihebahkan melalui laman media sosial untuk umum ketahui.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [jurnalsumatra]

4. Mengawasi Pergaulan Anak-Anak

Awaslah pergaulan anak-anak, pastikan mereka bercakap dengan baik tanpa ada niat lain. Dengan memastikan anak bergaul dengan baik, ia juga adalah langkah mengatasi pembuangan bayi. Pastinya tidak akan berlaku hal yang tidak elok.

5. Mengenali Dan Memantau Anak Dan Rakan Sebaya

Kenali rakan sebaya anak dan pantaulah apa yang mereka buat dan ke mana sahaja yang mereka pergi. Langkah mengatasi pembuangan bayi juga bermula dari tanggungjawab ibu bapa memastikan dengan siapa anak berkawan.

6. Mengawal Akses Internet Anak Di Telefon Bimbit Dan Laptop

Anak yang menggunakan telefon bimbit dan laptop akan melayari internet pada bila-bila masa. Tidak mengapa, anda masih boleh memantau dan mengawalkan. Kini, sudah ada cara dan sistem untuk anda block apa sahaja laman web dari telefon dan laptop mereka.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [jpnn]

7. Mengasingkan Tempat Tidur Anak-Anak

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, asinglah tidur anak-anak anda apabila mereka telah mencapai 9 tahun. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram atau hal yang tidak boleh dilihat oleh anak. Ia akan mempengaruhi pembesaran mereka dan khuatir menyebabkan pembuangan bayi.

8. Menghalalkan Hubungan Anak

Langkah mengatasi pembuangan bayi juga adalah dengan menghalalkan hubungan anak anda. Tidak mengapa jika mereka berkahwin awal, ia juga untuk mengelakkan perkara yang tidak elok.

9. Mendalami Didikan Agama

Ajarlah anak anda didikan agama yang lebih kuat dan kukuh. Dengan agama yang mendalam, mereka dapat mengawal diri dari melakukan zina justeru merupakan langkah mengatasi pembuangan bayi.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [utusan]

10. Perhatian Dari Keluarga

Anak memerlukan perhatian dari keluarga sejak kecil sehingga dewasa. Sering kita lihat keluarga yang bermasalah atau anak yang tidak dapat perhatian ibu bapa, selalunya akan lebiih cenderung terlibat dengan perkara sosial.

11. Beri Pendidikan Akademi Pada Usia Yang Sesuai

Pendidikan akademik akan membantu remaja untuk meloloskan diri dari gejala sosial. Langkah mengatasi pembuangan bayi bermula dari didikan akademik pada usia yang sesuai.

12. Kurangkan Menggunakan Laman Media Sosial

Walaupun anda kerap menggunakan media sosial, gunalah untuk tujuan yang baik dan relevan. Jangan jadikan media sosial sebagai medium untuk mencari kenalan baru untuk berjumpa begitu sahaja. Ia adalah penyebab akan kes pembuangan bayi menjadi-jadi.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [kosmo]

13. Bergaul Dengan Rakan Yang Baik

Bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan sama jantina juga adalah langkah mengatasi pembuangan bayi. Apatah lagi jika anak anda adalah remaja yang sudah meningkat dewasa.

14. Menutup Aurat Dengan Sempurna

Sama juga seperti didikan agama, jika remaja menjaga aurat dengan baik. Pasti dia dapat menepis dugaan dosa berzina. Langkah mengatasi pembuangan bayi diri sendiri perlu lakukan adalah menutup aurat dengan sempurna.

15. Tidak Ke Tempat Yang Tidak Elok Dan Sunyi

Jangan sesekali berjalan di tempat sunyi seorang diri. Sekiranya terpaksa ke sana, ajaklah teman yang baik untuk temani anda. Langkah mengatasi pembuangan bayi juga adalah elakkan diri ke tempat sosial seperti kelab malam, tempat nyanyian karaoke dan sebagainya.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [warnaasia]

16. Sibukkan Diri Dengan Perkara Berfaedah

Jangan berfikir akan perkara fantasi yang remaja ingin lakukan, sebaliknya sibukkanlah diri dengan melakukan perkara berfaedah. Antara perkara berfaedah adalah menulis, melukis, berbisnes, melakukan hobi anda dan lain-lain lagi.

17. Tidak Terlibat Dengan Jenayah Lain

Langkah mengatasi pembuangan bayi yang perlu dilakukan adalah jauhkan diri daripada mereka yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain. Contohnya, jangan berkawan rapat dengan penagih dadah kerana mereka mungkin mengajak anda melakukan hal yang tidak baik.

18. Menjaga Cara Percakapan Dengan Berlainan Jantina

Sekiranya anda berkawan dengan rakan berlainan jantina, jagalah batas pergaulan dan cara percakapan. Cakaplah dengan baik dan tegas supaya tidak menjadi salah faham antara mereka. Hal sekecil ini juga dapat mengatasi pembuangan bayi yang berleluasa.

langkah mengatasi pembuangan bayi
Imej via [toodia]

19. Nasihat Dan Ceramah Dari Pihak Sekolah

Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi pembuangan bayi. Langkah mengatasi pembuangan bayi yang diambil adalah melakukan ceramah dan program yang memberi impak besar kepada semua murid.

20. Mendedahkan Implikasi Terhadap Mereka

Sebagai masyarakat, pekerja atau orang awam, pastinya kita semua dapat mendedahkan implikasi pembuangan bayi untuk remaja. Mungkin anda boleh sebarkan maklumat penting berkaitan nasihat, kesan pembuangan bayi dan sebagainya di media sosial anda.

Dengan 20 langkah mengatasi pembuangan bayi, pasti negara kita dapat kurangkan statistik pembuangan bayi yang telah meningkat selama ini. Jom baca Punca pembuangan bayi, Harapan ibu bapa terhadap anak dan Statistik anak luar nikah.

Rujukan:

  1. iliassocialwork
  2. pembuanganbayi1996
  3. mazlan66

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.