Penyakit Infuenza berlaku setiap tahun pada bulan-bulan tertentu. Jangkitan Influeanza adalah jangkitan biasa yang selalu berlaku di Malaysia. Jangkitan Influenza selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mereka lebih mudah dijangkiti daripada orang dewasa.

Secara umumnya, penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau flu, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Jangkitan influenza mudah menular, terutama di tempat-tempat tumpuan orang awam seperti sekolah, asrama, institusi latihan dan kem. Kebanyakan pesakit influenza mengalami gejala ringan dan sembuh tanpa rawatan.

Tetapi ada juga kes, seorang kanak-kanak meninggal kerana penyakit Influenza. Oleh itu, jangan ambil mudah mengenai penyakit Influenza. Jadi, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti Influenza. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

langkah berjaga daripada terkena influenza

Imej via Facebook

Langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti Influenza

Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.

Golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Langkah berjaga-jaga bagi individu mempunyai Influenza

Individu yang mempunyai gelaja jangkitan influenza pula disarankan amalkan langkah-langkah dibawah ini, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza:

Berehat di rumah. Jika pergi ke tempat awam, pakai penutup hidung dan mulut dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan.

Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah.

Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi, sapu tangan dan sebagainya dengan orang yang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan.

KKM juga menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:

Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);

Elakkan beri ubat NSAIDS(ibuprofen, voren, dsb) untuk kurangkan demam kerana ia boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak.

Memastikan pesakit minum air secukupnya supaya kekal terhidrat.

Bawa pesakit berjumpa doktor sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai selsema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

*Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jangkitan Influenza tidak termasuk di bawah senarai penyakit berjangkit yang wajib dilaporkan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun begitu, masyarakat perlu menjaga kesihatan diri baik-baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.