Muzik memberikan kesan kepada emosi sama ada ketika gembira, sedih, rindu mahupun untuk membangkitkan semangat. Ada orang yang menjadikan kegemaran mendengar muzik untuk membangkitkan emosi-emosi tertentu.

Muzik yang mendamaikan, rancak atau juga perlahan diiringi dengan barisan lirik yang memukau serta alunan suara yang merdu pasti memberi kesan kepada orang yang mendengarnya.

Itulah sebabnya ada orang yang suka mendengar lagu-lagu sedih ketika kecewa. Ketika adanya sukan-sukan besar di negara kita atau dunia, lagu-lagu untuk membangkitkan semangat kesukanan akan diterbitkan.

Begitu juga ketika ada wabak penyakit yang melanda dunia seperti Covid 19, industri muzik tempatan juga tidak melepaskan peluang mencipta beberapa lagu. Tujuannya untuk memberikan semangat kepada masyarakat dalam mengharungi kehidupan dengan normal baharu.

Oleh itu, dalam artikel ini penulis ingin kongsikan beberapa contoh lagu semangat dengan liriknya sekali yang boleh menjadi motivasi diri untuk membangkitkan semangat. Lagu-lagu ini tidak terhad kepada lagu tempatan sahaja. Apa sahaja lirik yang baik boleh dijadikan pembakar semangat.

Tidak kiralah anda seorang pelajar, ahli sukan mahupun seorang suri rumah. Lagu-lagu semangat seperti ini memberikan aura positif untuk menjalani kehidupan harian. Hayati lirik lagunya dengan mendalam. Anda pasti akan mendapat semangat yang mungkin sudah hampir pudar. Cubalah!

"

Contoh Lagu Pembakar Semangat 1

Lagu: Laskar Pelangi (2008)

Nyanyian: Kumpulan Nidji

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya

Selamanya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu

Contoh Lagu Pembakar Semangat 2

Lagu: Kuasa Juara (Lagu Tema Sukan SEA 2015)

Nyanyian: Kumpulan KRU

Laungan gegar suara
Harapan nusa bangsa
Kini tibalah masanya
Buktikan semangat wira

Demi negara
Berani mara
Penuh tenaga
Kuasa juara

Kami baru sepasukan
Berjuang tanpa batasan
Tewaskan setiap lawan
Maruah kami pertahankan

Demi negara
Berani mara
Penuh tenaga
Kuasa juara

Kan ku libas
Pejam mata satu persatu ku cantas
Fokus konsentrasi cetuskan tenaga
Laungkan suara seia sekata
Menggegar satu asia tenggara

Ayuh bangun bangun
Anak malaysia
Berikan segalanya
Kejayaan dicipta

Kibarkan bendera kini
Semboyang dah berbunyi
Kita bersatu padu menjayakan misi dan visi

Demi negara
Berani mara
Penuh tenaga
Kuasa juara

Demi negara
Berani mara
Penuh tenaga
Kuasa juara

Contoh Lagu Pembakar Semangat 3

Lagu: Fikirkan Boleh (1990-an)

Nyanyian: Kumpulan Metropolitan

Kau boleh
Kau boleh huh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan

Contoh Lagu Pembakar Semangat 4

Lagu: Gemuruh (2007)

Nyanyian: Faizal Tahir

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Contoh Lagu Pembakar Semangat 5

Lagu: Gemilang (2004)

Nyanyian: Jaclyn Victor

Berjuta bintang menyanyi
Ku di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini… gemilang

Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya inginku tawan aku jelajahi.. ohh..

Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah ini menjadi realiti

Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya inginku tawan aku jelajahi.. ohh..

Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah ini menjadi realiti

Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah ini menjadi realiti

Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang 5 lagu semangat yang boleh memotivasikan diri untuk membakar semangat. Jika anda berasa ‘down’ dan tiada semangat untuk melakukan apa-apa sahaja, cuba dengar lagu-lagu ini dan hayati liriknya.

Semoga ia membawa perubahan besar dalam hidup. Setiap orang mampu melakukan perubahan dan tidak hanya berada di takuk yang sama. Yang penting kita berusaha menangkis semua perasaan yang melemahkan jiwa dan bersemangat untuk maju ke hadapan.

Jemput juga baca artikel tentang kata-kata semangat misi hidup dan ayat motivasi untuk wanita

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.