Tahukah anda mengenai penyakit kudis buta ? Ia merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Penyakit kulit ini berpunca daripada gigitan kutu atau hama yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Kutu merupakan sejenis parasit, iaitu suatu organisma yang hidupnya menumpang pada makhluk hidup lain dan merugikan hidupan yang ditumpangi.

Pada awalnya kulit akan kemerah-merahan dan ruam. Kita mungkin fikir ia adalah perkara normal yang berpunca daripada gigitan nyamuk. Namun tidak, ia berlaku kerana kutu telah menggigit kulit kita dan kulit kita akan kemerah-merahan. Jika tidak dirawat dengan segera ia mungkin akan merebak di tempat-tempat tertentu.

Bagaimanakah cara-cara untuk merawat penyakit kudis buta ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit kudis buta dan cara-cara merawatnya. Info ini dikongsikan oleh sini. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

Penyakit kudis buta

kudis buta

Imej via Facebook

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

"

Simpton-simptonnya

Simptom utama adalah kegatalan dan ruam di kawasan berikut :

Di celah jari, ketiak dan kelangkang

Pelipat pergelangan tangan dan siku

Kemaluan dan punggung

Perut terutamanya sekitar pusat

Kaki dan buku lali

Cara-cara merawatnya

Berikut adalah beberapa pilihan yang kerap digunakan :

1️⃣ Losyen Permethrin 5%

kudis buta

Imej via Facebook

Pilihan pertama untuk bayi 2 bulan ke atas, kanak-kanak dan orang dewasa.

Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-14 jam, kemudian mandi.

Jika perlu, ulang rawatan selepas 1-2 minggu penggunaan kali pertama.

Contoh : A-Scabs Lotion

2️⃣ Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%

kudis buta

Imej via Facebook

Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.

Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan ai

Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)

Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)

Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.

Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed

3️⃣ Losyen Lindane 1%

kudis buta

Imej via Facebook

 

Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.

Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.

Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).

Contoh : Scaboma Lotion

Tips tambahan

Pakaian dan cadar perlu dibasuh air panas.

Rawat semua ahli keluarga serentak.

Kegatalan perlu dirawat dengan ubat antihistamin.

Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.

*Jika anda ada simpton-simpton yang dinyatakan di atas, cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Atau anda boleh pergi ke farmasi untuk membeli losyen merawat kudis buta ini. Anda perlu kerap menukar cadar tempat tidur dan jaga kebersihan diri bagi mengelakkan daripada penyakit kudis buta ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.