Masalah anak lambat bercakap adalah salah satu isu yang ibu bapa bimbangkan kerana takut anak ketinggalan. Hal ini mungkin kerana ibu bapa melihat anak orang lain walaupun baru berumur 2 tahun lebih tetapi sudah petah bercakap dan berkelakuan seperti kanak-kanak berumur 4 ke 5 tahun. Oleh itu, ibu bapa akan rasa risau jika anak mereka lambat bercakap.

Setiap anak mempunyai perwatakan dan kemahiran tersendiri. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh membandingkan anak sendiri dengan orang lain. Ia hanya akan mendatangkan stress pada diri sahaja jika terlalu banyak berfikir. Masalah ini dapat dihadapi dengan baik jika ibu bapa dapat menguasai 5 perkara ini untuk didik anak pandai bercakap.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara ini sebelum mendidik anak untuk petah bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.

kuasai 5 perkara utk didik anak petah bercakap

Imej via siraplimau

5 Perkara perlu tahu untuk didik anak petah bercakap

1) Faham masalah anak

Pertama sekali sebelum apa-apa pun, kita kena faham dulu apa sebenarnya masalah anak ni. Memang la kita nampak dia lambat cakap, tapi itu terjadi disebabkan oleh ada skill yang masih lagi anak tak kuasai dan menyebabkan mereka lambat cakap. Skill yang belum dikuasai itulah yang kita kena faham dulu.

2) Tahu level masalah anak

Lepas kita dah tahu skill apa yang anak ada masalah, kita kena tahu jugak levelnya macam mana. teruk ke tak teruk ke. Anak tersangkut pada skill untuk usia berapa tahun. Dari situ baru kita tahu mana nak mula dan mcm mana nak naikkan level skill sikit demi sedikit.

3) Tahu skill apa nak ajar dulu

Biasanya anak yang lambat cakap ni ada masalah lebih dari 1 skill. Jadi kita kena tahu yang mana nak ajar dulu. sebab setiap skill berkait antara satu sama lain. ada skill yang datang dulu sebelum skill yang lain. Contoh, untuk anak cakap, mereka kena faham dulu, untuk anak faham, mereka kena ada daya tumpuan yang baik dulu, untuk dapatkan tumpuan yang baik, mereka kena kuasai sistem sensori mereka dahulu.

"

4) Aktiviti apa nak buat

Dan datanglah soalan yang paling kerap ditanya. Apa aktiviti yang sesuai untuk kita ajar. Bila kita dah tahu skill yang mana nak ajar, barulah kita plan aktiviti apa nak buat. Yang penting aktiviti boleh ajar skill dan tarik minat anak untuk buat.

5) Teknik & strategi untuk mengajar

Dalam aktiviti yang kita buat tu, kita masukkan eleman teknik dan strategi untuk buatkan pengajaran lebih berkesan. Contoh seperti, macam mana cara cakap, teknik untuk bantu kalau anak stuck, cara untuk anak lebih mudah faham dan lain-lain lagi.

*Sebelum kita didik anak, kita oerlu tahu kelemahan dan kelebihan mereka. Mereka mungkin lambat bercakap tetapi pandai dari segi kemahiran lain seperti mewarna dan melukis. Dari situ kita boleh menggunakan kesempatan untuk berbual dengan mereka bertanyakan tentang apa yang mereka warna atau lukiskan. Insyaallah, anak akan mudah bercakap. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang disayangi.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.