Tidak dinafikan, rata-rata wanita atau ibu mengandung pada masa kini lebih suka memilih klinik swasta berbanding klinik kerajaan. Pemilihan dibuat atas beberapa faktor yang tidak anda ketahui barangkali. Jom kami kongsikan beberapa senarai klinik swasta ibu mengandung di Malaysia yang menjadi pilihan ramai dan sebab wajib pergi klinik swasta ibu mengandung.

Klinik Swasta Ibu Mengandung

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [mommylin]
  1. Klinik Primer Lembah Sireh Dr. Siti Sabariah Ismail (Kelantan)

Alamat: PT360, Klinik Primer Lembah Sireh, Lembah Sireh Shop Lot, 15050 Kota Bharu, Kelantan 

Waktu Operasi:  9.30 pagi hingga 10.30 malam

Nombor Telefon: 09-7437780

2. Klinik Perubatan Raudhah 24 Jam (Terengganu)

Alamat:  Jalan Kuala Berang, Kampung Padang Midin, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 24 Jam

Nombor Telefon: 019-9386456

3. Klinik Sulaiman Temerloh (Pahang)

Alamat: 26 & 28, Jalan Pak Sako 4, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 11.30 malam

Nombor Telefon: 09-2961022

4. Penawar Klinik & Dewan Bersalin Muslimah (Pulau Penang)

Alamat:  20, Jalan Cermai 1, Taman Cermai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Waktu Operas: 9 pagi hingga 7 malam (sabtu cuti)

Nombor Telefon: 04-3981469

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [inichenta]

5. KPJ Perlis Specialist Hospital (Perlis)

Alamat: No. 77, Jalam Dato Wan Ahmad 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 24 Jam

Nombor Telefon: 04-9707777

6. Mahsuri Medical Centre (MMC) (Kedah)

Alamat:  Jalan Mahsuri 1C, Bandar Baru Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 24 Jam

Nombor Telefon: 04-9162345

7. Klinik Farah Diyana (Perak)

Alamat: No. 36 1 Taman Melor, Berhadapan Balai Polis Teluk Intan, Jalan Melor, Taman Melor 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi:  10 pagi hingga 10 malam

Nombor Telefon : 05-6216500

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [coretananuar]

8. Klinik Fauziah & Rakan-Rakan (Selangor)

Alamat: 15, Persiaran Desa Ampang, Taman Seri Ampang, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 9.30 malam (Ahad cuti)

Nombor Telefon: 03-42927317

9. Klinik Pakar Wanita & Rumah Bersalin Rekha (Negeri Sembilan)

Alamat: 14, Seremban, Malaysia, Jalan Tuanku Munawir, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 9 malam

Nombor Telefon : 06-7631733

10. Poliklinik Fasya (Melaka)

Alamat: C-G-07, Pangsapuri, Emerald Park, 75450 Bukit Beruang, Melaka

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Jumaat), 9 pagi hingga 2 petang (Sabtu), 11 pagi hingga 2 petang (Ahad)

Nombor Telefon : 016-5288548

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [policystreet]

11. KPJ Johor Specialist Hospital (Johor)

Alamat: 39B, Jalan Abdul Samad, Kolam Ayer, 80100 Johor Bharu, Johor

Waktu Operasi: 24 Jam

Nombor Telefon: 07-2253000

12. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Miri (Sarawak)

Alamat: Jalan Temenggong Oyong Lawai Jua (Jalan Brighton), 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 5 petang (Sabtu & Ahad Cuti)

Nombor Telefon: 08-5436042

13. Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah)

Alamat:  187, Sabah Karung Berkunci, 88996 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: 24 Jam

Nombor Telefon : 08-8522600

14. Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Naluri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Alamat: 94, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 1 tengahari (Ahad), 9 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Sabtu).

Nombor Telefon: 03-41433633

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [coretananuar]

Berikut adalah 14 senarai hospital atau klinik swasta ibu mengandung yang dipilih berdasarkan review orang ramai di google review bagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Klinik swasta ibu mengandung ini telah menjadi pilihan ramai kaum ibu mengandung untuk melahirkan anak di sana. Sudah pasti banyak sebabnya kenapa anda harus pilih klinik swasta ibu mengandung.

Sebab Anda Perlu Memilih Klinik Swasta Ibu Mengandung

Klinik kerajaan adalah kemudahan terbaik untuk rakyat apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Namun, jika diberi pilihan, klinik swasta atau klinik kerajaan, keduanya mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, anda sendiri harus membuat pemilihan yang terbaik untuk keselesaan anda. Jom lihat sebab ramai memilih klinik swasta ibu mengandung.

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [hmetro]
  1. Perkhidmatan Klinik Yang Cepat Dan Pantas

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan yang ditawarkan oleh klinik swasta adalah lebih pantas. Walaupun caj yang dikenakan agak sedikit mahal berbanding klinik kesihatan kerajaan, namun perkhidmatan dari pihak klinik swasta boleh dikatakan amat cepat dan pantas kerana pesakit tidak terlalu ramai seperti di klinik kerajaan, doktor pula mempunyai jururawat tetap yang mudah membantu.

2. Keadaan Kandungan Lebih Terjaga

Melalui klinik swasta, jarang berlaku sebarang komplikasi terhadap kandungan kerana keadaan amat mudah dan selesa. Proses untuk melahirkan anak di hospital swasta adalah lebih mudah, cepat dan tidak rumit.

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [says]

3. Peralatan Lebih Canggih

Peralatan yang disediakan di klinik swasta adalah lebih canggih berbanding di hospital kerajaan. Peralatan imbasan bayi pun dah canggih sangat iaitu 5D yang dapat memaparkan wajah bayi anda dalam kandungan secara realistik. Namun begitu, semua peralatan di klinik swasta sangat selamat dikendalikan.

4. Staff / Kakitangan Klinik Lebih Mesra

Bagi anda yang jenis ‘hati tisu’ dan cepat ‘moody’ , disarankan untuk mendapat rawatan kandungan di klinik swasta kerana boleh dikatakan para staff / kakitangannya amat mesra dan ramah. Jadi, secara tidak langsung, ia menjadikan anda tidak tertekan dan lebih selesa bukan?

Berbeza dengan staff / kakitangan klinik kesihatan kerajaan, mereka bertugas lebih waktu dan sudah pasti membuatkan mereka tidak berapa mesra akibat kepenatan dan tugas yang banyak. Anda juga terpaksa menunggu lama untuk giliran anda.

klinik swasta ibu mengandung
Imej via [chombezoapp]

Kesimpulannya, jika anda mempunyai kewangan yang lebih, apa kata anda ‘check up’ di klinik swasta. Walaupun bayarannya lebih tinggi sedikit namun kualiti servisnya terbaik dan selamat. Bayi selamat, ibu gembira. Nak meniti hari kelahiran bayi pun sudah tak bimbang lagi.

Itulah dia senarai 14 klinik swasta ibu mengandung di Malaysia terbaik yang boleh anda pilih untuk keselesaan anda. Semoga bermanfaat dan selamat menimang cahaya mata. Jom baca juga Khasiat jambut batu untuk ibu hamil, Buah yang baik untuk ibu hamil dan 10 Cara senaman wanita hamil.

Rujukan:

  1. Google Search
  2. anakperak
  3. mommylin

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.