Yogurt adalah sejenis makanan atau minuman berasaskan susu yang mengandungi kultur hidup. Ianya banyak dijual di pasaraya-pasaraya dengan pelbagai perisa.

Yogurt sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Jom ketahui apakah khasiat yogurt.

khasiat yogurt

Sumber: Lovingitvegan

1. Memutihkan gigi

Yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu enamel gigi menjadi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kekuningan. Sapukan secara kerap pada gigi anda untuk mendapat keputusan terbaik.

2. Mudah dicerna

Bagi mereka yang alergik terhadap laktosa dan minuman susu, yogurt adalah pilihan tepat untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Ini kerana yogurt lebih mudah dicerna dan mengandungi nutrisi yang hampir sama seperti susu.

3. Menurunkan tekanan darah

Pesakit hypertension juga disarankan mengambil yogurt. Ini kerana, selain mengandungi kalsium, yogurt juga kaya dengan kalium. Kalium dalam yogurt berfungsi dalam membantu proses penurunan tekanan darah.

5. Menghilangkan kelemumur

Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama kira-kira 20 ke 30 minit sebelum dicuci. Ia mampu melicinkan rambut, mengurangkan kelemumur dengan ketara dan menghilangkan gatal pada kulit kepala. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

khasiat yogurt

Sumber: Bidangayah

6. Meningkatkan imuniti

Yogurt mengandungi bakteria baik atau probiotik. Tugasnya adalah untuk menyingkirkan bakteria jahat yang mengganggu sistem pencernaan. Secara tidak langsung, probiotik turut membantu menyokong kekuatan dan peningkatan sistem imun badan. Pengamal yogurt juga pada kebiasaannya jarang terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema.

Probiotik bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan  di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap jangkitan H. pylori.

7. Mencantikkan kulit

Selain dimakan, yogurt boleh dijadikan masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut. Ini kerana, yogurt mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penghalau sel-sel kulit mati.

8. Menyihatkan tulang dan mencegah osteoperosis

Semangkuk yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Kalsium juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis.

9. Bagus untuk wanita lepas bersalin

Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk badan asal, khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

10. Membantu sistem penghadaman

Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa. Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

khasiat yogurt

Sumber: Condonghoaky

11. Mencegah jangkitan pada vagina

Jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

12. Menurunkan kadar kolesterol

Yogurt, susu asidophilus dari bakteria L. acidophilus dan susu bifidus dari bakteri a Bifidobakterium bifidum mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

13. Membantu mengurangkan berat badan

Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

14. Baik untuk tumbesaran

Yogurt amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.

15. Mengatasi stress

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

khasiat yogurt

Sumber: Adecco

16. Sumber kalsium dan protein terbaik

Yogurt Kurang Lemak atau non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.

17. Menghilangkan bengkak susu

Jika anda mengalami bengkak susu, yogurt boleh membantu. Sapukan yogurt ke seluruh payudara, biarkan selama 30 minit dan dibilas sehingga bersih. Lakukan 3 kali sehari.

18. Kaya dengan vitamin

Anda boleh memperoleh pelbagai nutrisi dan vitamin seperti vitamin B3, vitamin B12 dengan hanya meminum yogurt pada setiap hari. Vitamin B12 menghasilkan energi, menjaga sistem saraf agar tetap sihat serta memastikan otak dapat bekerja dengan baik.

Selain vitamin B, vitamin A juga terdapat pada yogurt yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata, kesihatan kulit dan membantu tubuh melawan jangkitan kuman.

Itulah dia khasiat yogurt yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat labu, khasiat ulam, dan khasiat kurma.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.