Jom mengetahui tentang khasiat timun.

Timun bukan tumbuhan asing bagi warga dunia, tidak kira apa bangsa. Begitu juga di Malaysia, timun sering dijadikan penambah selera untuk hidangan makanan seperti nasi lemak, satay, burger dan pelbagai lagi juadah lain yang menyelerakan.

Khasiat timun

Imej via pertanianku

Timun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Ia sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar.

Timun boleh membiak daripada biji benih. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Selain itu juga, ia mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Sejak zaman purba, timun telah digunakan sebagai ubat herba tradisional di India. Sayuran ini mengandungi pelbagai penurun lipid dan anti-kencing manis yang menghalang tubuh daripada menjadi terlalu panas, dan ia menghasilkan kesan penyejukan semulajadi.

Manfaat timun untuk kesihatan terlalu banyak antaranya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, pengurusan berat badan yang sihat, detoksifikasi badan, menyihatkan kulit, menyokong kesihatan mata, alkali darah dan merawat kanser.

Faedah lain termasuk menghidap nafas berbau, menyokong pencernaan, mengawal tahap gula darah, mengekalkan tekanan darah yang mencukupi, menyokong tulang, memperbaiki rambut, menyokong kuku dan menyokong kesihatan pergigian.

Imej via maskulin

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti, yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing.

Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Petua ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

 

7 Khasiat Timun Untuk Kesihatan

 1. Mengandungi Antioksidan

Antioksidan adalah molekul yang menghalang pengoksidaan, tindak balas kimia yang membentuk atom sangat reaktif dengan elektron yang tidak berpasangan yang dikenali sebagai radikal bebas. Pengumpulan radikal bebas berbahaya ini boleh membawa kepada beberapa jenis penyakit kronik. Malah, stres oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kanser dan jantung, paru-paru dan masalah autoimun.

Timun amat kaya dengan antioksidan yang bermanfaat yang boleh mengurangkan risiko keadaan ini.Satu kajian mengukur kekuatan antioksidan timun dengan mengambil  30 orang dewasa tua sebagai sampel dan mereka diberikan serbuk timun.

Pada akhir kajian selama 30 hari, serbuk timun menunjukkan keputusan peningkatan ketara dalam beberapa penanda aktiviti antioksidan. Malah ia menunjukkan status antioksidan yang bertambah baik.

Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, serbuk timun yang digunakan mengandungi dos antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan antioksidan dalam timun mentah secara semulajadi.

Selain itu, terdapat satu lagi kajian tabung uji yang mengkaji sifat-sifat antioksidan timun dan mendapati bahawa ia mengandungi flavonoid dan tanin. Kedua-dua zat ini merupakan dua kumpulan sebatian yang sangat berkesan untuk menghalang radikal bebas berbahaya.

 

2. Penghidratan Pada Tubuh

Imej via empireviralterkini

Air sangat penting untuk fungsi badan anda dan memainkan banyak peranan penting. Ia terlibat dalam proses seperti peraturan suhu dan pengangkutan produk sisa dan nutrien.

Air bagi tubuh diibaratkan seperti minyak pelincir yang menggerakkan mesin. Ini kerana, setiap organ yang bekerja dalam tubuh badan kita memerlukan air untuk melancarkan proses organ-organ ini berfungsi.

Malah, penghidratan yang betul boleh membawa kebaikan kepada segalanya dari prestasi fizikal hingga ke tahap metabolisma badan.

Walaupun anda banyak minum air, namun sesetengah orang mungkin mendapat sebanyak 40% air daripada bahan makanan mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran, khususnya, boleh menjadi sumber air yang baik dalam diet anda.

Dalam satu kajian, status penghidratan telah dinilai dan rekod pemakanan dikumpulkan untuk 442 kanak-kanak. Mereka mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran dikaitkan dengan peningkatan status penghidratan.

Oleh kerana timun terdiri daripada kira-kira 96% air, ia sangat berkesan dalam mempromosikan penghidratan dan boleh membantu anda memenuhi keperluan cecair harian anda.

 

3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Timun berpotensi membantu anda menurunkan berat badan dalam beberapa cara.

Pertama sekali kerana ia rendah kalori. Setiap hidangan satu cawan (104 gram) mengandungi hanya 16 kalori, sementara keseluruhan timun 11oz (300 gram) mengandungi hanya 45 kalori.

Timun boleh dicampur dalam hidangan salad, sandwich dan makanan sampingan lain sebagai pengganti alternatif kalori yang lebih tinggi. Ini bermakna anda boleh makan banyak timun tanpa perlu bimbang pada kalori tambahan yang membawa kepada penambahan berat badan.

Keduanya kerana kandungan air tinggi dalam timun dapat membantu penurunan berat badan. Satu kajian meneliti 13 kajian termasuk 3,628 orang dan mendapati bahawa makan makanan kandungan air yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah dikaitkan dengan penurunan berat badan yang ketara.

 

4. Menurunkan Gula Dalam Darah

Beberapa kajian haiwan dan tabung uji telah mendapati bahawa timun dapat membantu mengurangkan kadar gula darah dan mencegah beberapa komplikasi diabetes.

Satu kajian haiwan mengkaji kesan pelbagai tumbuhan terhadap kandungan gula dalam darah. Timun menunjukkan kesan pengurangan dan mengawal paras gula dalam darah secara berkesan.

Satu lagi kajian haiwan dijalankan ke atas tikus yang diberikan penyakit diabetes. Kemudian, tikus tersebut diberikan ekstrak kulit timun. Hasilnya, kulit timun didapati mengurangkan kesan berkaitan diabetes dan menyebabkan penurunan paras gula dalam darah.

Di samping itu, satu kajian tabung uji mendapati bahawa timun mungkin berkesan mengurangkan tekanan oksidatif dan mencegah komplikasi yang berkaitan dengan diabetes. Walau bagaimanapun, bukti kajian tersebut terhad ke atas haiwan dan tabung uji sahaja.

Kajian lanjut perlu dibuat ke atas manusia untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih sahih. 

 

5. Detoksifikasi

Imej via syahirahvaliant

Timun membantu hati untuk menghilangkan kotoran, sisa, dan juga membantu menghilangkan toksin terkumpul dari aliran darah dan usus. Ia juga membantu badan untuk mengeluarkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin.

Anda boleh amalkan minuman jus timun untuk mempercepatkan proses detoksifikasi.

 

6. Kesihatan Mata

Imej via nurizzat

Ia melembapkan kulit di sekitar mata anda kerana ia mengandungi 95% air. Vitamin E memainkan peranan penting dalam menyihatkan kulit anda, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan.

Amalkan makan timun secara teratur juga membantu meningkatkan penglihatan anda kerana ia mengandungi beberapa anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan mata anda daripada katarak.

Hyperpigmentation yang membentuk lingkaran hitam di sekitar kulit mata disebabkan oleh kurang rehat dan stres. Timun adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antioksidan yang terdapat dalam timun menghilangkan kerengsaan kulit.

 

7. Kesihatan Usus 

Untuk memastikan kesihatan usus anda, anda perlu memasukkan makanan yang berserat. Timun adalah salah satu makanan yang tinggi serat.

Sayuran ini juga mengandungi enzim yang disebut sebagai erepsin, yang meningkatkan proses pencernaan dan membantu tubuh untuk menyerap protein.

 

Kesimpulan

Timun sememangnya mudah didapati di pasaran. Malah, harganya murah dan mampu milik. Ia juga boleh ditanam sendiri di kawasan rumah bagi mereka yang gemar berkebun.

Timun juga lazat dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal untuk menambahkan selera ketika makan. Bukan itu sahaja, timun juga boleh dibuat jus dan ditambah dengan ais batu. Jika diminum ketika cuaca panas, pastinya ia satu nikmat yang membahagiakan tekak.

Imej via juggle-jack

Walau bagaimanapun, yang paling penting adalah, timun bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga kaya khasiat yang membantu anda untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.

Namun, untuk memaksimumkan kandungan nutriennya, timun harus dimakan tanpa dibuang kulit. Mengupas kulit timun akan mengurangkan jumlah serat, serta vitamin dan mineral tertentu.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Naturalfoodseries
  3. Healthline

Artikel Menarik Lain

Suka artikel khasiat serai ini? Jika suka, pasti anda menyukai artikel lain seperti di bawah.

Penulis: Aniuna

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.