Di Malaysia terdapat pelbagai buah-buahan yang memberi khasiat terhadap tubuh badan kita. Oleh sebab itu, doktor menyuruh kita untuk selalu makan buah-buahan dalam kehidupan seharian kita. Kalau kita ingin menurunkan berat badan, banyakkan makan buah-buahan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.

Wanita hamil boleh ke makan buah-buahan? Semestinya boleh. Antara buah-buahan yang memberi khasiat untk wanita hamil adalah buah tembikai. Apakah kebaikan makan buah tembikai bagi wanita yang hamil?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kebaikan buah tembikai bagi wanita hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

8 khasiat buah tembikai bagi wanita hamil.

khasiat tembikai bagi wanita hamil
Imej via Facebook

1. Mengurangkan bengkak dan kekejangan otot

🍉Ibu mengandung sangat sinonim dengan keadaan bengkak-bengkak kaki, tangan yang disebut sebagai edema disebabkan oleh perubahan hormone dan peningkatan berat badan.

🍉Kandungan air di dalam buah tembikai dapat mengurangkan pembuluh darah yang tersumbat dan kekejangan otot.

2. Mengelakkan dehidrasi

🍉Dehidrasi yang berlaku terhadap ibu mengandung akan menyebabkan implikasi buruk seperti kelahiran pramatang.

🍉Kandungan air yang tinggi di dalam tembikai iaitu meliputi kira-kira 90% akan membantu dan memastikan si ibu tidak mengalami kekurangan air di dalam badan.

3. Mencegah pigmentasi

🍉Ibu mengandung kerap mengalami pigmentasi kulit disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil, dan mempengaruhi keadaan kulit.

🍉Kekerapan memakan buah tembikai, membuatkan kulit ibu menjadi lebih mulus dan masalah pigmentasi berkurang.

4. Mengatasi ‘morning sickness’

🍉Ibu hamil majoritinya akan mengalami morning sickness. Tahap keterukan morning sickness setiap ibu hamil tidak sama. Namun kebanyakannya akan mengalami loya-loya, lesu, dan letih terutamanya pada trimester pertama.

🍉Khasiat dan tenaga yang ada di dalam buah tembikai dan sifatnya yang menyegarkan memberi manfaat terhadap ibu hamil. Rasa mual yang wujud daripada ketidakhadaman pemakanan juga akan hilang dengan kekerapan pengambilan buah tembikai.

5. Menjaga kesihatan jantung

🍉Buah tembikai kaya dengan kandungan zat bernama Likopen. Ini menjadikan tembikai sebagai satu makanan yang sihat untuk ibu hamil serta berkhasiat menjaga kesihatan jantung bakal ibu dan bayi.

6. Meningkatkan imuniti badan

🍉Vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

7. Membantu pertumbuhan bayi

🍉Tembikai mempunyai kalium yang berfungsi sebagai bahan yang mempertahankan kandungan kalsium dalam badan. Kalium juga membantu dalam proses pembentukan tulang bayi dan dalam masa yang sama menguatkan sendi ibu.

🍉Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.

8. Melancarkan air kencing

🍉Ibu mengandung kerap mengalami kencing tidak lawas terutama ketika sarat mengandung dan kekerapan pengambilan tembikai akan melancarkan air kencing.

*Tembikai ini bukan sahaja bagus untuk wanita hamil, malah bagus juga untuk orang biasa. Biasa kalau musim panas, sedap jika kita minum jus tembikai. Tembikai juga kita boleh dijadikan salad buah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .