Safron adalah sejenis rempah yang sangat ekslusif dan biasanya digunakan dalam masakan Timur Tengah. Mengikut kajian sejarah, safron telah mula dijumpai semasa Zaman Gangsa Yunani lagi.

Bunga ini juga bersifat triploid, iaitu ia tidak tumbuh secara liar dan tidak dapat membiak dengan sendirinya. Ia hanya berbunga setahun sekali dan hanya beberapa negara yang mempunyai cuaca yang sesuai untuk menanam pokok bunga ini seperti Iran, Maghribi, Sepanyol dan Greece.

khasiat saffron untuk ibu mengandung
Imej via [thepersianfusion]

Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ‘King Of Spices’. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Namun demikian, saffron juga baik untuk ibu mengandung. Jom lihat khasiat saffron untuk ibu mengandung.

1. Membantu Menyembuhkan Demam Kuning Bayi Yang Baru Dilahirkan

khasiat saffron untuk ibu mengandung
Imej via [yeaslymn]

Khasiat saffron untuk ibu mengandung dapat membantu menyembuhkan demam kuning pada bayi yang baru dilahirkan. Saffron boleh mengubati masalah darah merah yang mudah pecah pada bayi yang mempunyai demam kuning.

Tamsilnya, saffron mengandungi vitamin c, iron, dan magnesium. Oleh itu, khasiat yang terdapat dalam saffron ini dapat memulihkan darah merah yang berada dalam badan bayi supaya bayi yang baru dilahirkan tidak mengalami demam kuning yang berpanjangan.

2. Pertumbuhan Akal Dan Fizikal Bayi Serta Kanak-kanak

khasiat saffron untuk ibu mengandung
Imej via [asianparent]

Saffron mempunyai khasiat yang tersendiri dalam pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, khasiat saffron dapat mengawal ibu mengandung dari mengalami stress yang mengakibatkan masalah pada pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

Mengikut kajian, herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal adalah saffron. Oleh itu, saffron amat bagus dalam mengembangkan lagi minda dan memulihkan fizikal bayi dan kanak-kanak supaya dapat berfikir dengan baik dan bergiat aktif selalu. 

3. Membantu Dalam Pencernaan

khasiat saffron untuk ibu mengandung
Imej via [bukalapak]

Khasiat saffron untuk ibu mengandung juga adalah membantu melancarkan pencernaan. Ibu mengandung sentiasa mengalami gangguan pencernaan dan saffron inilah pengubatnya. Jika ibu mengandung minum susu bercampur saffron, maka pencernaan dapat diatasi dengan baik.

Mengikut kajian, ahli nutrisi sekaligus ilmuwan British Nutrition Foundation Dr Áine O’Connor, mengesyorkan bahawa wanita mengandung hanya boleh makan 5-6 kali sehari, tapi dalam bahagian kecil sahaja untuk mencegah asam lambung naik. Oleh itu, khasiat saffron ini juga dapat mengatasi masalah sembelit juga kepada sesiapa yang mengalaminya.

4. Kurangkan Tekanan Darah

khasiat saffron utuk ibu mengandung
Imej via [hellosehat]

Saffron juga dapat mengurangkan tekanan darah. Semasa kehamilan, tekanan darah ibu mengandung sering berfluktuasi, campuran saffron pada makanan dapat melemaskan otot ibu mengandung sebagai stimulan rahim.

Mengikut kajian, tekanan darah tidak terkawal pada ibu mengandung boleh mengakibatkan terkena sawan atau bacaan gula terlalu rendah sehingga pengsan tidak sedarkan diri. Oleh itu, perkara ini dapat menjejaskan anak dalam kandungan, tetapi dengan khasiat saffron juga tekanan darah akan menjadi stabil. 

5. Morning Sickness Menurun

khasiat saffron ibu mengandung
Imej via [asianparent]

Saffron ini amat berkesan kepada ibu mengandung dalam menurunkan morning sickness. Aroma saffron ini dapat menenangkan hati apabila mengalami sakit yang kerap ketika mengandung ini.

Sebagai contoh, ibu mengandung mengalami mual, pening dan tidak sedap badan. Saffron yang mempunyai aroma tersendiri ini dapat membantu supaya mereka yang memakannya atau membuatnya sebagai minuman tidak berasa mual atau sebaliknya.

6. Mencegah Anemia

Imej via [siraplimau]

Tahukah anda, Saffron juga berkhasiat untuk mencegah anemia? Sifat zat besi dalam saffron membuatkan sel-sel darah merah pada ibu mengandung bertambah.

Memakan saffron dapat meningkatkan hemoglobin. Justeru, saffron ini bukan juga berkesan kepada ibu mengandung yang mengalami anemia tetapi pada sesiapa sahaja yang mengalami penyakit anemia juga boleh memakan saffron ini.

7. Tidur Lebih Berkualiti

khasiat saffron ibu mengandung
Imej via [doripos]

Saffron membantu untuk tidur lebih berkualiti. Saffron bekerja sebagai ubat penenang kepada wanita yang mengandung kerana mereka sering mengalami penyakit sukar tidur seperti insomnia. Khasiat saffron untuk ibu mengandung amat berkesan. Pastikan anda minum segelas susu saffron sebelum tidur supaya tidur anda lebih berkualiti.

8. Menghilangkan Alergi

Imej via [huggies]

Saffron dapat menghilangkan alergi untuk ibu mengandung. Ibu mengandung akan menghadapi serangan alergi seperti gatal-gatal, ruam kulit, batuk dan sebagainya. Oleh itu, ibu yang mengandung akan menyapu saffron pada tempat yang terkena alergi itu supaya alergi kembali reda.

9. Bayi Bergerak Aktif

khasia saffron untuk ibu mengandung
Imej via [motherandbaby]

Khasiat saffron untuk ibu mengandung adalah membalas rangsangan pada bayi. Jika ibu ingin merasakan pergerakan aktif dalam kandungan, pastikan ibu mengandung minum saffron secara rutin. Namun, disarankan tidak minum secara berlebihan. Saffron dapat membuatkan bayi bergiat aktif semula supaya bayi akan sentiasa kekal sihat selalu.

10. Atasi Nyeri

Imej via [clodinary]

Selain itu, khasiat saffron untuk ibu mengandung adalah ia dapat mencegah nyeri pada ibu mengandung. Harus anda ketahui, saffron adalah salah satu ubat yang digunakan dalam perubatan islam.

Ia dapat mengatasi rasa tidak selesa pada bahagian sendi, punggung dan perut. Malah, Saffron menjadi pengubat dalam semua penyakit sendi.

11. Kulit Bayi Dalam Kandungan Cerah, Lembut dan Sihat

Imej via [haibunda]

Saffron menjadikan kulit bayi yang berada dalam kandungan menjadi cerah, lembut dan sihat. Dek kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin, ia amat berkhasiat untuk ibu mengandung.

Berdasarkan kitab Tibbul Imama A’li, Saiyidina Ali, ia menyatakan bahawa barang siapa yang memakan ‎za’faran dan makan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya ‎sehingga di tuduh melakukan sihir. Oleh itu, saffron ini telah terbukti sesuai untuk semua jenis kulit supaya mereka dapat meletakkan saffron ditempat produk yang paling bagus sekali.

12. Mempengaruhi Peningkatan Susu Ibu

Imej via [production]

Bagi para ibu yang ingin meningkatkan pengeluaran susu badan , pengambilan saffron amat digalakkan. Saffron dapat meningkatkan hormon bagi membanyakkan susu badan ibu mengandung.

13. Mengurangkan Keletihan

khasiat saffron ibu mengandung
Imej via [syamsyima]

Saffron ini dapat mengurangkan keletihan pada ibu mengandung. Hal ini kerana, saffron mengurangkan anemia dan hemoglobin di dalam sel darah merah yang berkurangan yang menyebabkan ibu mengandung cepat letih.

Selain itu, ibu mengandung juga berasa letih berpunca dari cara pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup atau stress, kegemukan atau obesiti, pekerjaan yang memenatkan dan insomnia. Pengambilan saffron dapat mengurangkan keletihan supaya badan akan menjadi lebih cerdas berbanding hari-hari biasa.

Itulah dia 13 khasiat saffron untuk ibu mengandung. Sekali sekala, apa kata anda amalkan makan makanan sunnah seperti saffron ini! Terbaik untuk bayi juga. Jemput baca buah baik untuk ibu hamil, senaman wanita hamil, tanda hamil anak perempuan dan Kelebihan asid folik untuk ibu mengandung.

Rujukan

  1. Sarfaeiz
  2. petuawanitamengandung
  3. vitdaily

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.