Apa itu Royal Jelly? Adakah Royal Jelly berkhasiat?

Jom ketahuinya dengan membaca artikel ini dengan lebih lanjut.

Pengenalan

Royal Jelly merupakan merupakan susu Ratu Lebah yang menjadi makanan utama Ratu Lebah dan larvanya. Ianya berbeza dengan pollen, propolis dan madu. Royal Jelly merupakan produk yang dihasilkan sendiri oleh lebah dan bukan merupakan modifikasi daripada produk tanaman atau penternakan yang menggunakan bahan kimia.

Dikatakan bahawa Ratu Lebah mampu hidup sehingga lebih daripada 5  tahun lamanya. Disebabkan Ratu Lebah diberi Royal Jelly, maka usianya adalah jauh lebih panjang berbanding lebah-lebah lain yang hanya memakan pollen dan madu.

Royal Jelly mengandungi asi amino, mineral, fruktosa dan glukosa dan juga beberapa jenis vitamin seperti  vitamin A, B-kompleks, C, D, E dan K dengan kelebihan pada vitamin B-kompleks: B1, B2, B3, B5, B6, B12, biotin, asid folik dan inositol.

Terdapat 11 jenis mineral dalam royal jelly. Di antaranya ialah kalsium, magnesium, zink, kalium, iron, mangan, kobalt, kuprum dan lain-lain lagi.

khasiat royal jelly

Sumber: Lelong

Jom ketahui apakah khasiat royal jelly.

1. Mencantikkan kulit

Royal Jelly mengandungi antioksidan yang melawan tanda-tanda penuaan. Mampu meremajakan kulit, mengetatkan liang, ia juga menghilangkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan memberikan sinaran yang sihat kepada kulit anda.

Khasiat kepada kulit oleh Royal Jelly ini diakui dalam ulasan kertas kajian saintifik penyelidik dari Sepanyol pada tahun 2008 yang diterbitkan di Journal of Food Science.

Mereka membandingkan sebatian bioaktif dalam Royal Jelly dengan propolis dan madu lebah biasa. Sesungguhnya, Royal Jelly mempunyai banyak khasiat bioaktif dan antioksidan untuk diamalkan.

2. Merawat sakit kulit

Selain untuk kecantikan kulit,Royal Jelly juga berkesan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat. Ia mengandungi sifat anti-radang yang mengurangkan keradangan, menghilangkan bakteria, dan membaiki kulit.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil sedikit Royal Jelly, sapukan di kawasan yang bermasalah dan basuh selepas 20 minit. Lakukan pada waktu pagi.

Pada tahun 1990 lagi iaitu hampir 30 tahun lepas, kajian Royal Jelly ke atas kecantikan kulit telah dijalankan.

Antaranya, penyelidikan di Jepun mengenal pasti sejenis protein khas dalam Royal Jelly yang diberi nama royalisin yang mempunyai sifat anti acne dan anti bakteria yang sangat bermanfaat.

3. Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata

Imej via Bidadari

Untuk menghilangkan lingkaran hitam di mata, ambil dua sudu Royal Jelly dan sapukan seluruh kawasan yang terjejas. Biarkan 20 minit, kemudian basuh.

Kandungan antioksidan dan bioaktif yang lain dalam Royal Jelly sebagaimana yang telah dilaporkan dalam kajian-kajian lepas sememangnya membantu penjagaan kulit kita!

4. Mengatasi masalah kulit kering

Anda juga boleh melembapkan tangan dan kaki anda dengan yang kering dengan Royal Jelly.

Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air sejuk.

Anda pasti akan melihat perubahan kulit anda secara dramatik!

5. Meningkatkan imuniti

Royal Jelly mengukuhkan sistem pertahanan badan bagi mengelakkan penyakit yang mungkin boleh menyebabkan tahap kesihatan yang merosot.

Kajian yang diterbitkan di jurnal Food Chemistry pada tahun 2009 oleh sekumpulan penyelidik dari Jepun menunjukkan bahawa Royal Jelly mengandungi protein yang terbina daripada peptida yang bersifat antioksidan.

Protein ini dilaporkan berkuasa menangkap radikal bebas dalam tubuh yang jika tidak dikawal, akan menyebabkan berlakunya sistem fisiologi tubuh melalui mutasi, pembentukan sel kanser atau gangguan hormon.

6. Menstabilkan hormon

Royal Jelly menormalkan serta meningkatkan aktiviti seksual lelaki dan wanita. Royal Jelly menambah hormon androgen untuk lelaki dan tahap estrogen wanita. Pengambilan secara harian dapat melegakan simptom awal menopause, kesakitan haid, simptom-sindrom premenstrual, kekejangan, keletihan dan kemurungan sewaktu hamil.

7. Mencegah kanser

10 HD A – (hidroksi desenolic asid) adalah sejenis lemak penting dalam royal jelly yang berfungsi untuk merencat atau membantutkan pertumbuhan barah. Hanya Royal Jelly yang mengandungi bahan istimewa ini dalam makanan.

Kajian oleh Dr. Townsand pada 1959 tentang pertumbuhan kanser Lautan Atlantik, 10-HDA (10-Hydroxy Decanoic Acid), asid lemak yang terdapat dalam royal jelly boleh merencat pertumbuhan kanser.

Kajian antikanser ini diteruskan oleh penyelidik Jepun pada tahun 1987 yang memperlihatkan kesan positif Royal Jelly menjadi agen antitumor bagi kanser leukemia dalam spesimen tikus makmal mereka.

8. Meningkatkan kesuburan

Royal Jelly dilaporkan mengandungi 3% faktor “R” iaitu bahan yang masih belum dikenalpasti oleh para saintis sehingga kini. Dipercayai bahan ini mampu memperbaiki kesuburan.

9. Memberi tenaga

Imej via Bidadari

Royal Jelly kaya dengan karbohidrat yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh semua sel dalam tubuh badan. Terdapat hampir 266 kalori tenaga yang boleh dibekalkan oleh Royal Jelly.

Kandungan asid amino dan protein B di dalamnya adalah sangat bagus bagi merangsang tenaga.

Kandungan Vitamin yang Tinggi dalam Royal Jelly

Royal Jelly sangat kaya dengan vitamin untuk keperluan tubuh. Berikut disenaraikan lagi kebaikan vitamin tersebut berdasarkan khasiat kesihatan yang berkaitan.

10. Kebaikan vitamin A dalam Royal Jelly

Kehadiran vitamin A dalam Royal Jelly mencegah selsema, mengelakkan mandul, resdung, paru-paru berair, pekak dan rabun malam.

11. Kebaikan vitamin B1 dalam Royal Jelly

Vitamin B1 dalam Royal Jelly berkesan merawat keletihan, mengantuk, kejang otot, sukar tidur dan masalah saraf.

12. Kebaikan vitamin B2 dalam Royal Jelly

Vitamin B2 dalam Royal Jelly baik untuk pembentukan kulit, mengelak kudis, penyakit gusi, kornea menjadi kabur.

13. Kebaikan vitamin B3 dalam Royal Jelly

Vitamin B3 dalam Royal Jelly membantu tindak balas karbohidrat dalam membina hormon, mengelak penyakit jantung dan penyakit otak, mengelak cirit-birit dan ganguan fikiran.

14. Kebaikan vitamin B5 dalam Royal Jelly

Vitamin B5 dalam Royal Jelly membantu membentuk imuniti system / menguatkan untuk mengubati alahan. Mengurangkan ketegangan, mengelak uban.

15. Kebaikan vitamin B6 dalam Royal Jelly

Vitamin B6 dalam Royal Jelly membantu tindak balas kimia dalam tubuh, penting untuk otak berfungsi dengan baik, membina sel darah, mengurangkan penyakit sengal sendi, sakit kepala, mengawal rasa loya, mengurangkan gugup, mengawal gigi, menurunkan kolestrol dalam darah dan menjana sistem saraf yang baik.

16. Kebaikan vitamin B12 dalam Royal Jelly

Vitamin B12 dalam Royal Jelly menggalakkan pembentukan darah merah, membina genetik dan berfungsi untuk perjalanan sistem saraf.

17. Kebaikan vitamin C dalam Royal Jelly

Vitamin C dalam Royal Jelly membantu mengekalkan tindak balas kapilari, menjaga kekuatan tulang/gigi, mengawal vitamin lain dari proses pengoksidan. Untuk kulit yang sihat/cepat menyembuhkan luka. Menyembuhkan demam dan selsema, mengawal kolestrol dalam darah, mengelak serangan jantung dan mengelak penyakit mulut dan gusi.

18. Kebaikan vitamin D dalam Royal Jelly

Vitamin D dalam Royal Jelly berfungsi untuk mntuk menguatkan tulang dan gigi serta penyerapan kalsium dan phosphorous. Mengawal penyakit sengal sendi.

19. Kebaikan vitamin E dalam Royal Jelly

Tokosferol iaitu vitamin E dalam Royal Jelly bertindak sebagai anti oksidan. Ia baik untuk sistem saraf, organ penafasan dan mengatasi masalah kekenduran pada kulit. ia juga mengawal tisu dan pembentukan sel darah merah. Mengelakkan sakit jantung, barah, darah tinggi, dan penyakit sengal sendi.

Paling penting untuk membantu dalam proses sistem pembiakan dengan cara meningkatkan kualiti air mani lelaki dan telur perempuan yang sangat penting untuk mereka yang mandul.

khasiat royal jelly

Sumber: Pikaia

Rujukan

  1. Fujiwara, S., Imai, J., Fujiwara, M., Yaeshima, T., Kawashima, T., & Kobayashi, K. (1990). A potent antibacterial protein in royal jelly. Purification and determination of the primary structure of royalisin. Journal of biological chemistry265(19), 11333-11337. (link)
  2. Guo, H., Kouzuma, Y., & Yonekura, M. (2009). Structures and properties of antioxidative peptides derived from royal jelly protein. Food Chemistry113(1), 238-245. (link)
  3. Tamura, T., Fujii, A., & Kuboyama, N. (1987). Antitumor effects of royal jelly (RJ). Nihon yakurigaku zasshi. Folia pharmacologica Japonica89(2), 73-80. (link)
  4. Viuda‐Martos, M., Ruiz‐Navajas, Y., Fernández‐López, J., & Pérez‐Álvarez, J. A. (2008). Functional properties of honey, propolis, and royal jelly. Journal of food science73(9), R117-R124. (link)

Itulah dia khasiat royal jelly yang ingin kami kongsikan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat aloe vera, khasiat peria, dan khasiat yogurt.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.