Jom kenali khasiat peria katak.

Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Peria katak mempunyai kandungan kalori yang rendah. Ia kaya dengan zat besi, vitamin B1, B2, B3, kalsium, fosforus, magnesium, asid folik, folat, zink dan manganese yang sangat tinggi.

Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda lebih banyak daripada yang terdapat dalam brokoli. Kalsiumnya 2 kali ganda lebih banyak daripada bayam dan  potasssiumnya 2 kali ganda lebih banyak daripada pisang.

Sebenarnya, sejak zaman purba lagi peria sudah digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian.

khasiat peria katak

SUmber: Pantip

1. Mengubati masalah kulit

Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit.

2. Mengubati demam malaria

Manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria katak untuk mengubati demam malaria.

3. Penawar diabetis

Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes. Penyelidik mendapati peria katak memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah.

Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria katak setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.

4. Memberikan tenaga

Peria katak membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.

5. Mengawal penyerapan gula oleh badan

Peria katak membantu melambatkan proses pengosongan perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.

6. Menurunkan berat badan

Peria katak mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan. Peria katak juga dapat merangsang hati untuk merembes jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Oleh itu peria katak turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan selalu.

7. Mencegah HIV, diabetis dan kanser

Peria katak mengandungi sejenis multi vitamin semula jadi yang sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif yang bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.

khasiat peria katak

Sumber: Medicanewstoday

8. Baik untuk pesakit kencing manis

Jus buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi pesakit diabetes. Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

9. Menyejukkan badan

Air rebusan peria katak boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Sesuai juga diambil ketika musim panas.

10. Mengatasi masalah paru-paru dan pernafasan

Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat  merawat penyakit lelah.

11. Membanyakkan susu badan

Jika ingin banyakkan susu badan, anda hanya perlu rebus peria katak dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.

12. Melancarkan perjalanan haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria katak sepanjang tempoh haid.

13. Mengecutkan rahim

Peria katak membantu mengecutkan rahim bagi ibu yang baru bersalin atau keguguran. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.

14. Mencantikkan kulit dan mengelakkan jerawat

Peria katak juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria katak dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

15. Menambah tenaga wanita berpantang

Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria katak sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria katak akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.

khasiat peria katak

Sumber: 100comments

16. Merawat buasir

Daun peria katak cukup berkesan untuk merawat penyakit buasir. Caranya mudah, ambil rebusan daun peria katak dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi. Manakala akarnya pula jika dihancurkan boleh digunakan untuk disapukan di tempat buasir.

17. Mengurangkan masalah mata

Jika anda perhatikan, antara isi peria katak  dan bijinya terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Di situlah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.

18. Meneutralkan darah

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah kulit.  Amalkan mengambil segelas jus peria yang dicampurkan bersama dengan satu sudu kecil jus limau.

19. Baik untuk perut

Peria katak sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria katak mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.

20. Merawat penyakit taun

Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

21. Mengubati insomnia

Anda sukar tidur malam? Amalkan minum jus peria katak setiap pagi.

22. Merawat hati yang rosak akibat pengambilan alkohol

Peria katak berfungsi untuk membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

khasiat peria katak

Sumber: Healthline

23. Meningkatkan imuniti

Peria katak meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

24. Merawat buasir

Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh.

Itulah dia khasiat peria katak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat lengkuas , khasiat buah delima, dan khasiat aloe vera.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.