5 Khasiat Mahkota Dewa. Banyaknya Manfaat!

Jom kita belajar tentang khasiat mahkota dewa.

Daun mahkota dewa berasal dari tanaman mahkota dewa (Phaleria Macrocarpa) yang tumbuh di daerah Papua New Guinea. Buah mahkota dewa berbentuk bulat dengan diameter 4cm dan berwarna hijau jika mentah dan berwarna merah jika masak.

Manakala daun mahkota dewa memiliki sifat tunggal dan bertangkai pendek. Daun mahkota dewa memiliki permukaan daun yang licin dan berwarna hijau tua dengan panjang 7-10cm dan lebar 2-5cm.

pokok mahkota dewa

Imej via spmodels

Kandungan Zat Dalam Mahkota Dewa

Buah-Mahkota-Dewa

Imej via thibun

Manfaat mahkota dewa tidak dapat disangkal kerana banyaknya zat yang terkandung di dalamnya. Antara zat khasiat yang terdapat pada tumbuhan mahkota dewa adalah:

Alkaloid

Mahkota dewa berfungsi sebagai antivirus kerana kandungan alkaloid yang terdapat dalam tumbuhan ini. Sifat antivirus yang ada di dalam tanaman mahkota dewa berguna untuk melawan berbagai jenis virus yang masuk ke dalam tubuh.

Malah ia juga turut melawan bakteria di dalam tubuh. Sehingga tubuh tidak akan mudah terkena jangkitan. Malah, pebagai jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria juga boleh diatasi menggunakan tanaman mahkota dewa.

 

Flavonoid

peredaran darah

Imej via viva

Salah satu manfaat mahkota dewa adalah melancarkan peredaran darah. zat flavonoid di dalam mahkota dewa berfungsi membantu peredaran menjadi lancar. Jika peredaran darah lancar, tubuh akan terhindar dari berbagai macam penyakit dan juga gangguan kesihatan.

Zat flavonoid dalam mahkota dewa juga dipercayai meningkatkan dan menjaga sistem metabolisme di dalam tubuh. Selain itu, flavonoid juga berfungsi sebagai anti radang. Ia membantu mengurangkan rasa sakit yang dideritai oleh badan.

 

Polifenol

Zat polifenol yang ada dalam mahkota dewa bermanfaat untuk menghilangkan alergi khususnya alergi pada makanan. Kandungan polifenol yang ada di dalam mahkota dewa turut berfungsi untuk mengubati gatal-gatal.

 

Antioksidan

Tumor adalah benjolan tidak normal yang tumbuh pada tubuh. Tumor boleh dihilangkan dan diubati menggunakan kulit mahkota dewa kering yang direbus. Kandungan antioksidan yang ada di dalam kulit mahkotra dewa, sama banyaknya dengan kandungan antioksidan di dalam kulit manggis kering.

radikal bebas

Imej via organikherbal

Selain itu, pelbagai jenis penyakit terjadi disebabkan oleh adanya radikal bebas. Tubuh setiap hari berjuang untuk melawan radikal bebas. Zat antioksidan yang ada dalam kulit buah mahkota dewa boleh digunakan untuk melawan radikal bebas.

 

Saponin

Zat saponin dalam mahkota dewa dikatakan bermanfaat untuk mengubati penyakit hepatitis. Malah, kandungan saponin yang ada di dalam mahkota dewa juga berfungsi menurunkan kadar gula darah. Selain itu ia juga membantu meningkatkan tenaga dan seksualiti bagi lelaki.

 

Mahkota Dewa Sebagai Anti Kanser

Menurut Dr. Ir. M. Ahkam Subroto, kandungan senyawa mahkota dewa memiliki dua karakteristik yang berfungsi sebagai anti kanser pada tubuh manusia.

“Pertama, kandungan antioksidan yang tinggi dalam mahkota dewa berkhasiat mencegah tumbuhnya sel-sel kanser. Caranya, dengan mengikat radikal bebas yang ada di dalam tubuh kemudian membuangnya ke luar” jelas Ahkam.

“Yang kedua, mahkota dewa memiliki kandungan senyawa yang mampu mengubati sel-sel kanser yang telah membiak. Caranya, dengan menghambat pertumbuhan serta mendorong sel-sel kanser untuk melakukan proses dpoptosis, iaitu proses ‘bunuh diri’ bagi sel kanser tersebut.” kata Ahkam.

Senyawa protein tertentu yang terkandung di dalam mahkota dewa akan menguraikan sel kanser menjadi bahagia-bahagian kecil yang kemudian akan melemah dan mati dengan sendirinya.

kemoterapi

Imej via hellosehat

Para pengkaji berharap, protein yang terkandung dalam mahkota dewa dapat menggantikan kedudukan kemoterapi dalam penyembuhan pesakit kanser. Ini kerana, rawatan mahkota dewa tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit seperti mana rawatan kemoterapi.

Dalam proses kemoterapi, kimia sintetik digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Sebagai kesannya, ada sel-sel yang baik yang ikut terbunuh secara tak sengaja. Berbeza dengan rawatan mahkota dewa, yang mendorong sel kanser melakukan ‘bunuh diri’, sehingga tidak memengaruhi sel-sel tubuh yang baik.

 

Kesimpulan

Tumbuhan mahkota dewa kaya dengan zat-zat nutrisi yang baik untuk kesihatan. Namun begitu, untuk membuktikan petua ini disokong oleh perubatan moden, ia perlukan kajian saintifik yang lebih banyak.

Mahkota dewa bersifat steroid, menyebabkan anda berasa sedap badan n sihat. Seperti mana steroid yang lain, pengambilan jangka-panjang melemahkan sistem imunisasi anda. Bila sistem imunisasi lemah, kita senang terkena penyakit jangkitan kuman dan juga kanser. Oleh sebab itu, pengambilannya tidak boleh dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mengamalkan mahkota dewa untuk merawat penyakit, anda disarankan berbincang dengan doktor yang merawat anda untuk dapatkan nasihat dan pandangan dari ahli perubatan.

 

Rujukan:

  1. Thibun
  2. Khasiatkesehatan
  3. Manfaat

 

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat mahkota dewa, kami juga ada menulis artikel menairk lain yang boleh dibaca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like.

 

Graduan dalam bidang pendidikan. Merupakan bekas guru. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama, cuba memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!