Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Salmon hidup di lautan Atlantik dan Lautan Pasifik, selain di tasik-tasik besar.

Secara tipikal, salmon adalah anadromous iaitu ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walau bagaimana pun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar.

Khasiat ikan salmon

Sumber: Seriouseat

Di antara nutrisi yang  dianggap paling berguna dalam ikan salmon adalah asid lemak Omega 3 dalam bentuk eikosapentatonik asid (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA). Selain itu, nutrisi lain ikan salmon ialah vitamin B2 (riboflavin) dan B12, vitamin D, kalsium, fosfor, dan mineral seperti zat besi, seng, yodium, magnesium dan kalium, selenium.

1. Baik untuk ibu mengandung & bayi dalam kandungan

Ikan salmon merupakan salah satu makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan juga asid lemak Omega 3 yang amat diperlukan sebagai nutrien penting untuk perkembangan badan. Omega 3 juga penting dalam perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu hamil.

Berbanding ikan laut dalam lain, salmon mengandungi jumlah merkuri yang lebih rendah sekaligus mengelakkan risiko gangguan pada proses pengembangan sistem saraf bayi.

2. Mencegah kemurungan dan menjadikan anda lebih bahagia

Kemurungan adalah satu masalah jiwa yang serius. Ia merujuk kepada orang yang mengalami mood tidak baik, kesedihan, kurang tenaga dan hilang minat pada kehidupan. Kajian mendapati bahawa orang yang makan ikan salmon dengan kerap kurang mengalami masalah kemurungan ini. Perkara ini berlaku kerana asid lemak omega-3 yang terkandung di dalam ikan boleh melawan kemurungan dan boleh menggantikan ubat antidepressant.

3.Menyokong perkembangan otak

Bagi kanak-kanak, manfaat salmon terutamanya untuk membantu meningkatkan perkembangan otak mereka. Ini berlaku kerana kandungan omega-3 EFA yang terkandung dalam ikan salmon.

Bukan sahaja berguna untuk perkembangan otak kanak-kanak, asid lemak omega-3 dalam ikan salmon juga mungkin berguna untuk mereka yang mengalami gangguan defisit perhatian (ADHD). Pengambilan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan gejala gangguan ini.

4. Mencegah penyakit jantung dan strok

Sakit jantung dan stok merupakan dua penyebab kematian di dunia. Manakala, ikan salmon pula dikatakan sebagai makanan terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda. Tidak mengejutkan bahawa sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan ikan salmon mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding dengan orang yang tidak memakannya.

Risiko strok dan masalah jantung yang lain juga mengalami penurunan. Dalam satu kajian ke atas 40,000 orang lelaki di AS, mendapati bahawa orang yang makan 1 atau lebih sajian berasaskan ikan salmon setiap minggu mempunyai 15% lebih rendah dalam mengalami masalah jantung.

Para pengkaji mempercayai bahawa ikan salmon yangberlemak lebih berkhasiat untuk kesihatan jantung kerana mengandungi asid lemak omega-3.

Khasiat ikan salmon

Sumber: Cnnindonesia

 5. Membantu proses pertumbuhan dan pembesaran

Asid lemak omega-3 sangat penting dalam proses pertumbuhan dan pembesaran. DHA yang terkandung di dalamnya memainkan peranan yang penting kepada perkembangan otak dan mata. Oleh sebab itu, para ibu yang sedang mengandung atau menyusu digalakkan untuk mendapat bekalan lemak asid omega-3 dengan mencukupi.

6. Membantu penghasilan hormon & menstabilkannya

Salah satu fungsi utama vitamin D adalah penghasilan hormon. Ikan salmon adalah salah satu sumber vitamin D. Sekiranya anda jarang mendapat cahaya matahari, maka kerapkan makan ikan salmon.

7. Mencegah penyakit Auto-Imun, termasuk diabetes Tahap 1

Penyakit auto-imun merujuk kepada sejenis penyakit di mana sistem imun melawan tisu badan dengan tidak terkawal. Contoh yang mudah adalah kencing manis tahap 1, yang melibatkan sistem imun melawan sel yang menghasilkan insulin di dalam buah pinggang.

Beberapa kajian telah mendapati bahawa pengambilan omega-3 dalam ikan salmon membantu mengurangkan risiko kencing manis tahap 1 pada kanak-kanak mahupun dewasa.

8. Mencegah penyakit lelah (asma) pada kanak-kanak

Asma atau lelah adalah penyakit yang berlaku kerana keradangan kronik pada saluran pernafasan. Kajian mendapati bahawa pengambilan ikan salmon dengan kerap boleh mengurangkan risiko mendapat asma sebanyak 24% pada kanak-kanak.

Khasiat ikan salmon

Sumber: Gempak

9. Menjaga kesihatan kulit

Melalui Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon ni, boleh melindungi sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat.

10. Menjaga kesihatan mata

Omega-3 dan DHA yang banyak terdapat dalam ikan salmon boleh membantu mengelakkan masalah mata kering yang teruk. Omega-3 ini juga membantu mengurangkan keradangan mata.

11.Melindungi mata pada usia tua

Satu jenis penyakit yang dikenali sebagai macular degeneration adalah penyebab kepada rabun dan buta, biasanya akan berlaku pada orang yang sudah berusia. Terdapat beberapa bukti yang menyatakan ikan dan lemak asid omega-3 boleh memberikan pelindungan daripada mendapat penyakit ini.

Dalam satu kajian yang lain, pengambilan ikan yang kerap boleh mengurangkan risiko penyakit ini sebanyak 42% bagi wanita. Kajian yang lain pula mendapati bahawa pemakanan ikan seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang sama sebanyak 53%.

12. Meningkatkan kualiti tidur

Masalah atau gangguan tidur telah menjadi satu masalah biasa di seluruh dunia. Terdapat banyak sebab yang membawa kepada masalah ini, sebagai contoh banyak terdedah pada sinaran cahaya biru. Pada masa yang sama, para pengkaji mempercayai bahawa kekurangan vitamin D turut memainkan peranan yang penting dalam kes ini.

Dalam satu kajian selama 6 bulan ke atas seorang lelaki berusia 95 tahun, mendapati bahawa dengan pemakanan ikan salmon 3 kali seminggu membawa kepada peningkatan kualiti tidur.

Khasiat ikan salmon

Sumber: Braunhealthcare

13. Meningkatkan grey matter di dalam otak dan melindunginya daripada nyanyuk atau alzheimer

Salah satu masalah menjadi tua adalah nyanyuk dan menjadi  lebih serius kepada penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer. Berdasarkan beberapa kajian, orang yang banyak makan ikan salmon boleh mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat masalah kognitif.

Ianya berkait rapat dengan grey matter di dalam otak. Grey matter memainkan peranan penting dalam fungsi tisu otak, mengandungi neuron yang memproses maklumat, menyimpan memori dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan ikan salmon setiap minggu mempunyai grey matter lebih banyak.

Itulah dia khasiat ikan salmon yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Jika anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat rambutan, khasiat ikan haruan, dan khasiat ikan keli

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.