Jom ketahui khasiat utama ikan haruan

Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan.

Haruan memakan ikan lain yang lebih kecil dan kadangkala katak turut menjadi habuannya. Oleh kerana ia adalah ikan air tawar, ia sering boleh ditemui di kawasan-kawasan tasik dan sungai.

Khasiat ikan haruan

Sumber: Inchenaim

Fakta menarik tentang ikan haruan:

  • Ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60-70 peratus protein kepada manusia.
  • Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah berbanding dengan ikan air tawar lain iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan beratnya.
  • Ikan haruan turut mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
  • Ikan haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka dan juga baik untuk penyakit gastrik.
  • Selain itu ikan haruan juga mengandungi glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.
  • Ikan haruan turut mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.

Apakah khasiat ikan haruan?

1. Menyembuhkan luka

Ikan haruan juga digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya.

Kebiasaannya, wanita selepas bersalin terutamanya yang melalui pembedahan C Sec akan mengambil pati haruan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.

Khasiat ikan haruan

Sumber: Babycenter

Ekstrak haruan mempunyai kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuhan luka. Haruan mengandungi glisin, asid amino penting yang diperlukan.

Ia juga mempunyai asid arakidonat dan asid lemak tak tepu pada tahap yang tinggi yang menghasilkan kesan anti-radang dan menggalakkan sintesis prostaglandin, penting dalam membantu badan menangani kerosakan atau jangkitan tisu.

Ia juga menggalakkan pembentukan semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan intramolekul protein. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam kekuatan tegangan yang menyegerakan penyembuhan luka.

Satu kajian yang pernah dilakukan oleh Prof. DR. Dr. Nurpudji dari Universiti Hasanudin, Makassar, menunjukkan bahwa kadar albumin pada pesakit di RS Wahidin Sudiro Husodo banyak mengalami peningkatan setelah beberapa kali memakan ikan haruan, sehingga mempercepat proses penyembuhannya.

Kajian yang sama juga telah dilakukan di RS Umum Dr. Saiful Anwar Malang menunjukkan, bahwa pemberian 2 kg ikan haruan masak setiap hari kepada pesakit selepas pembedah dapati meningkatkan albumin mereka menjadi normal. Sementara itu kajian yang dilakukan di Universiti Hasanudin juga menunjukkan peningkatan kadar albumin dalam darah pesakit dari 0,6 hingga 0,8 g/dl setelah diberikan ekstrak ikan  haruan selama 10 hingga 14 hari.

Resepi sup ikan haruan:

Bahan bahannya:

  • 1 ekor ikan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 cm halia
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Daun bawang dan daun sup

Tumis semua bahan kecuali ikan, daun sup dan daun bawang. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ikan dan asam keping dan amsak sehingga isi ikan empuk. Taburkan daun bawang dan daun sup, sedia untuk dimakan.

Khasiat ikan haruan

Sumber: Umpan

2. Menyembuhkan sakit kulit

Hampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila pesakit memakan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan, atau disapukan krim berasaskan ikan haruan. Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.

Hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.

“Krim haruan boleh digunakan kepada pesakit kulit ekzema, psoriasis dan ruam di kalangan kanak-kanak dan dewasa selain mereka yang menghidap penyakit arthritis dan sendi. “Namun masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit.

3. Mencantikkan kulit & melambatkan proses penuaan

Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan. Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagen dapat mencantikkan kulit.

4. Membantu dalam proses pertumbuhan kanak-kanak

Kekurangan albumin boleh terjadi pada tubuh manusia, yang mana suatu keadaan disebut dengan hipoalbumin. Hal ini boleh menyebabkan zat tidak dapat diedarkan dengan baik keseluruh tubuh, sehinggakan bagi anak kecil boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan, perkembangan otak yang tidak maksimal, penurunan kekebalan tubuh juga menyebabkan anak mudah sakit.

Satu kajian menunjukkan bahawa  anak kecil yang mengambil ikan haruan secara teratur memiliki kadar albumin jauh lebih tinggi, dan mengalami peningkatan berat badan dan kadar hemoglobin darah secara nyata.

Albumin sangat diperlukan untuk perkembangan otak, terutama bagi anak kecil yang berada pada fase emas pertumbuhan (golden age). Dengan demikian, memberinya makan ikan haruan dapat membantu mencegah masalah anak yang kurang cerdas.

Khasiat ikan haruan

Sumber: ilhamaku

Kadar albumin yang normal antara 3,5-4,5 g/dl, jika kurang dari 2,2 g/dl boleh menyebabkan masalah pada tubuh. Ianya boleh dilihat pada anak yang mengalami terbantutnya pertumbuhan, padahal jika diperhatikan sebenarnya tak pernah kekurangan makan atau gizi.

Jika hal ini terjadi terus-menerus, anak akan mengalami gangguan pertumbuhan yang boleh menyebabkan kurus atau seperti anak yang kekurangan zat.

Banyak sungguh khasiat ikan haruan, kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Kalau anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan info tentang khasiat terung, khasiat buah naga dan khasiat ikan keli

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.