Halba adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan. Nasi lemak yang dimasak dengan halba bukan sahaja harum baunya malah sangat lazat dan menyelerakan. 

Pastinya anda tahu bahawa selain melazatkan masakan, halba sangat popular di kalangan wanita terutamanya di Malaysia sebagai salah satu bahan serbaguna yang boleh digunakan untuk kecantikan  tubuh badan, sama ada dalam dan juga luaran. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan khasiat halba untuk  kecantikan kulit muka. Selepas ini pastinya anda akan pastikan halba sentiasa ada di dalam dapur anda.

Air rebusan halba

Amalan minum air rebusan halba telah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi. Air rebusan halba bukan sahaja membantu mencantikan kulit muka malah ia membantu untuk mengekalkan badan yang langsing dan menarik tanpa lelemak  berlebihan.

Perhatikan orang tua zaman dahulu. Walau pun sudah berusia, tubuh badan mereka masih menarik  bak anak dara. Bukan lagi rahsia, halba adalah jawapannya. Penyediaan ari rebusan halba juga adalah sangat mudah dan menggunakan bahan yang ada di dalam dapur. Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan yang mahal.

Untuk menyediakan air rebusan halba, bahan yang anda perlukan ialah:

  1. 1 sudu halba
  2. 1 biji lemon atau limau nipis atau limau kasturi
  3. 1 asam peping
  4. 1 helai daun pandan
  5. 1 inci halia
  6. 1 sudu madu
  7. 3 cawan air

Cara-cara untuk menyediakannya:

"
  1. Basuh halba dan asam keeping sehingga bersih.
  2. Potong lemon dan halia. Jangan terlalu nipis.
  3. Simpulkan daun pandan.
  4. Masukkan kesemua bahan kecuali madu bersama air ke dalam periuk.
  5. Masak sehingga mendidih.
  6. Apabila sudah suam, masukkan madu.
  7. Amalkan minum air rebusan halba sekurang-kurangnya sekali seminggu. Anda akan melihat perbezaan pada kulit muka dan seluruh badan.
khasiat halba untuk kulit muka
Sumber: Semuanyajdt

Scrub halba

Selain dijadikan sebagai air rebusan, halba juga boleh dijadikan scrub. Scrub halba ini boleh digunakan pada muka dan juga seluruh badan. Maklumlah, kita bukan sahaja nakkan kulit muka yang cantik, malah kalau boleh satu badan nak putih berseri.

Terdapat beberapa resepi scrub halba yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kesemua resepi scrub ini adalah kegemaran kami dan diamalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Anda boleh pilih resepi yang mana satu untuk anda guna pada minggu ini, dan untuk minggu hadapan tukar pula resepi yang seterusnya. Menarik kan?

  1. Scrub halba dan madu. Mudah sahaja untuk menyediakan scrub ini. Caranya, ambil satu sudu kecil halba dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan sedikit madu. Jangan terlalu cair. Scrub muka dengan perlahan lebih kurang 2 minit. Biarkan sehingga kering di kulit dan bilas sehingga bersih. Lakukan langkah yang sama pada seluruh tubuh badan. Selepas scrub, kulit anda akan terasa lembut, halus, dan cerah.
  2. Scrub halba dan serbuk kopi. Yang ini adalah resepi scrub yang paling kami gemari. Caranya, ambil satu sudu kecil halba dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Anda boleh gunakan serbuk kopi yang ada di dapur. Masukkan sedikit air, jangan terlalu cair. Scrub muka dengan perlahan lebih kurang 2 minit. Biarkan sehingga kering di kulit dan bilas sehingga bersih. Lakukan langkah yang sama pada seluruh tubuh badan. Selepas scrub, kulit anda akan terasa lembut, halus, dan cerah. Sebagai bonus, jika anda selalu amalkan scrub ini anda akan perasan bahawa jerawat semakin jarang tumbuh di wajah anda.
  3. Scrub halba dan telur putih. Ini adalah scrub yang sangat berkesan untuk  awet muda dan menegangkan kulit muka. Caranya, ambil satu sudu kecil halba dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan sedikit putih telur. Scrub muka dengan perlahan lebih kurang 2 minit. Biarkan sehingga kering di kulit dan bilas sehingga bersih. Lakukan langkah yang sama pada seluruh tubuh badan. Selepas scrub, kulit anda akan terasa lembut, halus, dan cerah.
  4. Scrub halba dan serbuk kunyit. Ini pula adalah scrub yang berfungsi untuk menaikkan seri muka. Caranya, ambil satu sudu kecil halba dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan sedikit serbuk kunyit yang ada di dapur. Scrub muka dengan perlahan lebih kurang 2 minit. Biarkan sehingga kering di kulit dan bilas sehingga bersih. Lakukan langkah yang sama pada seluruh tubuh badan. Selepas scrub, kulit anda akan kelihatan cerah berseri dan bercahaya.
khasiat halba untuk kulit muka
Sumber: Aliffchannel

Minyak halba

Selain dijadikan sebagai air rebusan dan scrub, halba juga boleh dijadikan sebagai minyak untuk disapukan pada kulit muka untukm mendapatkan kulit muka yang cantik dan berseri. Seperti air rebusan dan scrub, cara untuk menyediakan minyak halba juga adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Berikut adalah cara untuk menyediakan minyak halba:

  1. Sediakan 50 gram halba.
  2. Kisar sehingga halus.
  3. Sangat di atas api perlahan selama 30 minit.
  4. Jaga api dan sentiasa perhatikan halba agar tidak hangus.
  5. Selepas 30 minit tutup api dan sejukkan halba yang telah disangai tadi.
  6. Masukkan ke dalam bekas. Biarkan semalaman.
  7. Keesokan harinya tapis minyak yang terasing dari hampas halba.
  8. Masukkan minyak halba tadi dalam botol spray atau pam.
  9. Sapukan minyak halba pada kulit muka dan seluruh badan sekurang-kurangnya dua kali sehari dan biarkan kering. Kulit muka akan terasa lembut dan halus.
  10. Hampas halba jangan dibuang. Jadikan sebagai scrub.

Itulah dia info tentang khasiat hakba untuk kulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kebaikan masker daun pegaga, khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil, dan cara buat air selusuh.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.