Jom ketahui khasiat daun sirih!

Pengenalan

Daun sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. berasal dari keluarga Piperaceae. Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India.

Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki.Jom kenali dan belajar khasiat daun sirih.Jom ketahui khasiat daun sirih.

Sirih membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik.

khasiat daun sirih

Sumber: Arah

Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawanan Melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat Melayu.

Dalam perubatan tradisional, sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua Melayu dan India.

Sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan di atas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.

Jom ketahui apakah khasiat daun sirih.

1. Menghilangkan nafas berbau

Daun sirih membantu menghilangkan nafas berbau. Untuk masalah nafas berbau, ada dua cara untuk anda lakukan. Cara pertama ialah dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.

Cara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis. Gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.

2. Merawat kulit dan masalah jerawat

Bagi anda  yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, daun sirih mampu menyelesaikan masalah anda. Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.

Untuk menghilangkan jerawat, anda boleh jadikan daun sirih sebagai masker. Caranya, sediakan 3 helai sirih. Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk dan masukkan 3 helai daun sirih tersebut.

Masak sehingga mendidih. Tunggu sehingga air rebusan sirih suam. Basuh muka anda dan ratakan daun sirih tersebut di seluruh muka terutamanya kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas wajah anda mengunakan air suam.

Selain dijadikan masker, daun sirih juga boleh direbus dan diminum. Caranya, sediakan 2 – 3 helai daun sirih, panaskan air dan masukkan daun sirih tersebut. Setelah air mendidih, ambil daun sirih tadi dan kisar sehingga halus. Selepas itu, tapiskan ampas daun sirih itu. Jika anda tidak gemar dengan rasa pahit air daun sirih, letakkan 1 sudu madu untuk mengurangkan rasa pahit.

Bagi mendapatkan hasil yang cepat, amalkan masker & minum air rebusan setiap hari.

khasiat daun sirih

Sumber: Winnetnews

3. Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita

Keputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian Miss V anda. Dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikrob yang dapat membasmi kuman dan bakteria penyebab keputihan, daun sirih membantu mengubati keputihan.

Caranya, sediakan 5 – 10 helai duan sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan air sebanyak 500 ml sehingga mendidih. Kemudian biarkan air rebusan daun sirih tersebut hingga suhu bilik dan tapis hampas daun sirih. Gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh kemaluan anda.  Lakukan 2 kali sehari sehingga keputihan dan kegatalan hilang.

4. Mengurangkan bengkak gusi

Untuk gusi bengkak pula, ambil 5-6 helai daun sirih lalu direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih. Setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.

5. Menghilangkan bau badan

Untuk menghilangkan bau badan, ambil 2 hingga 3 helai daun sirih. Rebus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih. Keluarkan daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

khasiat daun sirih

Sumber: Netizenia

6. Melancarkan haid & meredakan senggugut

Bagi wanita yang sering mengalami masalah kitaran haid atau senggugut, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih. Caranya, sediakan 3 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut sehingga mendidih. Tunggu air rebusan tersebut sejuk dan menjadi suhu bilik.  Tapis dan minum semasa datang haid.

7. Mengubat penyakit asma

Penyakit asma merupakan penyakit keturunan. Penyakit ini berbahaya yang boleh dibawa walaupun ia bukan jenis penyakit yang kronik seperti diabetis dan jantung.

Penyakit ini akan mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa.

Bagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma. Caranya, sediakan 4 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan 2 gelas air hingga mendidih. Pastikan anda minum rebusan tersebut secara rutin iaitu minum 2 – 3 kali sehari, tidak kira anda mengalami asma atau pun tidak.

8. Menyembuhkan batuk

Salah satu khasiat dari daun sirih ialah untuk menyembuhkan batuk. Caranya, rebus 5 helai daun sirih dengan 300 ml air. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam semasa anda batuk.

9. Penawar sakit jantung

Daun sirih juga boleh dijadikan sebagai penawar sakit jantung. Caranya,  tumbuk 3 helai daun sirih bersama 1 sudu makan jintan putih & 3 ulas bawang merah. Tuang secawan air panas. Biarkan sehingga suam dan tapis. Minum 2 kali sehari.

khasiat daun sirih

Sumber: Medicalnewstoday

Itulah dia 9 khasiat daun sirih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda sukakan artikel ini? Anda juga pasti akan sukakan info yang kami kongsikan tentang khasiat minyak ikan, khasiat pegaga, dan khasiat petai.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.