Jom kita kaji khasiat daun rerama. Benarkah ianya dapat merawat kanser seperti yang dikatakan ramai.

Daun rerama (Red Butterfly Wing) juga dikenali dengan nama saintifiknya Mariposa Christia Vespertilionis. Pokok daun rerama banyak didapati di negara Asia seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan lain-lain.

Ia boleh tumbuh hingga ketinggian 60-120cm, daun muda berwarna ungu, manakala daun matang bewarna hijau pekat dengan garis-garis hijau muda. IUCN (International Union for Conservation of Nature and Natural Resources) telah mengkategorikan tumbuhan ini sebagai spesies yang terancam.

Bahan kimia yang terdapat dari pokok rerama adalah alkaloid, triterpenes, asid lemak, phenols, rantai panjang alkohol, palmitine, corynoxidine, pheophorbid-a, ursolic acid, flavonoid glycosides, steroid dan banyak lagi.

Pheophorbid-a yang terkandung di dalamnya pernah dikesan mempunyai ciri-ciri antiproliferatif dalam kajian makmal.

Masyarakat kita percaya bahawa daun rerama mempunyai banyak khasiat terhadapt kesihatan, terutama bagi penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain. Antara 7 khasiat untuk kesihatan daripada rerama ialah:

  1. Mencegah kanser
  2. Anti oksidan tinggi
  3. Mencegah strok
  4. Kencing manis
  5. Menyihatkan usus
  6. Meredakan asma
  7. Migrain

 

Benarkan Daun Rerama Boleh Mengubati Kanser?

Daun rerama telah dikenalpasti memiliki sebatian anti kanser dan anti keradangan setelah sebuah kajian awal telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM).

Daun Rerama

Imej via khasiat

Menurut Penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan, dua sebatian itu adalah “lupeol” dan betastigma sterol” yang ditemui pada akar pokok daun rerama yang berupaya merawat solid kanser seperti kanser payu dara, usus besar, paru-paru, ovari dan serviks.

Namun begitu, kenyataan rasmi pihak universiti tentang hasil kajian ini ada disiarkan dan jelas menyatakan bahawa ianya baru sahaja menjalani kajian makmal menggunakan lapisan sel-sel kanser dan baru hendak melangkah kepada ujian ke atas haiwan. Ini bermaksud daun rerama belum lagi menjalani kajian klinikal untuk menguji keberkesanannya kepada penyakit yang dihidapi oleh manusia.

Pihak UPM sebagai pihak yang menjalankan kajian terhadap daun rerama menyatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan dakwaan beberapa pengusaha produk berasaskan daun rerama yang mengaitkan produk mereka amat berkesan untuk pelbagai penyakit.

 

Mengapa Kajian Makmal/Praklinikal Tidak Kuat Untuk Membuktikan Daun Rerama Boleh Merawat Penyakit?

test

Imej via indianexpress

Antara alasan mengapa kajian makmal tidak boleh menjadi alas an untuk merawat penyakit adalah:

1) Ujian makmal tidak dijalankan ke atas tubuh manusia. Ada kajian yang dijalankan kepada haiwan. Sekalipun hasil kajian ke atas haiwan memberi respon yang positif, namun ia tetap tidak boleh dijadikan hujah yang kuat untuk menjadikan daun rerama sebagai ubat kerana persekitaran dalam tubuh manusia lebih kompleks berbanding haiwan.

2) Peringkat awal kajian makmal hanya menggunakan ekstrak bahan secara kasar. Sedangkan dalam daun rerama terdapat banyak bahan kimia. Dan kita tidak dapat mengenal pasti bahan kimia spesifik yang benar-benar menjadi faktor merawat penyakit.

3) Kajian makmal belum menguji dos yang sesuai kepada tubuh manusia. Ia hanya diuji kepada haiwan.

4) Kajian praklinikal belum menguji keberkesanan dan keselamatan bahan ke atas manusia. Ia hanya dilakukan kepada haiwan.

Ini antara 4 alasan mengapa ujian makmal tidak kukuh untuk membuktikan bahawa daun rerama boleh menjadi ubat kepada penyakit. Kebanyakan kelebihan daun rerama yang dikongsi di internet adalah berdasarkan testimoni pengguna atau kenyataan daripada pihak penjual produk.

 

Kesimpulan

Memang tidak dinafikan daun rerama banyak khasiatnya, namun untuk membuktikan ia boleh merawat penyakit kronik seperti kanser adalah tidak tepat. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan mana-mana produk untuk merawat penyakit anda.

 

Rujukan:

  1. faktasains
  2. upm

 

Artikel Menarik Lain

Sukakan artikel ini? Jika suka jangan lupa untuk kongsi dan like ya. Selain khasiat daun rerama, kami juga mempunyai artikel berkaitan yang menarik untuk dibaca.

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.