Daun kunyit merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama untuk masakan.Daun kunyit diambil daripada pokok kunyit (Cucuma domestica) yang mudah ditanam dalam kebun mahupun dalam pot atau pasu disekeliling rumah. 

Daun kunyit ini mempunyai bau yang wangi dalam masakan. Oleh sebab itu, jika masak labu masak lemak memang wajib letak daun kunyit. Ia akan membuat masakan tersebut lebih sedap.

Daun kunyit mempunyai banyak khasiat. Tahukah anda khasiat daun kunyit?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat daun kunyit. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah badar. Puan Aisyah gemar berkongsikan tips dan petua di laman Facebooknya. Banyak info-info yang bermanfaat.

Khasiat daun kunyit

khasiat daun kunyit
Imej via Facebook

Daun kunyit ni bukan setakat best buat masak jek, tapi khasiat dia pun best tau. Orang tua dedulu selalu suruh anak-anak perempuan dorang makan daun kunyit sebab daun kunyit ni boleh wangikan badan.

Sebab tu la agaknya orang dedulu tak de deodorant pun no hal. Ketiak dorang wangi jek. Okey jom kita tengok khasiat daun kunyit yang lain.

Antara khasiat :

  • bagus untuk pencernaan
  • kurangkan gas dan kembung perut
  • anti radang
  • antiseptik semulajadi
  • wangikan badan
  • antioxidant
  • cantikkan kulit

*Banyakkan khasiat daun kunyit ini. Ia boleh menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Jika bau badan tidak menyenangkan, bolehlah makan daun kunyit untuk menghilangkan bau badan. Tidaklah kita berhabis-habis duit beli produk bermacam-macam nak hilangkan bau badan.

Selain itu, Puan Aisyah juga memberi tips, daun kunyit ini boleh dijadikan masker muka untuk mendapatkan kulit muka yang cantik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.