Kacip fatimah merupakan salah satu herba tradisional yang sinonim dengan kegunaan wanita. Jika tongkat ali dikaitkan dengan orang lelaki, bila sebut kacip fatimah pula secara automatik kita akan terfikirkan kesihatan dalaman wanita.

Sememangnya kacip fatimah kaya dengan seribu satu khasiat dan kegunaan yang ramai orang tak tahu.

kacip fatimah
Sumber: Yousense

Kacip fatimah adalah sejenis herba renek dengan akar yang menjalar. Batang pokok kacip fatimah tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun yang dipanggil sebagai parut yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar yang keluar akan kelihatan menonjol keluar dari parut lama. Apakah khasiat dan kegunaan kacip fatimah?

1. Jamu untuk wanita lepas berpantang

Kebiasaannya wanita di Malaysia akan berpantang setiap kali selepas bersalin atau berpantang. Kacip fatimah merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau dipanggil sebagai jamu untuk penjagaan tubuh wanita yang sedang berpantang. Kacip fatimah dipercayai mampu membantu tubuh badan wanita segar semula dan kembali cergas seperti sedia kala.

2. Menjaga kesihatan sistem peranakan wanita

Sejak zaman nenek moyang kita dahulu, kacip fatimah digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan sistem peranakan wanita. Sistem peranakan yang sihat adalah sangat penting bagi memastikan wanita tidak mengalami sebarang masalah kesuburan dan tidak mempunyai masalah sistem peranakan yang lain seperti rahim jatuh.

3. Memberikan tenaga

Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu.

Hari ini, ada banyak juga air rebusan akar fatimah segera yang dijual dalam tin di kedai. Kalau tak sempat untuk membuat air rebusan akar fatimah, air dalam tin adalah alternatif yang baik. Namun kandungan gulanya mungkin agak tinggi.

4. Meningkatkan fungsi seksual wanita

Ini adalah khasiat kacip fatimah yang paling popular. Bagi kaum lelaki, meminum air tongkat ali akan memberikan mereka kegagahan dan kekuatan. Untuk wanita pula, air rebusan akar fatimah dikatakan mampu meningkatkan fungsi seksual dan mengelakkan masalah seperti mati putik dan kekeringan.

5. Mengetatkan bahagian intim

Kacip fatimah menjadi kegilaan kaum wanita kerana ianya dikatakan mampu mengetatkan bahagian intim. Wanita yang pernah melahirkan atau yang sudah berusia pastinya inginkan kesan ini bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga.

Tak salah kalau anda mencuba, sedangkan dalam islam kita digalakkan untuk sentiasa berikhtiar selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama islam.

6. Mengurangkan gejala menopos

Bagi wanita yang menghampiri menopos atau sudah menopos, anda pasti tahu bahawa gejala menopos adalah sangat mengganggu dan menggangu urusan seharian. Menurut kajian sains, kacip fatimah adalah herba yang kaya dengan “phytoestrogen” dan “isoflavones”  yang mampu mengurangkan gejala menopos.

kacip fatimah
Sumber: Everydayhealth

7. Memudahkan proses bersalin

Tahukah anda, selain nama kacip fatimah, ia juga dikenali sebagai selusuh fatimah kerana khasiatnya yang mampu memudahkan proses bersalin. Caranya, minum air rendaman kacip fatimah apabila anda mula berasa sakit nak bersalin. Anda tidak perlu minum dengan kuantiti yang banyak, seteguk dua sudah memadai. Ini adalah petua orang lama yang terbukti berkesan.

8. Meredakan sakit perut bayi

Jika bayi anda menangis secara berterusan sambil memegang perut atau perutnya kelihatan keras dan buncit akibat kembung, kacip fatimah boleh membantu. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:

  • Anda memerlukan sedikit daun kacip fatimah dan minyak masak
  • Hancurkan daun kacip fatimah dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sedikit minyak masak
  • Ramas sehingga sebati
  • Tampal bahan tadi ke perut bayi anda dan biarkan sehingga kering. Insya Allah sakit perut bayi anda akan hilang

9. Membetulkan kitaran haid

Jika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal, anda boleh berikhtiar untuk membetulkan kitaran haid anda dengan cara meminum air rebusan akar kacip fatimah secara konsisten. Pengambilan kacip fatimah secara konsisten adalah salah satu cara tradisional untuk menstabilkan hormon supaya kitaran haid anda menjadi betul semula. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut:

  • Ambil sedikit akar kacip fatimah dan beberapa biji manjakani
  • Rebus sehingga mendidih
  • Tutup api, masukkan sedikit madu untuk menghilangkan rasa pahit
  • Minum satu cawan setiap pagi

10. Mengurangkan senggugut

Jika anda selalu senggugut, meminum air rebusan akar kacip fatimah akan membantu untuk megatasi masalah tersebut. Anda boleh buat air rebusan kacip fatimah dan manjakani seperti cara yang kami nyatakan di atas.

kacip fatimah
Sumber: Healthproblemsnews

11. Mengurangkan sakit sendi

Khasiat dan kegunaan kacip fatimah yang seterusnya ialah ia mampu mengurangkan sakit sendi yang kerap dialami oleh mereka yang berbadan besar atau sudah berumur. Jika anda dah jenuh mencari penawar untuk masalah sakit sendi yang anda alami namun masih belum berjumpa yang serasi, apa kata anda cuba kacip fatimah pula.

12. Mengatasi penyakit Gonorea

Gonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang selalunya dijangkiti oleh mereka yang melakukan seks bebas dan kerap bertukar-tukar pasangan. Jika anda disahkan dijangkiti penyakit Gonorea, jadikan kacip fatimah sebagai salah satu ikhtiar untuk mengubati tersebut.

13. Menegangkan otot abdomen

Kebiasaannya wanita yang baru lepas bersalin akan mengalami masalah perut kendur dan menggelebeh. Ini berlaku kerana otot abdomen menjadi lemah. Mengambil kacip fatimah secara konsisten telah terbukti mampu menegangkan kembali otot abdomen anda yang longgar dan menggelebeh. Cubalah!

14. Mengatasi keputihan

Anda ada masalah keputihan? Kacip fatimah boleh membantu.

15. Merawat cirit-birit

Khasiat dan kebaikan kacip fatimah yang terakhir ialah ia mampu menjadi penawar kepada cirit-birit. Jika anda cirit-birit, boleh jadikan daun kacip fatimah sebagai ulam. Rasanya sangat sedap.

kacip fatimah
Sumber: Citypages

Itulah dia 15 khasiat kacip fatimah yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat terung  dan khasiat cekur.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.