Mencari khasiat cuka epal?Tahukah anda selain khasiat untuk diet kesihatan, berkesan juga untuk kurus dan kecantikkan diri. Nak tahu?Kenalah terus membaca.

Cuka epal atau dikenali juga sebagai apple cider vinager (ACV) adalah sejenis cuka yang diperbuat daripada epal, kebiasannya epal merah. Cuka epal menjadi amalan penduduk benua Amerika Utara sejak dahulu lagi. Tetapi kini, amalan cuka epal sudah tersebar hampir keseluruh benua termasuk benua Asia. Tidak terkecuali di negara Malaysia.

Sejak tahun 1970, pelbagai dakwaan tular mengenai kebaikan cuka epal. Ada yang menyatakan cuka epal mampu menurunkan berat badan, menguatkan imunisasi untuk melawan penyakit dan pelbagai lagi kebaikan untuk kesihatan. Namun, tiada satu bukti saintifik yang dapat menyokong dakwaan tersebut.

cuka epal

Imej via pixabay

Namun kini, beberapa kajian sains telah dijalankan untuk membuktikan kebaikan cuka epal kepada kesihatan manusia.

Cara Pembuatan Cuka Epal

Cara pembuatan cuka epal ini amat mudah, cuma ia mengambil masa yang lama untuk terhasil kerana perlu diperam melalui proses penapaian. Cuka epal mengandungi asid asetik dan asid malik yang membuatkan ia rasa masam.

Cara-caranya:

1) Bersihkan dan potong buah epal.

2) Perah buah epal untuk mendapatkan jusnya.

3) Jus epal disimpan dalam peti sejuk selama beberapa minggu untuk proses penapaian.

4) Jus epal yang telah menjadi tapai (asid asetik) akan dimasak sekejap untuk memastikan memusnahkan bakteria.

5) Cuka epal yang telah dimasak, sedia untuk dmasukkan ke dalam botol.

8 Khasiat Cuka Epal

1) Rambut Sihat Bersinar

rambut

Imej via mens-hairstyle

Cuka epal boleh berfungsi sebagai pelembut rambut anda. Menurut seorang arkitek bernama Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Beliau menyatakan bahawa beliau menggunakan soda bikarbonat sebagai shampu, dan menggunakan cuka epal ketika membilas rambut.

Selain mencantikkan rambut, cuka epal juga boleh membantu menghilangkan gatal kulit kepala. Ini kerana, cuka epal bersifat asid, dan kebanyakan masalah rambut disebabkan rambut anda terlalu beralkali. Oleh itu, cuka epal membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala anda.

Namun begitu, pastikan cuka epal tersebut DILARUTKAN dengan air terlebih dahulu sebelum digunakan pada rambut. Sekiranya tidak dilarutkan, bimbang ia bukan mencantikkan rambut anda, tetapi menyebabkan rambut menjadi lebih rosak.

2) Khasiat Cuka Epal Untuk Kurus Badan (Membantu Menurunkan Berat)

turun berat badan

Imej via pixabay

Cuka epal sering dijadikan petua untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, perkara ini masih belum dibuktikan secara klinikal.

Menurut Dr. Elizabeth Trattner, Pakar Perubatan Integratif dan Ahli Akupuntur, beliau sering meneliti meta-analisis klinikal di PubMed untuk melihat cadangan makanan tambahan yang sering diberikan kepada pesakit. Cuka epal antara makanan tambahan yang dikatakan baik untuk kesihatan.

Namun hanya sedikit sahaja data klinikal yang membuktikan manfaat tersebut. Walaupun terdapat dapatan yang menyatakan cuka epal membantu mengurangkan lemak, tetapi ia tidak kuat untuk mengesahkan dakwaan itu.

Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Jadi, perkara ini dapat membantu anda mengawal nafsu makan sewaktu dalam proses menurunkan berat badan. Namun ia juga boleh menyebabkan anda terasa mual. Jadi, sebelum anda memulakan apa-apa diet turunkan berat badan, pastikan anda rujuk kepada ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

3) Menurunkan Paras Kolesterol Dalam Darah

kolesterol

Imej via health.havard

Dalam kajian 2012 yang diterbitkan dalam Life Science Journal, didapati cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida bagi pesakit yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Namun begitu, jumlah kajian ini terlalu kecil. Jadi, dakwaan dapatan ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa cuka epal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Masih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk membuktikan hal ini.

4) Kebaikan Cuka Epal Untuk Muka (Menghilangkan Jerawat)

jerawat

Imej via rscmjogjamu

Walaupun ramai membantah penggunaan cuka epal untuk mengecutkan jerawat, kerana bimbang kulit muka menjadi semakin rosak. Tetapi, Dr. Marie Jhin, seorang ahli dermatologi menyatakan, sekiranya cuka epal tersebut dilarutkan sehingga benar-benar cair, ia boleh berfungsi seperti toner kepada wajah. Ia juga boleh mengeringkan jerawat dan menghilangkan bintik hitam pada muka.

Sekiranya anda ingin mencuba kaedah ini, anda dinasihatkan mencairkan larutan cuka epal terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Selain itu, cuba sapukan pada pergelangan tangan untuk memastikan sama ada kulit anda sesuai atau tidak, menggunakan larutan cuka epal tersebut. Sekiranya kulit di pergelangan tangan anda tidak mengalami rengsa, maka ia selamat digunakan pada kulit muka anda.

5) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah

blood sugar

Imej via webmd

Satu kajian pada 2005 yang diterbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics mendapati apabila cuka epal ditambah dalam makanan yang tinggi glisemik (yang tinggi karbohidrat) ia dapat mencegah bacaan gula naik mendedak selepas makan.

Selain itu, kajian lain pada 2004 yang dijalankan oleh beberapa penyelidik Arizona State University turut mendapati bahawa cuka epal yang dilarutkan sebelum makan makanan yang berkanji boleh mencegah perubahan bacaan gula yang drastik dalam darah selepas makan.

Terdapat juga kajian yang dijalankan oleh University of Tokyo mendapati bahawa asid asetik yang terkandung dalam cuka epal mampu merencatkan aktiviti-aktiviti enzim pencernaan karbohidrat. Kesannya, tidak banyak karbohidrat dapat diserap oleh usus. Perkara ini dapat menghindarkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Namun diingatkan, sekiranya anda ingin menjadikan cuka epal sebagai rawatan alternatif dalam diet diabetes anda, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan dengan air terlebih dahulu untuk mencairkannya.

6) Memutihkan Gigi

putih gigi

Imej via readanddigest

Kenyataan ini hanya MITOS semata-mata. Secara saintifiknya, cuka epal tidak boleh memutihkan gigi anda. Ini kerana, cuka epal yang bersifat asid akan menyebabkan enamel pada gigi terhakis, dan boleh menyebabkan masalah gigi berlubang. Ia juga boleh menyebabkan gigi anda semakin kuning dan menjadi lebih sensitif.

7) Mengurangkan Sakit Tekak

sakit tekak

Imej via agustoconlavida

Perkara ini juga belum dibuktikan oleh kajian. Cuka epal yang bersifat asid berisiko menyebabkan masalah tekak anda menjadi lebih teruk. Healthline melaporkan bahawa sesetangah orang telah mengalami esofogus ‘terbakar’ setelah memimun cuka epal yang TIDAK dilarutkan.

Oleh itu, jika anda ingin mengamalkan cuka epal dan meminumnya, pastikan cuka epal dilarutkan dalam air untuk mencairkan kepekatannya.

8) Membantu Menyembuhkan Luka

Cuka epal bersifat anti bakteria, dan pastinya ia sesuai untuk disapu pada luka. Mungkin, alasan inilah yang menyebabkan ada sesetengah orang mendakwa cuka epal sesuai disapu pada luka untuk menyembuhkan luka.

Namun begitu, cuka epal juga bersifat asid. Asid boleh menyebabkan kulit anda merengsa. Oleh sebab itu, menggunakan sabun anti-bakteria adalah pilihan yang selamat jika dibandingkan dengan cuka epal.

9) Kurangkan Gula Dalam badan -Musuh Diabetes

Cuka epal juga mempunyai kemampuan untuk mengurangkan kandungan gula di dalam darah. Ia dikatakan telah berjaya membantu pesakit yang menghidap diabetes jenis 2.diabetes jenis ini biasanya disebabkan sekatan rintanagn insulin ataupun ketidak kemampuan badan untuk menghasilkan insulin.

Kesimpulan

Sebenarnya, sekiranya anda membuat carian di internet berkenaan kebaikan cuka epal, anda akan mendapati banyak sumber yang berkongsi kebaikan cuka epal. Namun begitu, anda juga harus berhati-hati kerana kebanyakan dakwaan mereka tidak disertai oleh dapatan kajian yang telah dijalankan.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengamalkan cuka epal ini sebagai salah satu makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan anda. Cuma, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya. Cuka epal bersifat asid, dan badan kita tidak boleh dalam keadaan terlalu berasid kerana bimbang akan mendatangkan mudarat yang lain.

Tidak kiralah dalam apa-apa amalan sekalipun, kesederhanaan itu sangat penting. Besederhanalah dalam apa-apa perkara yang kita amalkan. Begitu juga dengan cuka epal ini. Pengambilan cuka epal dalam diet harian pasti ada kebaikan untuk tubuh kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya. Namun biarlah kuantiti yang diambil bersesuaian dan tidak berlebih-lebihan.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Thisisinsider
  3. Healthline

 

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat cuka epal, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.

Penulis: Aniuna

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.