Kita biasa makan bunga kubis sebagai hidangan sampingan yang enak. Namun tahukah anda khasiat bunga kubis? Percayalah, lepas saja baca artikel ini, anda pasti akan kagum dengan khasiatnya.

Bunga kubis enak makan begitu saja dengan cara mencelur. Ada juga yang suka menggorengnya dengan mencampurkan sayur-sayuran lain dan makanan laut. Ia juga enak direbus dan dijadikan inti pasta atau pai.

Pendek kata, kubis bunga boleh dipelbagaikan jenis masakannya. Rasanya yang agak kuat seakan-akan kubis dan brokoli sedap dinikmati. Jika dimasak dalam tempoh yang cepat, teksturnya masih rangup. Namun, jika dimasak lama, ia akan menjadi lembut.

Kubis bunga amat digemari oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah orang tua. Penulis juga sukan makan kubis bunga. Kalau nak masak sayur campur, bunga kubis pastinya menjadi bahan utama.

Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan khasiat bunga kubis dari aspek kecantikan kulit, rambut dan kesihatan. Pasti anda tak sabar-sabar nak baca. Jom!

Khasiat Bunga Kubis untuk Kulit

Siapa sangka bunga kubis yang kita makan saban hari ini mempunyai kesan yang baik untuk kulit. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya sangat bagus untuk kita. Apakah yang terkandung di dalam sebiji bunga kubis seberat 107 gram (g)?

  • Kalori: 27
  • Protein: 2 g
  • Lemak: 0.3 g
  • Karbohidrat: 5 g
  • Serat: 2.1 g
  • Gula: 2 g
  • Kalsium: 24 miligram (mg)
  • Magnesium: 16 mg
  • Fosforus: 47 mg
  • Potasium: 320 mg
  • Vitamin C: 51.6 mg
  • Folat: 61 mkg

Kesemua nutrien ini hanya untuk bunga kubis yang hanya seberat itu. Bayangkan jika kita makan lebih daripada itu? Tentunya lebih banyak khasiat yang kita dapat. Oleh itu, antara khasiatnya pada kulit ialah:

  • Mengelakkan kerosakan kulit disebabkan cahaya matahari.
  • Sulforaphane berfungsi melambatkan proses penuaan yang menyebabkan garis-garis halus dan kedutan wajah.
  • Vitamin C di dalamnya boleh menambahkan kolagen dalam kulit.
  • Kandungan antioksidan mampu menghilangkan parut-parut gelap dan meningkatkan tekstur kulit.
  • Asid lemak yang terkandung di dalam bunga kubis dapat membantu orang yang mempunyai masalah kulit kering.

Khasiat Bunga Kubis untuk Rambut

Selain dapat mencantikkan kulit, bunga kubis juga terbukti dapat membantu masalah rambut. Bagi sesiapa yang ada masalah rambut, anda boleh memasukkan bunga kubis dalam diet pemakanan anda. Antara khasiatnya ialah:

  • Kandungan sulfur dan silikon di dalamnya dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.
  • Vitamin C pula dapat menggalakkan kesihatan rambut secara menyeluruh.

Dengan memakan bunga kubis, ia dapat membantu pertumbuhan rambut di bahagian yang kurang rambut. Selain itu, folikel rambut yang rosak juga boleh diatasi dengan khasiat yang terkandung di dalamnya. Kesannya, rambut juga akan menjadi lebih sihat dan lebat.

Khasiat Bunga Kubis untuk Kesihatan

Khasiat bunga kubis bagi kesihatan manusia tidak dapat disangkal lagi. Terdapat beberapa kesan baiknya terhadap kesihatan, iaitu:

1. Mengatasi penyakit

Kandungan indole-3 carbinol yang tinggi berfungsi sebagai detoksifikasi hati. Dikatakan bahawa dengan memakan bunga kubis ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain itu, paras kolestrol juga boleh dikawal dengan meningkatkan kolestrol baik (HDL).

Yang paling menakjubkan bunga kubis dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru, payu dara, pundi kencing dan sebagainya. Bunga kubis kaya dengan antioksidan yang dapat menangkis serangan radikal bebas yang berbahaya.

2. Menguatkan tulang

Kubis bunga kaya dengan vitamin K yang sangat baik untuk kanak-kanak kecil. Ini kerana ia dapat menguatkan tulang dan menyihatkan tubuh. Dengan pengambilan sayuran ini, kita dapat mengelakkan masalah osteoporosis atau kerapuhan tulang.

3. Menguatkan memori

Jika anak-anak anda mempunyai masalah memori yang rendah dan kurang cekap dalam aspek membuat keputusan, cuba sayur ini. Kandungan choline yang tinggi menjadi nutrien terbaik bagi perkembangan sistem otak.

4. Menyeimbangkan hormon

Kajian membuktikan bahawa bunga kubis kaya dengan sejenis phytonutrient iaitu isothiocyanate. Ia mampu memecahkan hormon estrogen yang cenderung membentuk ketumbuhan. Malahan, paras hormon testosteron dapat dikawal untuk menguatkan otot.

5. Bagus untuk penurunan berat badan

Jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan, bunga kubis merupakan pilihan terbaik. Selain berkalori rendah, ia mempunyai serat yang tinggi. Serat ini bagus untuk membuat kita cepat berasa kenyang. Kesannya, kita akan kurang.

6. Baik untuk sistem pencernaan

Kandungan air dan serat di dalam bunga kubis dapat membersihkan usus dengan cekap. Oleh itu, keradangan yang berlaku di bahagian usus dapat dikurangkan. Kesannya badan akan lebih sihat dan bertenaga.

7. Baik untuk perkembangan bayi

Bagi wanita yang sedang hamil, bunga kubis ialah sayur yang wajib menjadi hidangan harian. Ia sangat bagus dalam membentuk perkembangan fetus. Khasiat yang terkandung di dalamnya membantu perkembangan sel untuk pembentukan bayi.

Di dalamnya kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat penting semasa kehamilan. Selain itu, ia juga baik untuk imuniti badan untuk melawan penyakit. Namun, jika anda senang kena kembung perut disebabkan oleh gas, kurangkan pengambilan bunga kubis.

8. Menguatkan daya penglihatan

Bagi sesiapa yang ada masalah rabun, anda boleh mengamalkan bunga kubis dalam diet harian. Kandungan sulforaphane sangat baik untuk tisu retina. Ia juga dapat mengurangkan risiko rabun, katarak dan masalah penglihatan yang lain.

Kesimpulannya, kubis bunga memberi 1001 manfaat kepada manusia secara keseluruhan. Ia bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga kecantikan kulit dan rambut. Ia juga sangat baik untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.

Anda juga boleh membaca tentang khasiat sayur-sayuran lain seperti tomato di pautan khasiat tomato dan juga tentang peria di khasiat peria. Semoga bermanfaat.

Rujukan

  • 20 Amazing Cauliflower Benefits For Skin, Hair & Health (link)
  • The Top 8 Health Benefits of Cauliflower (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.