“Cengkih, mengkih…takde…” merupakan frasa popular dari filem Pisau Cukur yang disiarkan pada tahun 2010. Hal ini  sebenarnya menunjukkan khasiat kesihatan cengkih yang menjadi permintaan ramai.

Nak tahun khasiat bunga cengkih? Jom baca artikel ini.

Pengenalan

Rempah cengkih (Syzygium aromaticum) merupakan kuntuman bunga pokok cengkih yang telah dikeringkan. Bunga cengkih selalunya  digunakan dalam masakan tetapi ia juga dijadikan sebagai ubat bagi merawat beberapa masalah kesihatan yang lain.

Cuma tak dinafikan masih ramai yang belum tahu akan khasiat sebenar bunga cengkih ini.

Awalnya, pokok cengkih merupakan tanaman natif dan banyak dijumpai di Indonesia khususnya di kepulauan Maluku, di timur Indonesia. Kini, penghasilan cengkih banyak dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Madagascar, Brazil dan Tanzania.

Khasiat bunga cengkih ini sangat banyak sebenarnya. Jom ketahui!

Senarai Khasiat Bunga Cengkih Yang Ramai Orang Tak Tahu

Imej via Bidadari

#1 – Menaikkan aroma dalam makanan 

Kegunaan bunga cengkih dalam masakan memang dah sangat terkenal. Ini kerana bunga cengkih adalah salah satu herba yang membantu dalam menaikkan aroma masakan tradisonal. 

Malah, para saintis menamakannya Syzygium aromaticum disebabkan banyak sebatian beraroma di dalamnya seperti flavonoid, asid hiroksibenzoik, asid hidroksisinamik dan propen hidroksifenil.

Namun, menurut kajian, sebatian bioaktif utama dalam cengkih ialah eugenol yang boleh dijumpai dalam julat 938 – 14.65 gram dalam setiap 100 gram cengkih segar.

#2 – Membantu mengawal tahap kelaparan

Tahukah anda 1 tsp teh cengkih menyediakan hampir 1 gram serat. Serat ini membantu kita berasa kenyang  dengan lebih lama, jadi secara automatiknya ia dapat mengawal tahap kelaparan. 

Apatah lagi jika diambil bersama hidangan tinggi serat yang lain seperti sayuran, buahan atau bijirin.

#3 – Kawalan serangga

Tahukah anda, bunga cengkih mampu mengawal serangga perosak di halaman rumah kita. Bunga cengkih ini adalah pembunuh serangga perosak secara origanik tanpa menggunakan tambahan bahan kimia. 

Cara-caranya adalah ;

– Renih 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1L air 

– Biarkan air rebusan tadi mendidih dan matikan api selepas air tersebut mendidih 

– Masukkan air rebusan tersebut ke dalam botol semburan dan sembur seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.

#4 – Mencegah kehadiran semut

Kehadiran semut di kawasan tanaman bermaksud ianya menjadi pengangkutan utama kepada serangga perosak. Jadi, cara untuk mengelakkan kehadiran semut di kawasan tanaman adalah menggunakan bunga cengkih, kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan kisaran tadi di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.

#5 – Mencegah kehadiran lalat

Bunga cengkih disifatkan sebagai alat untuk mencegah kehadiran lalat. Hal ini disebabkan, lalat gemar kepada bau-bauan makanan, mereka akan datang beramai-ramai untuk menghinggap pada makanan.

Jadi, bunga cengkih ini mampu menghalang kehadiran lalat. Caranya adalah ambil buah apple atau limau dan cucukkan bunga cengkih pada buah tersebut. Dengan kewujudan bauan bunga cengkih, ianya mampu menukar bau haruman makanan kepada bau haruman bunga cengkih. 

#6 – Mencegah nyamuk

Bunga cengkih berfungsi sebagai pencegah nyamuk secara semula jadi. Cara menghalau nyamuk secara tradisional adalah campurkan lemon dan bunga cengkih selepas itu biarkan ia.

Nyamuk akan lari tetapi ia tetap bergantung kepada jenis nyamuk di sekitar kawasan rumah anda. 

#7 – Mengawal rumpai

Racun serangga mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, jadi dengan menggunakan bahan semula jadi mampu menjaga alam sekitar. 

Bagi menyediakan racun rumpai secara organik, cara-caranya adalah:- 

1)  Sediakan pati minyak bunga cengkih 

2) Campurkan sedikit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkih bersama 20oz cuka dalam botol penyembur 

3) Gongcang campuran tadi sehingga sebati dan semburkan pada rumpai yang hendak dimusnahkan. 

Kegunaan cengkih untuk menghalau serangga perosak ini telah diulas secara saintifik oleh para penyelidik dalam kajian mereka pada tahun 2014 yang diterbitkan di Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine.

Menurut mereka, kandungan eugenol, eugenol asetat dan beta-caryophyllene dalam cengkih adalah sangat berkesan untuk menghalau serangga perosak.

#8 – Membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigi

Imej via Bidadari

Bunga cengkih bagus untuk sakit gigi. Ramai yang masukkan bunga cengkih pada gigi yang berlubang untuk redakan sakit. Petua lain untuk sakit gigi dengan menggiling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja ke dalam lubang gigi tersebut.

Dengan haruman bunga cengkih yang semula jadi ini, ianya juga mampu membantu mehilangkan bau pada mulut. Terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut iaitu : 

  1. Ambil bunga cengkih yang masih segar atau yang sudah kering, kunyah sehingga lumat. Manfaat mengunyah cengkeh ini sangat elok untuk bau mulut. 
  2. Tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih lakukannya 3 hari sekali. 

Kajian lepas telah melihat perkembangan penggunaan cengkih sebagai analgesik atau penawar kesakitan sejak kurun ke-13 lagi.

Seterusnya, para saintis mendapati bahawa eugenol merupakan sebatian utama yang memberi kesan analgesik ini. Mekanisme yang terlibat terbukti melalui pengaktifan saluran kalsium dan klorida dalam sel ganglionar dan juga tindakan ke atas reseptor melalui capsaicin agonist.

Pendek kata, semua ini dipengaruhi oleh kehadiran eugenol yang kaya dalam cengkih untuk memberi keredaan rasa sakit.

#9 – Menghilangkan bau peti sejuk

Imej via Bidadari

Peti sejuk akan mengeluarkan pelbagai bau-bauan disebabkan oleh percampuran pelbagai barangan di dalamnya.

Jadi terdapat satu tip untuk menghilangkan bau peti sejuk iaitu masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalam peti sejuk. Ianya mampu mehilangkan bau dalam peti sejuk. 

#10 – Jadikan sebagai wangian rumah 

Bunga cengkih boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Campurkan beberapa bunga cengkih dengan beberapa batang kayu manis dah percikkan sedih vanilla. Ianya dapat menjadi wangian semula jadi di dalam rumah. 

Bagi menaikkan lagi kewangiannya pastikan kawasan yang diletakkan wangian ini tidak terlalu besar kerana ditakuti wangian tersebut hilang ditutupi oleh keluasan kawasan. 

#11- Melawan sakit kepala

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan beberapa ulas bunga cengkih dan campuran lain. Cara-caranya terdapat dibawah ini:- 

1) Jadikan bunga cengkih  paste(tumbuk sehingga lumat)

2) Campurkan ia dengan garam batu. 

3) Setelah selesai mencampurkan kedua-dua bahan ini masukkan ia ke dalam segelas susu. (campuran ini dapat megurangkan rasa sakit kepala). 

Hal ini turut disokong oleh kajian saintifik. Antaranya, kajian tahun 2009 oleh Daniel dan rakan-rakan yang menunjukkan aktiviti neuron deria yang berkurangan. Seterusnya, memberikan kelegaan rasa sakit dengan dos sebanyak 50, 75 dan 100 mg/kg minyak cengkih.

#12 – Membantu mengurangkan stress 

Stress mampu membuat semua manusia hilang kewarasan. Dengan terapi semula jadi ini ianya mampu megurangkan stress.

Didihkan bunga cengkih, daun pudina dan daun kemangi. Kemudian ambil air rebusannya untuk diminum tetapi disarankan campurkan sedikit dengan madu untuk menambahkan rasa kemanisannya.

Ini ialah salah satu cara tradisional yang mampu mengurangkan stress secara alami. Kenyatan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi tetapi boleh diamalkan jika tidak memudaratkan. 

#13 – Dijadikan sebagai perapi rambut 

Kebaikan bunga cengkih untuk petua penjagaan rambut juga ada.

Jika seseorang mempunyai masalah dengan rambut keriting dan tidak terurus, campuran beberapa ulas bunga cengkih bersama minyak zaitun boleh digunakan sebagai perapi rambut secara semula jadi.

Ia membantu dalam meningkatkan aroma dan mengekalkan warna rambut bagi yang mewarnakan rambut. 

#14 – Membantu melancarkan penghadaman 

Cengkih melancarkan pencernaan dengan merangsang rembesan enzim pencernaan. Cengkih boleh dipanggang, dibakar, dan diambil bersama dengan madu untuk melegakan masalah pencernaan.

#15 – Menghilangkan kesan kulit hitam di wajah

Pasti semua wanita mengidamkan kulit yang cantik mulus, tahukah anda bunga cengkih boleh membantu di dalam mehilangkan kesan kulit hitam di muka.

Tumbuk bunga cengkih, kulit kayu manis dan pucuk jambu batu sehingga lumat dan campurkan ia dengan minyak zaiton. Sapukan pada kulit 2kali seminggu. Adunan ini adalah skrub muka semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia.

Hal ini tidak menghairankan kerana cengkih merupakan antara rempah yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti polifenol sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang menjalankan kajian bersama universiti awam dan syarikat swasta di sana.

#16 – Mengawal muntah

Pengambilan serbuk cengkih goreng dengan madu dapat mengawal muntah secara berkesan.

Cengkih didakwa secara turun-temurun membantu menghentikan muntah-muntah. Rendaman air bunga cengkeh juga bagus untuk dicium bagi menghilangkan mual. 

#17 – Pembasmi kuman secara semula jadi

Bunga cengkih mempunyai beberapa ciri-ciri anti bakteria. Jadi, ianya boleh menjadi pembasmi kuman secara semula jadi.

Jadikan bunga cengkih dalam bentuk minyak setelah itu tambahkan beberapa titisan ke dalam air bersama bau  kegemaran anda sebagai contoh lemon atau lavender. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di rumah.

Kenyataan ini terbukti melalui penyelidikan saintifik yang melaporkan aktiviti antimikrob yang luar biasa oleh cengkih.

Kandungan eugenol dan carvacrol didapati berperanan melawan serangan mikrob.

#18 – Merawat batuk 

Imej via Bidadari

Walaupun tiada kajian yang mendalam mengenai bunga cengkih mampu merawat batuk, tetapi cengkih ialah salah satu cara tradisional untuk merawat batuk.

Caranya adalah campurkan bahan-bahan seperti sireh, buah pelaga, gula batu dan bunga cengkih. Setelah dicampur semua bahan ini rebuskan ia sehingga mendidik. Tapis air rebusan dan minum dua kali sehari untuk mehilangkan batuk.

Rujukan

  • Petua Ibu
  • Impiana
  • Cortés-Rojas, D. F., de Souza, C. R. F., & Oliveira, W. P. (2014). Clove (Syzygium aromaticum): a precious spice. Asian Pacific journal of tropical biomedicine4(2), 90-96. (link)
  • Jirovetz, L., Buchbauer, G., Stoilova, I., Stoyanova, A., Krastanov, A., & Schmidt, E. (2006). Chemical composition and antioxidant properties of clove leaf essential oil. Journal of Agricultural and Food Chemistry54(17), 6303-6307. (link)

Baca juga khasiat dan cara simpan bunga kantan untuk tahan lama khasiat dan cara simpan bunga kantan untuk tahan lama, khasiat buah markisa untuk tubuh badan kitakhasiat buah markisa untuk tubuh badan kita.

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.