Buah-buahan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sebagai contoh buah epal mempunyai khasiat yang bagus dalam penghadaman. Buah epal bersifat fiber sebab itu ia bagus untuk penghadaman. Selain itu, buah oren kaya dengan vitamin dan mineral.

Buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya. Contoh, pisang memberi sumber tenaga yang segera serta mengatasi masalah sembelit. Buah betik pula mengandungi antioksidan. Buah-buahan tempatan lain juga mempunyai khasiat yang tinggi.

Bagaimana pula dengan khasiat buah durian belanda? Adakah khasiatnya sama seperti durian biasa? Ada yang mengatakan durian belanda lebih berkhasiat berbanding kunyit hitam dalam mencegah kanser. Betulkah fakta ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai buah durian belanda lebih berkhasiat berbanding kunyit hitam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.

Fakta kunyit hitam

khasiat buah belanda lebih bagus daripada kunyit hitam
Image vie Facebook

Kunyit hitam adalah bahan berkhasiat antioksidan yang dikenali sebagai metoksiflavon. Jenis bahan ini juga hadir dalam kulit limau kalamansi. Bahan berkhasiat kunyit hitam diserap ke dalam darah manusia pada kadar yang sangat rendah iaitu 1-4%.

Bahan ini juga diserap dalam bentuk yang diikat. Jika sesuatu jenis bahan berkhasiat kurang diserap ke dalam darah dan diserap dalam bentuk yang diikat, jadi ia akan kurangkan kekuatan bahan tersebut dan kurang memberi kesembuhan.

Fakta buah durian belanda

khasiat buah belanda lebih bagus daripada kunyit hitam
Image via Facebook

Durian belanda kaya asid fenolik bebas. Bahan berkhasiat ini diserap ke dalam darah dengan segera dalam bentuk bebas dan diserap pada kadar yang tinggi sehingga 74%.

Bahan berkhasiat dalam madu kelulut juga diserap ke dalam darah dalam bentuk bebas, jadi kombinasi buah durian belanda dengan madu kelulut adalah yang terbaik berbanding kunyit hitam.

*Kesimpulannya, kedua-duanya mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan. Cuma kombinasi antara buah durian belanda dan madu kelulut lebih efektif berbanding kombinasi antara kunyit hitam dan madu kelulut. Jadi, selepas ini boleh lah cuba gabungkan buah durian belanda dan madu kelulut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.