8 Khasiat Aloe Vera

Aloe vera juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Lidah Buaya ialah salah satu tumbuhan antara 250 spesies aloe serata dunia. Aloe vera ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun berwarna hijau kekelabuan, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun aloe vera. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.

Imej via pinterest

Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Ia antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.

Aloe vera telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Tumbuhan aloe vera mempunyai sebatian seperti mannans, polysaccharides, lectins, dan anthraquinones yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. Ia mempunyai 18 asid amino yang berfungsi bersamaan dengan sebatian lain untuk tubuh manusia untuk memberikan banyak manfaat kesihatan. Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

 

Khasiat Aloe Vera Untuk Kesihatan

1. Meningkatkan Tahap Pencernaan

Imej via paulaschoice

Sifat adaptogenik lidah buaya bermanfaat untuk pencernaan yang baik. Ia memastikan penyerapan nutrien yang efisien dan juga menghapuskan unsur-unsur berbahaya melalui perkumuhandengan lancar. Proses pencernaan yang sihat memberi kesan positif terhadap fikiran dan tindakan anda, seterusnya memberikan anda tahap kesihatan yang baik secara menyeluruh. Ia menyembuhkan sindrom usus besar (IBS), sembelit, dan buasir.

Aloe vera mempunyai sebatian yang dipanggil polisakarida yang mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan pelbagai gangguan pencernaan dan ulser. Ulser adalah salah satu akibat yang paling menonjol dalam masalah pencernaan yang berkesan disembuhkan oleh ekstrak tumbuhan ini. Banyak kajian telah membuktikan bahawa ia menyembuhkan masalah seperti penyakit Crohn, ulser peptik, dan gangguan pencernaan yang lain. Sekiranya anda mengalami ulser, anda boleh mengambil ekstrak buaya lidah buaya selama sekurang-kurangnya 3 – 4 minggu untuk mendapatkan kesan yang positif.

 

2. Meningkatkan Imunisasi

Minuman jus aloe vera mempunyai ciri-ciri detoksifikasi semulajadi yang berkesan membersihkan sistem pencernaan dan sistem peredaran darah. Oleh kerana tahap penyerapan nutrien yang bagus, ia menghasilkan peredaran darah yang lebih baik dan juga meningkatkan kesihatan.

Apabila darah itu kaya dengan oksigen, ia secara automatik memberikan nutrien kepada sel-sel lain dengan baik. Sel-sel yang sihat ini memastikan keupayaan tubuh anda untuk menangkis jangkitan, seterusnya meningkatkan sistem imun anda.

 

3. Kulit Yang Sihat

Aloe vera telah digunakan untuk penyakit kulit sejak zaman purba. Gel aloe vera yang diekstrak daripada daunnya adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk masalah kulit dan ia juga membantu mengurangkan gejala penuaan. Banyak produk penjagaan kulit dan diri, serta kosmetik yang menggunakan ekstrak aloe vera.

Imej via beautymn

Malah, jika anda mempunyai tumbuhan ini di rumah, anda hanya perlu mengambil sebahagian kecil daun, toreh daun untuk dapatkan gel dan sapukannya dalam bentuk mentah di wajah anda. Terapi ini  lebih baik dan lebih berkesan daripada kebanyakan krim kulit yang telah terproses di pasaran.  Kebanyakan orang juga lebih suka meminum jus aloe vera, kerana sifat tumbuhan berfungsi secara dalaman. Ia juga membantu menyembuhkan sengat, ruam, jerawat, dan psoriasis.

 

4. Penjagaan rambut

Aloe vera telah terbukti boleh menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Produk penjagaan rambut yang mengandungi ekstrak aloe vera adalah penting untuk mengekalkan rambut tebal dan sihat. Anda boleh menyapu gel lidah buaya ke seluruh kulit kepala dan rambut untuk merawat keguguran rambut kerana ia mempunyai enzim yang merangsang pertumbuhan rambut.

Imej via familinia

Syampu lidah buaya meningkatkan peredaran darah dan menghalang anda daripada stres dan tekanan mental. Malah, ia mempunyai sifat anti radang yang berkesan merawat alopecia androgenetik atau kebotakan pola lelaki. Sekiranya anda menggunakannya secara kerap sebagai syampu dan perapi, anda dapat menghalang keguguran rambut di usia muda.

 

5. Melegakan Sakit Sendi & Otot

Aloe vera bersifat anti radang yang berfunsi dengan berkesan untuk sakit sendi dan otot. Menyapu gel aloe vera dapat mengurangkan keradangan sendi. Makan lidah buaya, kapsulnya, atau minum jusnya boleh mengurangkan keradangan di seluruh badan, seterusnya memberi kesegaran pada badan.

Dalam beberapa kajian, telah dilaporkan bahawa orang yang selalu mengambil jus lidah buaya selama sekurang-kurangnya dua minggu mengalami peningkatan yang signifikan dalam masalah peradangan. Walau bagaimanapun, ia berfungsi dengan baik apabila diet anda kurang pengambilan daging merah, gula, susu, makanan bergoreng, dan tepung putih. 

 

6. Menyembuhkan luka

Imej via wikihow

Aloe vera dianggap sebagai penyembuh semulajadi sejak ribuan tahun dahulu. Jika digunakan secara luaran, ia adalah pilihan terbaik untuk penyembukan luka pada kulit. Malah, dalam banyak kes, lidah buaya dianggap sebagai ajaib sekalipun untuk kes luka yang paling serius. Jus aloe vera serta-merta ’menutup’ luka dengan menarik aliran darah ke luka, untuk meningkatkan proses penyembuhan luka.

Dalam banyak kajian, telah terbukti bahawa lidah buaya secara berkesan merawat mangsa terbakar tahap ketiga dan ia menyembuhkan kulit yang terbakar dengan cepat.  Selain itu, dapatan kajian juga mendapati sejumlah besar gel lidah buaya dapat menyembuhkan luka tembakan dan luka tisu.

 

 7. Menurunkan Gula Dalam Darah

Menurut satu kajian Phytomedicine: Jurnal Antarabangsa Phytotherapy dan Phytopharmacy, mereka mendapati meminum dua sudu jus lidah buaya setiap hari boleh menyebabkan kadar gula dalam darah menurun bagi pesakit diabetes jenis 2. Ini bermakna bahawa lidah buaya mungkin berkesan dalam rawatan diabetes. Keputusan ini disahkan oleh satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Phytotherapy yang menggunakan ekstrak pulpa.

Namun begitu, bagi pesakit diabetes yang mengambil ubat penurun glukosa, anda harus berhati-hati ketika memakan lidah buaya. Jus bersama-sama dengan ubat-ubatan diabetes mungkin mengurangkan kiraan glukosa anda ke tahap berbahaya. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa rawatan alternatif terhadap penyakit kencing manis.

 

8. Penyembuhan Penyakit Gusi

Penyakit gigi dan gusi juga boleh diubati oleh lidah buaya. Anda boleh mencuba ubat semulajadi ini di rumah iaitu dengan meletakkan serbuk aloe vera pada berus gigi, kemudian berus secara normal. Serbuk lidah buaya akan menenangkan gusi anda dan menyembuhkan apa-apa jenis jangkitan atau lebam.  Jus lidah buaya juga boleh membantu mengekalkan gusi yang sihat. Anda hanya perlu berkumur-kumur dengan jus lidah buaya. Atau anda perlu meningkatkan pengambilan vitamin D. Kedua-dua langkah ini cukup untuk mendapatkan kembali kesihatan gusi anda dalam masa beberapa bulan.

 

Kesimpulan

Walaupun aloe vera memberi banyak manfaat kepada kesihatan, namun ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada sesetengah individu. Antaranya interaksi negatif dengan ubat-ubatan tertentu, keradangan kulit, reaksi alergi, komplikasi kepada kehamilan dan diabetes, dan kemungkinan kesan terhadap hati.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mengamalkan aloe vera, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum mengamalkannya. Dan sekiranya terdapat kesan ketidakselesaan selepas mengamalkan aloe vera, dapatkan rawatan segera dari doktor bertauliah.

 

Rujukan:

  1. Khasiataloevera
  2. Wikipedia
  3. Organicfacts
  4. Healthline

Graduan dalam bidang pendidikan. Merupakan bekas guru. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama, cuba memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!