Ketuat terjadi disebabkan oleh jangkitan virus, human papillomavirus (HPV). Ia melibatkan bahagian kulit dan mukosa seperti di bahagian alat kelamin lelaki dan perempuan. Ketuat berjangkit dari individu ke individu lain melalui sentuhan. Risiko jangkitan lebih tinggi jika lapisan kulit luaran tidak normal.

ketuat
Imej via [diedit]

Ketuat boleh melibatkan semua peringkat umur tetapi kebiasaanya melibatkan kanak-kanak dan remaja dari umur 12 hingga 16 tahun. Terdapat pelbagai rawatan untuk membuang ketuat sepenuhnya. Tanpa rawatan juga ia boleh membesar dan merebak dengan lebih banyak.

Sekiranya ketuat itu naik pada bahagian muka dan bahagian yang sensitif seperti kemaluan, mulut dan hidung, anda harus dapatkan rawatan doktor. Ketuat di kaki lebih sukar untuk dibuang kerana ia lebih keras berbanding di bahagian lain.

1. Penggunaan Krim Khas

Imej via [mpspharmacy]

Penggunaan krim khas ini bertindak dengan cara melembutkan lapisan kulit yang membentuk ketuat secara berterusan agar ketuat di kaki mudah ditanggalkan. Rawatan ini perlu dilakukan setiap hari selama 12 minggu atau lebih dan tidak boleh digunakan untuk ketuat pada kawasan kulit muka.

Sebelum menggunakan sebarang penggunaan krim, pesakit ketuat di kaki perlu memberitahu doktor atau ahli farmasi sekiranya mereka mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat-ubatan lain, alahan kepada ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.

5 peratus pengguna berhenti ubat akibat kesan sampingan dan hampir 90 peratus melaporkan reaksi sesetengahnya sangat teruk kerana mengalami kegatalan, kemerahan, sakit, bengkak, ulser, pembengkakan, pembakaran, dan  lepuh kecil.

2. Cryotherapy (Pembekuan)

Imej via [medsinglong]

Pembekuan ketuat di kaki adalah merupakan rawatan oleh doktor dengan menggunakan cecair nitrogen yang diletakkan pada ketuat selama beberapa saat untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang dijangkiti.

Selepas rawatan, kesan melepuh akan terbentuk dan diikuti dengan kuping yang akan tertanggal dalam tempoh 7-10 hari selepas rawatan. Orang yang sensitif terhadap kesakitan, seperti kanak-kanak dan orang tua, mungkin mengalami kesulitan dengan prosedur tersebut.

Cryotherapy mungkin akan menyakitkan anda. Dalam sesetengah kes, doktor akan mungkin memohon anestetik setempat untuk ketuat dan mengelakkan kesakitan semasa rawatan. Untuk ketuat yang lebih besar, anda mungkin memerlukan sesi susulan untuk memohon semula cryotherapy kepada ketuat tersebut.

3. Rawatan Laser

Imej via [hmetro]

Ketuat di kaki juga boleh dikeluarkan selepas satu rawatan laser. Rawatan laser ini selalunya dilakukan bagi sesiapa yang hendak membuang ketuat, tahi lalat, Milia, Xanthelasma dan pembuangan tag kulit.

Beberapa pakar yang mengatakan bahawa rawatan laser adalah yang terbaik untuk menghilangkan ketuat. Namun begitu, segelintir netizen mengatakan bahawa rawatan laser akan meninggalkan kesan parut selepas membuang ketuat ini.

Ananaz Medi Spa yang dibuka pada tahun 2000 di Cheras, memberi tumpuan kepada rawatan pembuangan kutil dan ketuat yang jarang dipelopori kaum Melayu. Selain itu, pelbagai lagi pusat rawatan yang menyediakan perkhidmatan membuang ketuat seperti klinik Dr. Chong di Shah Alam, Klinik Nextmed di Petaling Jaya dan Klinik Premier di Puchong.


4. Rendam Kaki Dengan Garam

Imej via [tstatic]

Merendam kaki dalam air panas dan dicampurkan dengan sedikit garam dapat membuat anda menjadi lebih tenang. Ia akan membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki malah ketuat di kaki juga dapat dihilangkan dengan pantas dan cepat.

Garam bukit memang sesuai untuk digunakan dalam perubatan dan kesihatan. Air sungai atau pasir dekat dengan kawasan pantai juga boleh menghilangkan ketuat kerana ia mempunyai garam semula jadi.


5. Menggunakan Minyak Tanah

Imej via [steemitimages]

Pada zaman dahulu, semua jenis bahan di rumah boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, termasuk minyak tanah yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit.

Minyak tanah dianggap sebagai ubat kulit. Malah di beberapa kawasan masih ada orang yang percaya dan menggunakan minyak tanah untuk merawat penyakit mereka. Salah satu menghilangkan ketuat dengan mudah dan cepat adalah dengan menyapukan minyak tanah di ketuat.

6. Kapur Sirih

Imej via [cloundfront]

Kandungan yang dimiliki oleh kapur sirih seperti kadinen, sineol, karvakol, kavinol, dan zat samak yang baik untuk kesihatan. Maka tak ada salahnya menggunakan kapur sirih untuk mengatasi masalah kulit, ketuat dan pencernaan.

Kandungan yang ada di kapur sirih ini cukup panas jika diletakkan di sekitar area wajah. Jadi disarankan untuk anda sapukan di bahagian ketuat anda selalu. Selain menghilangkan ketuat, ia dapat menghilangkan bau badan, memutihkan paha, mengecilkan tahi lalat dan sebagainya.

7. Apple Cider Vinegar

Imej via [hearstapps]

Ramai yang beranggapan bahawa  cuka epal sekadar salah satu benda untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang harus sedar tentang khasiat cuka epal. Ini adalah bahan aktif yang akan membunuh ketuat.

Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Selain daripada Apple Cider Vinegar, anda boleh menggunakan cuka makan yang biasa itu.

Selain daripada membuang ketuat, cuka epal ini juga dapat digunakan untuk melegakan sakit tekak, menghapuskan kelemumur, membuatkan rumah anda lebih bersih, menghalau kutu rambut dan sebagainya.

Imej via [diedit]

Itulah dia 7 cara hilangkan ketuat di kaki dengan cepat dan pantas. Sebenarnya bukan sahaja di kaki, tetapi di lengan dan bahagian lain juga boleh anda aplikasikan cara-cara yang telah dinyatakan. Jom baca Cara Penjagaan Buah Pinggang Berkesan, Senarai produk hilangkat parut jerawat dan Scrub muka terbaik wanita Asia.

Rujukan

  1. Myhealth
  2. Petuatradisional
  3. mamalink

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.