Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi. Nasi adalah salah satu makanan wajib bagi rakyat Malaysia, mahupun bangsa melayu, india atau cina. Nasi dikategorikan sebagai karbohidrat, jadi tubuh badan kita semestinya memerluka karbohidrat.

Beras sekarang ada pelbagai jenis antaranya beras putih, beras perang, beras basmathi dan lain-lain lagi. Setiap beras ada khasiatnya tersendiri yang boleh kita beli di pasaraya atau kedai runcit. Jadi, setiap rumah mesti ada beras di dapur.

Sebelum kita masak nasi menggunkan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut. Tetapi tahukah anda, air rebusan nasi itu lebih baik daripada nasi tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat air rebusan nasi. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.

air rebusan nasi
Image via drsuriroowi

Apa itu air rebusan nasi?

Air rebusan nasi (tanji) lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Air tajin adalah air yg diambil semasa nasi mendidih. Air nasi kaya bahan coumaric dan ferulik (bahan bersifat antikanser, antidiabetis dan antioksidan). Air nasi dari beras perang dan beras berwarna didapati tinggi bahan berkhasiat (antioksidan) berbanding beras biasa

Khasiat air rebusan nasi

  • Jika seseorang tidak sihat contohnya demam atau diarrhea minumlah air nasi.
  • Air nasi oleh membantu mengatasi masalah angin, sembelit dan diarrhea.
  • Air nasi juga menstabilkan suhu badan dan elakkan dehidrasi.
  • Bantu kurangkan berat badan.

*Selepas ini, ketika masak nasi, boleh lah ambil sedikit air rebusan nasi tersebut untuk diminum jika ada masalah sembelit. Bagi yang ingin menurunkan berat badan juga boleh minum air rebusan nasi tersebut. Selain tu, jika anak demam dan ingin cepat sihat bolehlah minum air rebusan nasi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .