Hari ini izinkan Ibu menyentuh satu topik yang agak berat. Ibu berharap semua yang membaca melihatnya dari sudut positif, bukan untuk menghina sesiapa dan tidak meninggalkan komen yang kasar kepada personaliti yang akan Ibu sentuh ini.

Cukup sekadar kita mendapat ilmu, mencari jalan penyelesaian dan mengambil contoh kesilapan orang ini sebagai pengajaran.

Beberapa kali Ibu ditanya akan soalan yang lebih kurang sama. Apa yang terbaik untuk dilakukan bila tahu pasangan saya curang lebih dari sekali?

Ada yang curang semasa setiap kali isteri mengandung. Ada yang curang berkali-kali dengan rakan sepejabat. Ada yang curang dan sudah berjanji bersungguh-sungguh dengan airmata dan melutut tidak akan melakukan lagi, namun tetap mengulangi perbuatan itu.

Soalan yang Ibu terima, apakah perkara yang patut isteri atau suami yang malang itu lakukan? Terima atau bercerai?

hijabalitchick.blogspot.com

Sebenarnya perkara ini sangat berat untuk diberi jawapan untuk semua yang bertanya kerana setiap pasangan adalah unik.

Perbicaraan Ibu ini BUKAN untuk menghentam para suami di sini. Kerana bukan lelaki sahaja yang curang. Kerana kecurangan ini adalah mainan syaitan dan dia akan memasukkan jarumnya kepada lelaki atau wanita.

#1 Bukan Semua Pasangan Begitu.

Banyak pasangan yang jujur dan menjaga perkahwinan dengan baik. Oleh itu, bagi semua yang demikian, Ibu dulukan ucapan ribuan terima kasih kerana menjadi contoh yang baik kepada anak-anak anda dan masyarakat amnya.

Kembali kepada soalan yang ditanya. Jawapan Ibu ialah bertanyalah kepada yang paling tahu. Iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui samada patut atau tidak anda terus di dalam perkahwinan itu. Allah akan menjawab doa anda.

#2 Fahamilah Apa Yang Menyebabkan Pasangan Anda Itu Suka Curang

7-Sebab-Kenapa-Lelaki-Curang-Terhadap-Wanitainfosukacuka.com

Apakah yang dicarinya? Adakah dia mencari kemesraan yang mungkin dia tidak dapat selepas berkahwin? Kerana ada setengah orang lelaki dan wanita, mereka memang suka dalam keadaan ‘in-love’ iaitu bercinta dan angau. Ia menjadi ketagihan kepada mereka dan mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Nasihat Ibu pada lelaki dan wanita yang sebegini, dapatkan bantuan professional kerana ketagihan ini boleh diatasi dengan terapi yang betul. Itu hanya satu ketagihan.

Dalam masa yang sama, bersamalah dengan pasangan anda yang halal untuk mewujudkan situasi dan suasana ‘jatuh cinta’ itu di dalam pertalian anda. Sangat indah, sebenarnya.

Namun, kerana kita tidak tahu, maka pergaulan suami-isteri hanya menjadi pergaulan mengenai tanggung-jawab dan tidak lebih dari itu. Itulah yang membosankan dan menyebabkan ada yang mahu bercinta di luar kerana itu dirasai sebagai escapism.

Setiap kali bersolat, minta kepada Allah agar perasaan kasih dan sayang kepada pasangan ditebalkan dan dilimpahkan rahmah ke atas rumah-tangga anda.

Lakukan usaha untuk memadu kasih. Walaupun anak berceniap (ramai), susun dan rancang ‘dating’ nite dengan pasangan. Bina kemesraan.

Para isteri, hendaklah berhenti suka bercakap dan mengata perkataan seperti ini,

“abang jangan nak miang dengan orang lain”

ini sebenarnya menjadi doa yang tidak dilafazkan tetapi sangat kuat kuasanya untuk termanifestasi. Jangan suka risau. Jangan suka melayan perasaan dengan drama-drama TV yang sedemikian.

Malah kedua-dua suami isteri senantiasa membayangkan bersama-sama, keindahan pertalian anda. wujudkan masa ini di dalam kesibukan seharian.

Banyak berdoa agar pasangan kita dilindungi dari syaitan yang senantiasa mahukan keruntuhan perkahwinan dengan menggoda untuk jadi tergoda dengan orang lain. Maka seringlah kita berdoa untuk pasangan kita dan diri kita sendiri.

Di dalam buku ‘ Think and Grow Rich’ ada sebuah topik bertanjuk, ” Sex Transmutation”. Di dalamnya membincangkan bahawa tenaga seks yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tenaga yang sangat kuat (desire), yang bila digunakan dan disalurkan secara halal dan baik akan melonjakkan sesaorang itu ke arah kejayaan.

Di dalam topik itu juga Napoleon Hills juga mengatakan, di dalam hidup seorang lelaki/wanita dia akan berjumpa dengan seorang wanita/lelaki yang akan membantu dia untuk bangun dan mencapai kejayaan yang sangat besar, dan dia juga mungkin akan berjumpa dengan seorang wanita/lelaki yang boleh meruntuhkan semua itu.

Sebagai seorang wanita terutama yang beragama Islam, kebanyakannya memang akan sangat terhiris bila suami curang. Bukan kerana menentang poligami, tetapi kerana penipuan suami. PENGKHIANATAN.

poligamimozaik.inilah.com

Sebagai seorang lelaki, penipuan seorang isteri adalah tamparan yang sangat hebat dan meruntun jiwa suami yang setia itu.

Bagi yang mungkin telah masuk perangkap, lelaki atau perempuan, tanyalah soalan-soalan ini seikhlasnya kepada diri:-

  • Apa sebenarnya yang aku cari di dalam perhubungan terhalang ini?
  • Adakah ini cara hidup yang aku mahu? Bagaimana hari tua ku nanti?
  • Adakah dengan pasangan ku yang aku nikahi ini aku tidak mampu membina mahligai bahagia?
  • Apa contoh yang akan aku tinggalkan kepada anak-anak ku? Sanggupkah aku jika mereka tahu keburukan perangaiku ini?
  • Bagaimana jika anak aku yang diperlakukan oleh pasangannya seperti yang aku lakukan kepada pasanganku ini. Sanggupkah aku?

Mohon doa dengan bersungguh-sungguh untuk keluar dari jerat percintaan itu. Keluar dan jangan jengok lagi dah.

Ibu mendoakan agar semua anda di sini yang mempunyai rumah-tangga, akan menjaga keharmonian rumah-tangga anda dan dapat mengalahkan hasutan syaitan untuk meruntuhkan rumah-tangga anda. Semoga rumah-tangga anda aman damai sehingga ke Jannah. Jagalah baik-baik.

Oleh itu jawapan Ibu kepada samada patut tak diberi peluang kepada pasangan yang curang itu? TANYALAH KEPADA TUHAN dan setelah mendapat jawapan yang jelas, LAKUKANLAH seperti yang diilhamkan

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.