Syoknya mengorek telinga apabila sudah sampai masanya! Terutamanya apabila sudah terasa gatal-gatal, menandakan mungkin banyak sudah tahi telinga yang terkumpul dan minta dikorek. Mungkin ada di antara anda yang boleh sampai tertidur-tidur dibuatnya apabila mengorek dengan mata tertutup.

Tetapi, berapa kerapkah anda mengorek telinga dalam seminggu? Sekali seminggu? Setiap hari? Atau dalam sehari boleh jadi lebih dari sekali? Ye lah, sedap bukan, macam diurut pula.

Tidak kisahlah berapa kali anda ingin mengorek telinga. Cumanya, jika terlampau kerap, lebih-lebih lagi jika rasa gatal tidak pandai hilang, malahan tiba-tiba terasa sakit, mungkin terdapat keadaan yang lebih serius berlaku. Mari kita ikuti pengalaman Dr Ezairy M.Sallih yang bercerita mengenai salah seorang pesakitnya, hanya sekadar untuk peringatan semua.

mengorek telinga
Imej via Healthline

Mengapa Mengorek Telinga Secara Berterusan Tidak Digalakkan?

Ada seorang pesakit datang semalam dan bertanya, memang perlukah kalau telinga gatal itu tak payah nak dikorek dan dibersihkan? Dibiar sahaja ke?

Beliau bertanya selepas saya periksa salur telinganya yang sudah membengkak, sudah ada kesan luka dan gegendang telinganya pun habis dipenuhi jangkitan. Semua ini berlaku akibat tindakan beliau yang berterusan mengorek menggunakan besi. Sedap katanya, legaaa…

Tetapi, semakin lama ianya tidak berhenti gatalnya, bahkan kini menjadi sakit. Sakit yang teramat sangat!

Bagaimana Hendak Mengelak Dari Keadaan Telinga Bertambah Teruk?

Oleh itu, nasihat saya. Apabila anda alami kegatalan atau ada sebarang masalah pada telinga anda, jangan terus mengorek untuk hilangkan gatal tersebut. Banyak keburukan boleh berlaku. Ya, memang rasa lega pada mulanya, tapi fikirkan keburukan masa panjangnya.

Apa Akibatnya Untuk Jangka Masa Panjang?

Keradangan dan jangkitan pada salur telinga telah berlaku kepada psakit saya. ‘Otitis externa’ ini jika lewat dirawat, amat sukar untuk sembuh. Lebih bahaya jika pesakit ada penyakit kencing manis.

*Lega memang lega apabila dapat mengorek telinga, tetapi jika rasa gatalnya tidak pandai sudah-sudah, macam pelik pula. Apa lagi, share ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.