Sepanjang karier singkat perubatan estetik saya yang bermula sejak tahun 2012, saya melihat pelbagai kes kulit yang rosak akibat penggunaan kosmetik sampah seperti HQ, merkuri, tretinoin dan steroid.

Maaf bahasa kasar yang sesuai diberikan kepada produk tidak jujur oleh pengeluar produk tamak yang membahayakan bukan sahaja wajah tetapi juga kesihatan dan nyawa pesakit. Antara yang selalu saya tak dapst lupa ialah penyakit Exogenous Ochronosis.

Kosmetik bahaya
Imej via skeeze

Penyakit yang namanya pun serupa alien ini menjadikan kulit wajah seorang manusia berubah menjadi kebiru-biruan kehitaman. Ia adalah akibat peningkatan pigmen hasil penggunaan krim seperti HYDRAQUINONE dan juga MERKURI yang meningkatkan stres, keradangan dan seterusnya pigmentasi kawasan sapuan.

 

Kesan Bahaya Hydraquinone

Hydraquinone yang dibenarkan digunakan dibawah pengawasan doktor ialah 4% atau lebih rendah manakala merkuri adalah bahan diharamkan dalam kosmetik. Gila apa sapu kat muka. Merkuri ni antara logam paling toksik terutamanya pada saraf.

Malangnya pengeluar dan pengimport produk yang tamak hantam saja hydraquinone 20% sampai nipis kulit kita. Ditambah pula dengan steroid dan tretinoin bagi nipis sikit kulit..pastu steroid kurangkan reaksi.

Formulasi Kligman ini merupakan yang paling kuat sekali kuasa pemutihan lagi kuat daripada klorox. Ah korang yang gila nak putihni jangan pulak google dan bancuh sendiri.

Kesan lain hydraquinone ialah guttate hypomelanosis. Di sebalik lautan biru pencemaran merkuri di muka si mangsa kelihatan pulau-pulau kecil bewarna putih..tompok-tompok putih kecil..itu ialah kehilangan pigmen kerana kerosakan kulit.

Boleh dikatakan natijah daripada pemakaian hydraquinone dan merkuri ini sangat dashyat dan tiada jalan patah balik. Adalah sifu tahap dewa yang guna laser dan teknik canggih stem sel bagai puluhan ribu kos utk pulih. Namun hanya sedikit saja yang berjaya.

 

Kesimpulan

Pengajarannya jangan kerana nak putih sekejap, semua kita mahu cuba sebab testimoni kata putih cepat. Di sini saya berikan tips bagaimana nak suspek produk yang ada bahan merkuri, tretinoin dan hydraquinone ni:

1) Kulit putih sangat cepat: 2-3 hari atau 2-3minggu.

2) Kulit menipis.dan mungkin kemerahan.

3) Kulit jadi sensitif matahari, terbakar, gelap, panas.

4) Kulit pedih-pedih.

5) Cepat alah pada sabun dan bahan kimia.

6) Timbul pigmen lain.

7) Senang dapat jangkitan kuman.

8) Tak boleh buat prosedur lain.macam urut wajah, bekam, penggelupasan kimia, dermabrasi dll. Sebab kulit sensitif sangat.

Kesan putih bahan ni tak lama pun. Sebulan gelap lah balik ikut genetik. Jika guna berpanjangan berisiko dapat kesan sampingan pula.

Baiklah kita jadikan muka kita.sihat bersinar dan bleach sikit-sikit muka kita daripada dalam, glowkan sikit-sikit dengan banyakkan salur darah ke wajah..itu lah dia kecantikan sebenar.

Bukannya dengan letak sampah beracun pada muka. Putih sekejap merana seumur hidup adalah tidak berbaloi!

Penulis: Dr Hafiz Sulaiman

Merupakan seorang doktor perubatan yang juga dikenali sebagai pejuang kesihatan. Rajin berkongsikan tentang info yang menarik tentang kesihatan di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.