Darah tinggi adalah penyakit yang biasa dan kebanyakkan rakyat Malaysia menghadapi penyakit darah tinggi. Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi. Bukan itu sahaja, malah ada juga remaja muda yang ada darah tinggi.

Ini menunjukkan bahawa pemakanan kita tidak bagus dan suka makan makanan ‘fast food’. Makanan di kedai-kedai makan juga, mereka menggunakan perisa tambahan dan garam terlalu banyak untuk menyedapkan lagi hidangan mereka. Tanpa kita sedar kita telah membahayakan nyawa kita.

Apabila kita mempunyai darah tinggi, ia akan menyusahkan kita untuk melakukan aktiviti dan ibadah. Terutama sekali bagi ibu yang sedang hamil. Mereka perlu melahirkan anak mereka dalam keadaan yang sihat dan mereka juga dapat bersalin dengan baik dan lancar. Bagaimana jika ketika hamil, doktor dapati tekanan darah terlalu tinggi dan berisiko?

Apakah kesan darah tinggi terhadap ibu hami?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan darah tinggi terhadap ibu hamil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

Kesan negatif darah tinggi terhadap ibu hamil

Penyakit ini bukan hanya memberi kesan kepada tekanan darah tinggi namun turut memberi kesan pada buah pinggang, otak dan organ penting dalam tubuh. Justeru check up air kencing amatlah perlu dijalani oleh ibu hamil. Hal ini adalah demi mengesan kerosakkan buah pinggang dengan lebih awal. Kesannya pula boleh menyebabkan ibu terkena sawan dan menyebabkan kematian pada bayi atau si ibu.

"

Punca hipertensi semasa hamil

  • Kehamilan pada wanita berusia 35 tahun dan ke atas
  • Mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sebelum hamil
  • Wanita yang selalu kena migrain
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat yang kena darah tinggi semasa hamil
  • Memiliki fizikal yang terlalu kurus dan terlalu rendah
  • Wanita yang hamil kembar

Pemeriksaan berkala

Wanita yang ada darah tinggi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik selepas bersalin. Biasanya tekanan darah tinggi akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang. Amalkan supplemen semasa hamil yang selamat dan semulajadi.

Kesan pada bayi

kesan darah tinggi kepada ibu hamil
Image via ibudoakan.com

Berlaku ‘placental abruption’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi

Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.

Kelahiran pramatang boleh berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi. Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.

Kesan kepada ibu

Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan ‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).

  • Berlaku stroke jika terdapat pendarahan dibahagian otak.
  • Kegagalan hati.
  • Pembengkakan hati 
  • Kegagalan hati.

*Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang terutama wanita yang akan berkahwin, mengandung dan melahirkan zuriat. Pemakanan perlu dijaga dan kurangkan makan makanan ‘fast food’ dan lebihkan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin.

Ingat ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’, baik ambil langkah dari sekarang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.