Jika anda seorang yang selalu berasa bimbang atau risau maka anda sebenarnya sedang merosakkan tubuh dan minda anda dan emosi anda akan bertukar menjadi marah. Risaukan sesuatu secara keterlaluan tidak akan membawa kita kemana-mana dan ia tidak akan menyelesaikan masalah kita terutama sekali jika kebanyakan perkara yang kita risaukan adalah sesuatu yang bukan dalam kawalan kita. Kerisauan punca kepada cepat dan mudah marah.

Perasaan bimbang ialah sesuatu yang boleh membebankan kondisi mental kita. Apabila kita dalam keadaan bimbang, ia akan memberi kesan kepada emosi kita dan ia boleh mencetuskan perasaan marah dan menjadikan kita panas baran. Kerisauan yang terlampau bukan sesuatu emosi yang positif dan ia mampu menjejaskan kesihatan anda. Jantung anda, sistem-sistem saraf dan pernafasan akan terganngu ketika anda dalam keadaan risau. Petanda akibat daripada perasaan bimbang yang keterlaluan boleh dilihat melalui perubahan kepada tubuh badan.

 

 

punca-cepat-marah

 

"

Contohnya anda akan sering berasa tidak sedap perut dan seperti kecut perut. Anda juga dapat merasakan kaki dan tangan anda berada dalam keadaan tegang, dan hati anda terasa tertekan yang teramat sangat. Jika anda mengalaminya, jangan risau kerana ia adalah sesuatu yang diluar kawalan anda. Cuba berfikir positif dan yakinkan diri anda yang hari yang bakal mendatang akan baik-baik saja. Cuba ingatkan kembali perkara-perkara yang mampu anda ubah dan ingati juga perkara-perkara yang diluar kawalan anda, dengan ini anda mampu merasa lebih tenang sedikit.

Perasaan marah ialah emosi yang boleh menghancurkan seseorang. Jika anda gagal mengawal perasaan marah anda kemungkinan akan terjebak untuk melakukan perkara-perkara yang diluar kawalan. Anda akhirnya meletakkan diri anda dalam masalah baru dan mula berasa risau mengenai perkara itu pula. Jadi mengapa tambahkan lagi masalah anda yang telah sedia ada. Cubalah untuk mengawalnya.

Emosi bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan kerana emosilah yang mengawal kegembiraan, marah dan sedih seseorang. Emosi tercipta supaya kita mampu mengawal tabiat dan tingkah laku kita dalam hidup ini. Sekiranya anda gagal mendalami emosi anda, maka emosi tidak akan berfungsi dengan baik untuk anda. Kebiasaannya perasaan bimbang akan membawa kepada kemurungan dan ia merupakan salah satu jenis kesedihan. Dan jika anda mengalami kemurungan dan sentiasa rasa bimbang maka ia boleh menjadikan diri anda seorang yang panas baran.

Bayangkan anda sedang dibebani emosi-emosi yang negatif dan apabila ia mencapai tahap maksima anda tak mungkin dapat menahannya lagi. Jika anda melepaskannya dengan menjerit, memarahi dan menyumpah kepada orang lain maka ia akan menjadikan tahap kemarahan anda lebih tinggi lagi. Kita haruslah berfikir secara waras sebelum melepaskan emosi kita kerana hanya perasaan tenang yang akan membuka jalan untuk menyelesaikan masalah kita.

Ingatlah tiada siapa pun dapat meramal apa yang akan berlaku hari esok. Oleh itu anda sedar yang ia adalah sesuatu diluar kawalan anda dan satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan ialah berdoa dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Minda kita sangat kompleks dan jangan biarkan ia menguasai diri kita sepenuhnya jika tidak kita mungkin sentiasa dalam bahaya. Kita haruslah menguasai minda kita supaya kita mampu mengawal atau mengurangkan masalah-masalah dalam hidup ini.

Jika anda rasa anda seorang yang malang, ingatlah terdapat orang lain yang lebih tidak bernasib baik daripada anda. Jika anda masih gagal mengawal tahap kemarahan anda, maka jumpalah pakar segera sebelum ia memusnahkan hidup anda.

 

Kredit gambar :  AnthonyGurr

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .