Kencing manis menyerang sesiapa sahaja. Ia tidak seperti sangkaan ramai orang yang menganggap kencing manis hanya menyerang orang gemuk dan mereka yang tidak aktif. Kencing manis sebenarnya turut boleh menyerang mereka yang tampak sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti atlet. Lebih mengejutkan adalah hampir semua pesakit tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah kencing manis. Jadi, apakah sebenarnya yang menyebabkan penyakit manis dan siapakah mangsanya?

kencing manis
Sumber: Musyafaalfaruq

Tubuh terdiri daripada berjuta sel. Untuk menghasilkan tenaga, sel-sel ini memerlukan makanan dalam bentuk yanng ringkas. Apabila kita makan atau minum, kebanyakan makanan kita dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa. Glukosa ini kemudiannya dibawa menerusi aliran darah ke sel-sel di dalam tubuh di mana ia boleh digunakan untuk menyediakan sedikit tenaga yang diperlukan tubuh untuk aktiviti harian.

Jumlah glukosa dalam aliran darah ini dikawal eh insulin hormon. Insulin selalunya dilepaskan pada jumlah yang sedikit oleh pankreas. Apabila jumlah glukosa dalam darah meningkat kepada tahap tertentu, pankreas akan melepaskan lebih banyak insulin untuk menolak lebih banyak glukosa ke dalam sel. Ini menyebabkan tahap glukosa dalam darah menurun.

Bagi memastikan tahap glukosa dalam darah menjadi terlalu rendah, tubuh kita akan memberi isyarat supaya kita makan dan melepaskan sedikit glukosa dari simpanan di dalam hati.

Mereka yang menghidap diabetes tidak menghasilkan insulin atau sel tubuh mereka tidak lagi mampu mengenali insulin lalu menyebabkan kadar gula yang tinggi di dalam darah.

Kencing manis atau diabetes terbahagi kepada dua iaitu

  • Diabetes Mellitus yang bergantung kepada insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I.

Diabeters jenis ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas iaitu satu-satunya sel yang menghasilkan hormon insulin untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Penghidap diabetes jenis ini bergantung kepada insulin untuk hidup secara normal. Mereka sangat bergantung kepada insulin sehingga pada tahap boleh membawa maut jika mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam masa yang agak singkat. Penghidap perlu mendapat suntikan insulin sebelum makan dan pada waktu malam sebelum tidur.

kencing manis
Sumber: Ubatpensil
  • Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II.

Dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa, ia biasanya berpunca daripada kegagalan badan untuk menggunakan insulin dengan berkesan. Diabetes jenis ini sering ditemui pada mereka yang lanjut usia, mereka yang mengalami obesiti, terencat ketahanan glukos, keturunan dan kurang bersenam. Ini juga adalah diabetes yang kerap menyerang kanak-kanak golongan remaja di Malaysia.

Terdapat juga diabetes yang menyerang kumpulan tertentu seperti Gestational Diabetes atau diabetes ketika hamil. Ia merupakan sejenis alahan glukos pada sebahagian wanita ketika mengandung. Wanita hamil mudah diserang diabetes kerana perubahan hormon yang sedang dialami di samping masalah genetik dan gaya hidup.

Secara keseluruhannya, kencing manis muncul apabila berlakunya yang berikut:

  • Apabila pankreas tidak menghasilkan sebarang insulin
  • Apabila pankreas menghasilkan insulin pada jumlah yang kecil
  • Apabila tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin

Punca

Diabetes Jenis I berpunca daripada faktor gen dan alam sekitar seperti virus yang merangsang kepada penyakit diabetes.

Diabetes Jenis II pula adalah diabetes yang biasa menyerang ramai orang. Ia berpunca daripada beberapa sebab termasuk genetik dan gaya hidup.

Mereka yang berisiko menghidap diabates adalah;

  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau masalah kegemukan. Mereka paling mudah diserang diabetes Jenis II.
  • Individu yang tidak aktif di samping tidak bersenam.
  • Individu yang tidak menjaga pemakanan seperti suka makan makanan yang tinggi lemak dan kurang serat.
  • Keturunan menjadi faktor besar seseorang menghidap diabetes.
  • Umur yang meningkat menambah risiko seseorang untuk menghidap diabetes.
  • Bangsa juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, kaum India mempunyai lebih risiko menghidap diabetes.
  • Individu yang menghidap penyakit berkaitan hormon seperti Sindrom Cushing, Acromegaly, dan Hyperthyroidism. Penyakit-penyakit ini menyebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak hormon tertentu yang adakalanya menyebabkan penolakan kepada insulin, seterusnya menyebabkan diabetes.
  • Individu yang mengalami kerosakan atau pembuangan pankreas seperti kanser pankreas, boleh menyebabkan berkurangnya penghasilan insulin, lantas menyebabkan diabetes.
  • Individu yang mengambil beberapa jenis ubat-ubatan tertentu yang boleh merosakkan sel beta atau mengganggu tugas insulin.
kencing manis
Sumber: Metro

Tanda

Ada beberapa tanda atau simptom sekiranya seseorang itu menghidap kencing manis.

Diabetes Jenis I datang dengan simptom berikut;

  • Bertambah haus
  • Bertambah lapar terutama selepas makan
  • Mulut kering
  • Kerap membuang air kecil
  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan walaupun anda makan dan berasa lapar.
  • Keletihan
  • Kesukaran bernafas
  • Hilang kesedaran. Namun ini adalah kes yang jarang-jarang berlaku.

Diabetes Jenis II tidak begitu jelas atau berkembang kepada simptom Diabetes II. Simptom-simptom lain ialah;

  • Luka yang lambat sembuh
  • Gatal pada kulit terutama pada bahagian vagina atau groin
  • Jangkitan yis
  • Penambahan berat badan
  • Kebas atau berdenyut-denyut pada tangan dan kaki
  • Mati pucuk atau masalah erektil.

Rawatan

Diabetes boleh menjadi punca kepada banyak penyakit yang lain seperti sakit jantung, strok, dan masalah mata serta kaki. Semakin lama masalah diabetes tidak dirawat, maka semakin banyaklah peluang untuk timbulnya masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, rawatan perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah yang lebih serius. Berikut adalah rawatan kepada mereka yang menghidap diabetes;

  • Kurangkan berat badan. Pengurangan berat badan boleh membantu dalam mengelakkan atau melambatkan diabetes.
  • Banyakkan bergerak. Aktifkan diri terutama dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apakah senaman terbaik untuk anda.
  • Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat amat penting kepada kita semua. Cuba kurangkan kuantiti makanan bagi mengurangkan jumlah kalori yang dimakan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan berat badan.
kencing manis
Sumber: Healthyfood

Oleh kerana kanak-kanak juga tidak terlepas daripada risiko menghidap kencing manis, maka ada beberapa tips yang disarankan;

  • Kanak-kanak yang menghidap kencing manis terutama yang bergantung kepada insulin hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor mereka untuk perancangan makanan yang sihat.
  • Pilih snek yang boleh dimakan sehingga 3 kali sehari yang mengandungi kurang daripada 20 kalori dan 5g karbohidrat. Contohnya, 1 keping keju, 1 cawan epal, dan 1 cawan bertih jagung kosong.
  • Hidangkan makanan yang rendah lemak dan karbohidrat serta tinggi kandungan seratnya. Contohnya, buat bebola rendah lemak dengan menggunakan daging ayam dan bukannya daging lembu.
  • Ambil makanan yang berprotein tapi tanpa lemak seperti ayam tanpa kulit dan keju rendah lemak, beras perang, dan buah-buahan citrus.
  • Apa yang dimakan di luar rumah mestilah sama dengan apa yang dimakan di dalam rumah. Ini penting bagi mengekalkan hidangan sihat pada setiap masa.

Kencing manis merupakan suatu penyakit yang boleh menjemput lebih banyak masalah kesihatan yang lain. Dikatakan bahawa sehingga kini tiada ubat untuk mengubatinya. Pesakit perlu kekal sihat untuk mengurus penyakit mereka. Oleh itu, kita perlu mengawal diri kita terutama dari segi pemakanan dan gaya hidup kerana ia ternyata sangat membantu dalam menghindari atau melambatkan masalah kencing manis yang lebih serius.

Rujukan:

Penulis: Samsiah Ahmad

Samsiah Ahmad

Merupakan salah seorang penulis di Bidadari.My. Berminat dengan ilmu kerohanian dan lukisan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.