Mengalami air kencing berbuih?

Setiap kali anda membuang air kecil dan besar, seeloknya anda lihat dulu keadaan air kencing atau najis sebelum flush kerana lazimnya kedua-dua najis dan air kencing boleh menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh badan anda.

Sebagai contoh, warna air kencing yang terlalu gelap dan pekat adalah tanda badan anda kekurangan air. Air kencing berbuih juga merupakan petanda yang diberikan oleh tubuh badan anda.

kencing berbuih

Sumber: Menshealth

Apakah ciri-ciri air kencing yang normal?

Air kencing yang normal ialah air kencing yang:

  • Tidak terlalu pekat
  • Warnya bukan putih, iaitu petanda anda terlebih minum air
  • Warnanya tidak terlalu pekat, petanda anda kurang minum air
  • Berbau hancing seperti biasa, bukan berbau terlalu kuat atau pelik
  • Tidak berbuih
  • Tidak berdarah
  • Tidak menyebabkan anda mengalami kesakitan semasa kencing
  • Tidak menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk mengeluarkan air kencing

Jika anda mengalami kencing berbuih, apakah maksudnya?

Air kencing berbuih mungkin berlaku disebabkan oleh salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1. Pencuci tandas berinteraksi dengan air kencing anda

Bunyi macam kelakar tapi ia boleh berlaku. Air kencing anda akan kelihatan berbuih sekiranya anda kencing dalam mangkuk tandas yang baru dicuci dengan pencuci tandas. Ia berlaku kerana berlakunya tindak balas kimia di antara bahan mencuci tandas & air kencing anda.

2. Anda menahan kencing terlalu lama

Air kencing anda kelihatan berbuih kerana anda telah menahan kencing dengan terlalu lama lalu menyebabkan pundi kencing anda terlalu penuh.

Apabila pundi kencing terlalu penuh, anda akan mengeluarkan air kencing dengan laju dan kuat lalu menyebabkan berlakunya kocakan yang kuat pada air di dalam mangkuk tandas. Kocakan yang kuat akan menyebabkan air kencing anda kelihatan berbuih.

Oleh itu, jika anda mendapati kencing anda berbuih, cuba kencing sekali lagi semasa pundi kencing anda tidak terlalu penuh untuk melihat sama ada ia masih berbuih atau tidak. Jika air kencing anda masih berbuih walau pun anda ke tandas semasa pundi kencing tidak berapa penuh, maksudnya ada sesuatu yang tidak kena.

3. Anda kurang minum air

Apabila anda kurang minum air, secara automatik air kencing anda akan menjadi pekat. Air kencing yang pekat akan lebih mudah kelihatan berbuih berbanding air kencing yang normal.

Oleh itu, jika anda mendapati bahawa air kencing anda berbuih tetapi anda perasan ianya sedikit pekat akibat anda terlupa untuk minum air secukupnya, cuba kencing sekali lagi selepas anda minum air kosong dengan banyak untuk melihat sama ada ia masih berbuih atau tidak.

Jika air kencing anda masih berbuih walau pun anda ke tandas semasa pundi kencing tidak berapa penuh, maksudnya ada sesuatu yang tidak kena.

kencing berbuih

Sumber: Semuril

4. Kehadiran protein dalam air kencing anda

Kehadiran protein dalam air kencing juga akan menyebabkan kencing anda kelihatan berbuih. Kehadiran protein dalam air kencing boleh berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:

  • Kencing kotor
  • Kencing manis
  • Kegagal buah pinggang
  • Tekanan darah tinggi
  • Nephrotic syndrome

Oleh itu, kalau anda tidak pernah didiagnos mempunyai penyakit-penyakit di atas, tidak menahan kencing dengan terlalu lama atau air kencing anda tidak terlalu pekat namun kelihatan berbuih, anda perlu berjumpa doktor dengan segera untuk membuat pemeriksaan sama ada terdapat protein dalam air kencing anda.

5. Ejakulasi berbalik

Ini adalah situasi yang mungkin berlaku jika anda seorang lelaki. Semasa anda mengalami ejakulasi, kemungkinan besar air mani anda termasuk semula ke dalam saluran air kencing lalu keluar bersama air kencing lalu menyebabkan air kencing anda kelihatan berbuih.

Jika air kencing anda berbuih selepas anda baru berejakulasi, periksa air kencing anda semasa kencing yang berikutnya untuk melihat sama ada ianya masih berbuih atau sudah kembali seperti normal.

Adakah anda perlu terus berjumpa doktor apabila mendapati kencing anda berbuih?

Kami nasihatkan anda untuk terus berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya anda mendapati kencing anda berbuih dan:

  • Kencing anda masih berbuih selepas beberapa hari
  • Anda mempunyai simptom lain seperti bengkak kaki, bengkak pada tangan, muntah-muntah, loya-loya, pening-pening, kurang selera makan dan bedan anda berasa lemah
  • Air kencing anda bukan sahaja berbuih malah ia nampak keruh dan berdarah
  • Air mani anda terlalu sedikit semasa ejakulasi

Apakah pemeriksaan yang akan dilakukan oleh doktor?

Apabila anda memberitahu doktor tentang keadaan air kencing anda yang berbuih, kebiasaanya doktor akan membuat pemeriksaan rutin ke atas badan anda seperti mengambil tekanan darah, memeriksa denyutan nadi, dan memastikan kehadiran simptom lain seperti lemah-lemah badan, kebengkakan.

Kemudian, sampel air kencing anda akan diambil untuk dianalisa. Jika ujian adalah normal, anda tidak perlu risau.

Namun, jika pemeriksaan mendapati bahawa terdapat kehadiran protein dalam air kencing anda, doktor akan mengarahkan supaya darah anda diambil untuk membuat ujian bagi melihat sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan normal atau sebaliknya kerana biasanya kencing berbuih dengan kehadiran protein sering dikaitkan dengan masalah kegagalan buah pinggang.

kencing berbuih Sumber: Mims[/caption]

Ini kerana buah pinggang yang tidak berfungsi seperti normal akan menyebabkan berlakunya kebocoran protein dari penapis buah pinggang lalu masuk ke dalam air kencing.

Jika buah pinggang anda berfungsi dengan normal, doktor akan memastikan sama ada anda mempunyai pemyakit lain yang menjadi punca hadirnya protein dalam air kencing anda seperti kencing kotor, kencing manis, tekanan darah tinggi, atau nephrotic syndrome.

Itulah dia info tentang kencing berbuih yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat! Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang bahaya pil perancang, punca batu karang, dan bahaya aluminium

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.