Kenapa kena pakai tudung?

Tanya anak saya, Yaya. Dia suka berangan dengan rambut yang panjang.

Ada masa dia liat untuk memakai tudung, terutama semasa umurnya 2-3 tahun. Waktu itu, dia belum banyak bertanya dan berdalil, maka senang untuk saya menyarungkan saja tudung itu. Ikut tanpa banyak soal.

hijab

tumblr.com

Tapi, bila kini umurnya 5 tahun dan petah bertanya itu dan ini, saya tidak mahu lagi menyuruhnya memakai tudung. Saya taknak dia membesar, memakai tudung -‘sebab mama suruh pakai’. Sebab nenek, maklang, semua orang pakai tudung. Sebab dari kecil pakai tudung.

"

Kalau itu yang terjadi, anak tidak nampak fungsi kain yang tersarung di kepala dan menutupi dadanya itu. Dia akan pakai tudung, tapi tidak faham – apa maknanya saya memakai tudung ini? Kenapa saya pakai tudung ini?

Sebab mama suruh. Kalau ini sebabnya, silap hari bulan dia buka tudung bila belajar di universiti, jauh dari saya.

Atau adakah kerana agama suruh? Kerana tanggungjawab kita sebagai orang perempuan Islam? Kerana rambut itu haram diperlihatkan kepada lelaki bukan muhrim?

Itu betul, tapi saya juga tidak mahu anak saya melihat ’memakai tudung’ sebatas pada kewajipan. Tanggungjawab. Halal haram. Jika ini yang ditekankan, anak akan beranggapan agama itu menyusahkan. Membebankan.

Banyak sangat kewajipan dan pantang larang. Bukan sesuatu yang menyeronokkan, terutama mereka yang baru menginjak dewasa dengan keterujaan untuk explore dunia ini.

Jika anggapan ini yang tertanam, jika pemahaman ini yang mendasari mengapa mereka memakai tudung, kita akan melihat anak memakai tudung tapi dengan segala macam fesyen sehingga tujuan pemakaian tudung itu sendiri tidak tercapai.

Tudung yang jarang, pendek, di tambah dengan seluar yang ketat. Jika tudungnya ok pun, tapi boleh saja perilaku dan akhlaknya tidak menggambarkan seorang Muslimah. Mungkin cakapnya kasar, ketawanya kuat, berborak dan bergurau dengan kawan lelaki tanpa segan silu. Sehingga tidak ada beza memakai tudung atau tidak.

Na’uzubillahi minzalik. Semoga anak cucu kita tidak begitu.

Untuk itu, saya tekankan pada anak – yang perkara paling penting dalam hidup ini ialah kita cintakan Allah. Sayangkan Allah. Kenapa?

Sebabnya mudah saja. Allah baik sangat dengan kita. Allah sayang sangat yaya. Dia bagi yaya macam-macam – present, mainan, aiskrim, basikal, teddy bear yang yaya suka tu, semua Allah yang bagi. Allah jaga yaya dari org jahat. Allah baikkan yaya bila yaya demam.

Kemudian saya akan bertanya kembali kepada anak – ”Baik tak Allah kat yaya? ” Dia akan mengangguk beriya.

See – Allah baik sangat dengan kita. Penting dalam hidup kita. Sebab tu kita sayang Allah lebih dari org2 lain. Dan sebab kita sayang Allah, kita nak jadi orang yang buat apa yang Allah suka.

Contohnya Allah suka kita pakai tudung, Allah suka kita solat, bagi sedekah. Allah suka kita say nicely, tolong mama, jaga adik, baca buku

”Kalau Allah suka Yaya pakai tudung, Yaya nak tak pakai tudung?”

Tanya saya.

Tanpa sesaat ragu, dia menjawab  ”Nak” sambil mata bersinar, dengan suara penuh excited. Memang dia excited. Perbualan kami tidak akan terhenti di situ.

”Nanti Allah sayang yaya? ” (saya angguk)
”Nanti yaya dapat present? Dapat masuk syurga? ” (saya angguk)
”Dalam syurga ada … (list dia, segala yang dia nak termasuk bermain dengan kucing. Sebab sekarang di dunia ni bila dia main kucing dia kena alergik teruk. So saya selalu kata di syurga nanti boleh main kucing tapi tak alergik. Memang dia excited)

Dan bila bercerita pasal syurga, ia pasti berakhir dengan ”Yayyyy!!!!”

Dan jika ia tentang pakai tudung ,”Yaya nak pakai tudung la mama”

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bila anak tahu kenapa dia memakai tudung, mereka sendiri yang akan memilih untuk melakukannya. Tanda cinta kepada Yang Maha Penyayang. Bukan sekadar memakai. Dengan cinta ini, anak akan melakukannya dengan cara yang terbaik – the way Allah likes us to wear it.

Alhamdulillah, sekarang dia sendiri yang memilih untuk memakai tudung. Saya tidak perlu membebel lagi. Ada waktunya dia terlupa. Ada kalanya dia akan mencabut tudung jika banyak berpeluh. Pada saya tidak mengapa, yang penting dia sendiri sudah suka memakai tudung pada umurnya 5 tahun.

Saya teringat komen cikgu yaya baru-baru ini semasa memilih baju persekolahannya di sekolah. Kata cikgu: budak-budak perempuan lain pilih tudung saiz kecik-kecik. Tak muat pun dimuat-muatkan juga. Semua nak saiz S sampai habis saiz tu. Tapi Yaya nak saiz L.

Alhamdulillah. Saya hanya senyum, syukur padaNya.

Wallahualam. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa yang lain

Penulis: Dr Siti Ujila

Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .