Kata orang tua, bila anak mula menggigit jari kaki tandanya dia nak adik lagi (hihi)

Hakikatnya, bayi mula menggigit jari kaki mungkin disebabkan :

Gusinya yang mula gatal gusi untuk tumbuh gigi.

Tabiat menggigit ini mula terjadi seawal usia bayi 4 bulan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda boleh mula memberikannya sesuatu yang lembut seperti teether bagi kegunaan digigit bagi melegakan rasa gatal tersebut.

gigit jari

twitter.com

Gejala teething berbeza beza mengikut bayi. Ada yang menyebabkan kerengsaan dan ketidak selesaan pada bayi dan ada juga yang tiada terkesan apa apa.

Antara kesan teething ialah  bengkak gusi, sering menggigit dan mengunyah, memasukkan jari ke dalam mulut, tidur yang tidak nyenyak dan kegelisahan, kurang menyusu susu ibu dan mungkin juga ruam lampin berikutan terlalu kerap membuang air besar.

gigit

thebuzzdriver.com

Dapatkan teether dengan saiz dan umur yang sesuai untuk bayi anda. Design nya bukan sahaja membantu proses Teething si comel namun ia merangsang tumbesaran kognitifnya ketika memegang Teether tersebut.

Sesuatu yang lembut dan tidak merbahaya adalah penting untuk si kecil anda! Lebih jimat untuk mendapatkan teether jenis berus gigi seperti dibawah kerana ia boleh digunakan terus sebagai berus gigi.

Pastikan materialnya daripada bahan yang selamat ya ibu!

Sokong bayi anda dengan kata kata yang menggalakkan. Proses Teething berlangsung selama setahun ke dua tahun pertama. Hargai dan laluinya bersama sama dengan gembira dan bermakna ya.

Dan mungkin juga ia  benar benar maksudkan bahawa dia mahukan adik

Penulis: Pn Suraya Ali

Pn Suraya Ali merupakan seorang usahawanita yang mengusahakan Butik Bayi Asuhan Alami Lunatots. Merupakan salah seorang IBCLC (Certified Lactation Consultant) di Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel ke [email protected] bagi sebarang urusan kaunseling mahupun seminar keibubapaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.