childabusemobieg.co.za

Tahukah anda bahawa setiap sepuluh saat laporan dibuat tentang seorang kanak-kanak yang didera? Atau kira-kira empat kanak-kanak mati setiap tahun akibat daripada penyalahgunaan? Ia adalah realiti yang sangat menyedihkan bahawa kanak-kanak yang teruk dizalimi setiap hari oleh orang dewasa yang sepatutnya untuk menyayangi dan menjaga mereka.

Artikel ini menceritakan tentang 4 jenis penderaan kanak kanak kanak. Ianya adalah: penderaan fizikal, pengabaian, penderaan psikologi, dan penderaan seksual.

#1 Penderaan Fizikal

Seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami penderaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan.

Terdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan gigi.
(Akta Kanak-Kanak 2001)

#2 Penderaan Emosi

Berlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
(Akta Kanak Kanak 2001)

#3 Penderaan Seksual

Berlaku apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dan menjadi mangsa dari segi seks. Jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
(Akta Kanak Kanak 2001)

childabuse2leftfootforward

#4 Pengabaian (Neglect)

kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

There’s no such thing as someone else’s child. Semua kanak-kanak adalah anak-anak kita.

Sama samalah kita menjaga kanak kanak hari ini

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.