Persaingan anak-anak dalam zaman milenium ini semakin hebat. Realiti masa kini, sesetengah ibu bapa sangat mementingkan kemahiran akademik terutamanya dari segi membaca dan menulis di awal usia.

Tahukah anda bahawa kemahiran akademik seperti membaca serta menulis merupakan kemahiran berkonsepkan 2 dimensi (2D) dan terdapat kemahiran asas lain yang lebih penting daripada itu?

Foto Kredit : wearec.co

KEMAHIRAN 2D VS KEMAHIRAN 3D

Anak-anak kecil seharusnya menguasai kemahiran berkonsepkan 3 dimensi (3D) terlebih dahulu berbanding kemahiran berkonsepkan 2D kerana kemahiran berkonsepkan 3D termasuk dalam kemahiran pra-akademik.

Kemahiran berkonsepkan 3D adalah penting dalam memastikan anak-anak menguasai kemahiran membaca dan menulis yang berkonsepkan kemahiran 2D.

Berikut merupakan 3 perkara penting yang perlu kita dalami tentang kemahiran berkonsepkan 3D.

1. APA ITU AKTIVITI 3D?

Aktiviti 3D adalah aktiviti yang memerlukan anak-anak untuk memanipulasi objek secara aktif.

Aktiviti 3D juga berbentuk multi-sensori.

Anak-anak perlu menggunakan kepelbagaian kemahiran sensori-motor seperti kemahiran motor kasar, motor halus dan motor visual untuk memanipulasi sesuatu objek.

Pada kebiasannya, ativiti berbentuk 3D berlaku semasa mereka sedang bermain.

Contoh aktiviti 3D adalah :

  • Membutang
  • Bermain doh
  • Bermain Lego
  • Menganyam tali
  • Mengikat tali kasut
  • Membaling bola pada sasaran
  • Menguntai manik (lacing beads)

Foto Kredit : eimaimama.gr

2. USIA ANAK KUASAI KEMAHIRAN 2D DAN 3D

Secara naturalnya, kanak-kanak akan menguasai kemahiran berkonsepkan 3D bermula usia 3 tahun dan mula menunjukkan kesediaan untuk mempelajari kemahiran berkonsepkan 2D (membaca dan menulis) menjelang usia 5 tahun.

Foto Kredit : verywell.com

3. KEPENTINGAN AKTIVITI 3D

Aktiviti 3D sangat penting bagi mengukuhkan asas (foundation) yang diperlukan untuk anak-anak mempelajari kemahiran 2D seperti membaca dan menulis.

Antara ‘foundation’ perkembangan yang dirangsang dengan aktiviti 3D adalah :

    • Visual Motor Perseptual’
      (penting untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis)
    • Kemahiran Motor Halus
      (penting untuk menulis dengan efisien)
    • Kemahiran ‘Visual Spatial’
      (penting untuk mengetahui jarak antara huruf semasa menulis)
    • Kefahaman Bahasa
      (tanpa kefahaman bahasa yang matang, kemahiran membaca akan menjadi sukar dan anak cenderung untuk menulis dengan hanya menyalin tanpa kefahaman)

Anak-anak yang menunjukkan kesukaran menguasai kemahiran berkonsepkan 3D (kelihatan kurang fokus dan koordinasi motor kelihatan lemah) akan lebih sukar menguasai kemahiran berkonsepkan 2D.

Foto Kredit : baomoi.com

BANTU ANAK KUASAI KEMAHIRAN 3D

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk membantu anak-anak menguasai kemahiran berkonsepkan 3D agar mereka lebih mudah untuk menguasai kemahiran berkonsepkan 2D apabila tiba masanya kelak.

Intervensi awal yang efektif boleh membantu anak-anak agar tidak terus ketinggalan dalam ‘milestone’ penting perkembangan mereka.

Semoga kita semua bukan sahaja dapat membantu perkembangan anak-anak dari segi akademik semata-mata, malah turut membantu mereka secara menyeluruh untuk menguasai pelbagai lagi kemahiran penting lain.

Penulis: Siti 'Aisyah Rozalli

Siti 'Aisyah Rozalli

Merupa seorang Occupational Therapist. Bertanggungjawab melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya. Rajin berkongsi tentang perkembangan awal kanak-kanak. Boleh dihubungi Facebooknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.