Masak apa untuk minum petang ini?Jom cuba kek viral 4 bahan untuk minum petang. Perkongsian Mekar Indah memberi idea dan resepi kek yang mudah sahaja.

Selain resepi mudah hanya menggunakan 4 bahan, kek ini pula amat mudah kerana anda boleh buat tanpa pakai mixer seperti yang dibuat oleh sis Mekar Indah. Hanya dengan pukul secara manual sahaja bahan margerin dan gula. Telur pula dimasukkan dalam blender. Kena tahu tips iaitu telur harus kembang supaya kek cantik naiknya.

Walaupun tidak pakai mixer, kek sentiasa gebu kejadiannya. Tidak sabar ingin cubakan resepi mudah ini bukan? Hanya menggunakan 4 bahan iaitu tepung, margerin, gula dan telur boleh menghasilkan kek gebu gebas menggoda.

Resepi Kek 4 Bahan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan marjerin,
  • 1 cawan gula kastor, (kalau tidak suka manis boleh kurangkan sedikit).
  • 2 cawan tepung naik sendiri, kalau tidak ada tepung naik sendiri boleh gunakan tepung gandum tambah 1 sk baking powder, kalau kukus tambah 1 sk soda bikarbonat.
  • 4 biji telur,
  • Esen vanila (opsional).

Cara-cara :

  1. Gaul marjerin dengan gula selama 10 minit.
  2. Sementara gaul marjerin dan gula, blend telur sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur yang sudah kembang dalam adunan marjerin tadi, pukul lagi dalam 5 minit untuk mesrakan dia.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau.
  5. Siap untuk dibakar.

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek 4 bahan, kami menulis resepi lain yang juga mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.