Diet Untuk Ibu Yang Menyusu

Nutrisi yang diperlukan oleh bayi boleh didapati daripada susu ibu. Oleh itu seorang ibu yang menyusu perlulah mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Jika bayi anda membesar dengan cepat, lemak terkumpul yang didapati daripada ibu semasa mengandung boleh disusutkan dengan cepat.

Ini membawa  kemungkinan kepada pemasalahan dalam pemilihan makanan dan payah untuk membina kandungan susu yang cukup kerana harus menjaga pemakanan.

ibu-menyusu

Diet jenis ini biasanya jenis yang tinggi kalori, tinggi nutrisi di mana bergantung kepada tempoh mengandung. Walaupun seorang ibu yang dalam kelaparan mampu menghasilkan susu yang mengandungi nutrisi, seorang ibu yang kekurangan zat makanan kemungkinan besar akan menghasilkan susu yang kurang vitamin A,D,B6 dan B12.

Jika si ibu seorang perokok, dan dia menyusu maka dia perlulah lebih berhati-hati dalam menyusukan bayi mereka. Menghisap 20 batang rokok atau lebih dalam sehari telah didapati mampu untuk mengurangkan penghasilan susu ibu dan menyebabkan muntah-muntah, penyakit diarrhoea, degupan jantung yang laju, dan tidak dapat rasa tenang semasa berehat. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) juga biasa terjadi kepada bayi yang kerap terdedah dengan rokok.

diet-ibu-hamil

Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada kandungan dan juga kepada diri anda. Jika anda menyusu, elakkan pengambilan alkohol atau cuba meminimakan pengambilannya. Jika seseorang ibu yang menyusu mengambil kadar alkohol yang tinggi, ia akan memberi kesan buruk kepada dirinya sendiri seperti keradangan, dan insomania (susah tidur).

Kebiasaannya pengambilan alkohol sebanyak 1-2 cawan sehari tidak akan memberi sebarang kesan. Oleh itu, seorang ibu yang menyusu dinasihatkan mengelakkan kaffein dan alkohol atau tidak mengambilnya langsung. Tetapi di Malaysia rasanya jarang ada ibu yang minum alkohol terutamanya yang beragama Islam. :-)

Dengan mengikuti panduan diet pemakanan diatas, anda akan dapat memastikan bayi anda mendapat nutrien-nutrien yang sangat diperlukan semasa anda menyusukan bayi anda. Peringkat penjagaan tahap ini sangatlah penting kerana anda pastinya tidak mahu perkara-perkara buruk berlaku kepada bayi anda.

Kredit gambar : julia_HalleFotoFan , Wealth of Health

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.