Keguguran terjadi apabila embrio atau janin meninggal sebelum minggu kehamilan ke-20 atau biasanya berlaku pada awal kehamilan. Selalunya, 8 daripada 10 keguguran sering berlaku pada 3 bulan pertama. Ramai orang mengalami keguguran seperti ini.

Hampir 10-20% kehamilan berakhir dalam keguguran, walaupun keguguran adalah perkara biasa, ia menjadikan masalah emosi yang kuat. Perasaan kesedihan dan kehilangan adalah normal selepas kehilangan kehamilan. Istilah perubatan untuk keguguran juga disebut sebagai “pengguguran spontan”.

Sebab / Faktor Keguguran Terjadi Kepada Ibu Hamil

Imej via [alodokter]
Imej via [Alodokter

Sukar untuk mengetahui dengan tepat mengapa keguguran berlaku, tetapi ia tidak semestinya disebabkan oleh sesuatu yang dilakukan oleh orang yang hamil seperti senaman, bekerja dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda, mengambil kebanyakan ubat-ubatan juga tidak menyebabkan keguguran. Kecederaan kecil, seperti jatuh, biasanya tidak menyebabkan keguguran. Beberapa perkara yang diketahui yang menyebabkan keguguran adalah:

  • Apabila telur yang disenyawakan mempunyai bilangan kromosom (genetik) yang tidak normal. Ini berlaku secara rawak, jadi anda tidak boleh menghalangnya atau menyebabkannya walau apa pun yang berlaku.
  • Mempunyai penyakit tertentu, seperti diabetes yang teruk, dapat meningkatkan peluang anda untuk mengalami keguguran.
  • Jangkitan yang sangat serius atau kecederaan teruk yang boleh menyebabkan keguguran.
  • Keguguran lewat selepas 3 bulan  (mungkin disebabkan oleh ketidak normalan pada rahim).
  • Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 2 kali keguguran secara berturut-turut, anda lebih cenderung akan mengalami keguguran.
  • Merokok lebih 10 batang sehari
  • Ubat tanpa steroid dan anti-inflamasi
  • Pengambilan  minuman Alkohol
  • Terkena radiasi
  • Faktor usia

Jenis Keguguran Sering Berlaku Pada Ibu Hamil

Imej via [salutarmente]
Imej via [salutarmente]

Hanya kesedihan yang akan menghantui apabila bayi yang dikandung telah pergi selama-lamanya. Keguguran merupakan peristiwa yang menyedihkan bagi kaum-kaum ibu apabila bayi yang ditunggu-tunggu selama ini telah pergi. Emosi terkejut pada diri sendiri dan keluarga pasti sukar dibendung apabila setiap kali melihat bayi yang comel didepan mata. Jom lihat jenis keguguran yang sering berlaku pada ibu hamil.

1. Threatened Miscarriage (Keguguran Terancam) 

Anda mempunyai pendarahan vagina dan mungkin mengalami kekejangan ringan, tetapi serviks anda tetap tertutup. Separuh masa, pendarahan berhenti dan kehamilan anda berjalan secara normal. Separuh lagi keguguran yang terancam menjadi keguguran yang tidak dapat dielakkan, dan berakhir dengan kehilangan kandungan.

2. Inevitable Miscarriage (Keguguran Yang Tidak Dapat Dielak)

Anda telah mengalami pendarahan, dan serviks anda terbuka. Sekiranya ini berlaku, tiada peluang untuk kehamilan anda terjaga dan terlindung.

3. Incomplete Miscarriage (Keguguran Tidak Lengkap)

Sesetengah tisu kehamilan keluar dari rahim anda dan ada yang tinggal di dalamnya. Anda mungkin memerlukan rawatan susulan untuk membuang tisu yang tinggal.

4. Complete Miscarriage (Keguguran Lengkap)

Semua tisu kehamilan keluar dari rahim anda. Anda biasanya tidak memerlukan rawatan tambahan.

Imej via [tolibilmi]
Imej via [tolibilmi]

5. Missed Miscarriage (Keguguran Kegagalan)

Anda tidak mengalami kekejangan atau pendarahan. Tetapi ultrasound menunjukkan embrio tanpa detak jantung atau kantung kehamilan yang kosong tanpa embrio. Biasanya tisu melepasi sendiri, tetapi anda mungkin memerlukan rawatan.

6. Recurrent Miscarriage

Biasanya berlaku apabila tiga kali keguguran berturut-turut. Rahim tidak berapa kuat untuk menampung kandungan lagi.

7. Septic Miscarriage (Keguguran Septik)

Septik miscarriage terjadi akibat dijangkiti kuman dan mengakibatkan infeksi pada rahim. Simptom termasuk demam panas, sakit perut, menggigil, pendarahan faraj dan lendir dari faraj (kental berwarna kuning dan berbau busuk).

Rawatan Keguguran Ibu Hamil Perlu Tahu

Imej via [mamapeduli]
Imej via [mamapeduli]

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa adalah pendarahan dan kekejangan. Hubungi doktor jika anda merasa anda telah mengalami keguguran. Kadang-kadang, tidak ada tanda-tanda keguguran dan anda tidak akan mengetahuinya sehingga ultrasound atau tidak merasa mengandung lagi. Biasanya terdapat tanda-tanda dan gejala. Antara tanda-tandanya adalah:

  1. Pendarahan faraj
  2. Sakit perut yang teruk
  3. Kekejangan yang teruk

Keguguran adalah berbeza untuk setiap orang, namun terdapat beberapa gejala yang biasa. Tidak semua keguguran secara fizikal begitu menyakitkan, kebanyakan orang mengalami kekejangan. Kekejangan benar-benar kuat untuk sesetengah orang.

Ramai juga yang mengalami pendarahan vagina dan melepasi pembekuan darah besar sehingga saiz sebiji limau. Pendarahan keguguran berat boleh jadi menakutkan atau mengejutkan tetapi sebenarnya ia adalah normal.

#1 Ubat-ubatan Dari Doktor

Pendarahan dan kekejangan dapat berlaku secara cepat atau mungkin berlaku selama beberapa jam. Doktor akan memberi ubat-ubatan dan tips tentang bagaimana untuk menguruskan kesakitan dan kekejangan semasa keguguran.

#2 Khidmat Nasihat Dari Doktor

Anda hendaklah sentiasa berhubung dengan doktor mengenai apa yang sedang berlaku dan apa yang anda rasa. Doktor akan memberitahu apa yang normal dan yang tidak normal tentang apa yang anda alami. Anda juga akan diberikan sumber sokongan emosi jika memerlukannya.

#3 Sokongan Psikologi

Rawatan keguguran bergantung kepada gejala dan diagnosis sebenar selepas pemeriksaan daripada doktor. Bagi kes keguguran terancam, biasanya doktor akan memberi kaunseling dan sokongan psikologi kepada wanita yang hamil. Ia dapat mengurangkan kerisauan dan ketidakpastian yang dialami wanita hamil selepas mengalami gejala keguguran.

Imej via [liputan6]
Imej via [liputan6]

Rawatan Keguguran (Tidak Lengkap Atau Tanpa Sedar)

Kadangkala doktor pakar akan memberikan suntikan dan ubat bagi membantu menguatkan rahim dan janin supaya terus membesar dan kuat. Pesakit biasanya akan menjalani pemeriksaan ultra bunyi semula dua minggu selepas itu bagi memastikan janin sihat dan keadaan pesakit semakin pulih. Bagi kes keguguran tidak lengkap atau keguguran tanpa sedar, pesakit akan diberikan pilihan rawatan seperti berikut:

  • Rawatan konservatif (Rawatan Tunggu Dan Lihat) – Biasanya pesakit akan diberikan masa sehingga dua minggu tanpa sebarang prosedur agar janin yang masih ada di dalamnya keluar sepenuhnya dengan sendirinya. Selepas dua minggu dan sekiranya janin masih tidak tidak keluar sepenuhnya, pesakit akan menjalani prosedur pembedahan kecil untuk mencuci rahim untuk mengeluarkan janin dan uri sepenuhnya.
  • Rawatan secara perubatan – Pesakit akan diberikan ubat sama ada makan, letakkannya di bawah lidah, di dalam faraj ataupun diberi suntikan untuk merangsang kontraksi rahim supaya janin dan uri akan terkeluar sepenuhnya. Ini akan dapat mengelakkan prosedur pembedahan kecil tetapi jika masih lagi ada sisa janin atau uri, pesakit masih perlu menjalani prosedur mencuci rahim.

Rawatan Keguguran Trimester Kedua

Imej via [prolifeproducts]
Imej via [prolifeproducts]

Bagi rawatan keguguran dalam trimester kedua sebelum minggu ke 24, rawatan adalah bergantung kepada penyebab keguguran seperti pangkal rahim akan diikat (cervlage serviks) pada awal trimester kedua bagi kes pangkal rahim yang tidak kuat (cervical incompetence).

Pembedahan rekonstraktif / pembetulan juga akan dijalankan untuk membetulkan rahim untuk kes struktur anatomi rahim yang tidak normal serta saringan jangkitan kuman perlu dilakukan awal dalam trimester pertama kehamilan berikutnya sekiranya wanita hamil mempunyai riwayat infeksi kuman pada rahim dalam kehamilan lalu.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan keguguran terjadi, pastikan anda mendapat rehat secukupnya dan jangan membuat kerja-kerja berat. Jika anda mengalami beberapa gejala seperti simptom keguguran yang kami kongsikan, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan. Insyaallah jika diizinkan Allah, kandungan anda akan selamat.

Jom baca juga Makanan yang menyebabkan keguguran, Maksud anak syurga sebenar, Pantang larang ibu mengandung elak keguguran dan Tanda keguguran ramai tak perasan.

Rujukan:

  1. My.theasiaparent
  2. Ohbulan
  3. utusan

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.