Apabila teringat akan makanan segera dengan secara automatiknya golongan anak muda akan dikaitkan dengan makanan dari jenis ini. Biar dari negara mana sekalipun, ternyata makanan segera adalah satu kategori makanan yang paling disukai oleh golongan muda begini. Kanak-kanak juga turut ikut menggemarinya.

keburukan makanan segera
image via : Harian Metro

Merujuk laman Dailymail, saintis mengatakan mereka menemui makanan yang diproses seperti burger dan makanan yang sudah siap adalah berbahaya seterusnya membuka jalan ke arah makanan ringan yang tidak menyihatkan.

Mereka turut mengenal pasti molekul bakteria merosakkan yang tidak dapat dikesan di dalam makanan segar, tetapi ia banyak terdapat dalam makanan ringan dan makanan siap proses seperti sayur-sayuran yang sudah siap dicincang, sos pasta dan sandwic. Ini menunjukkan bakteria membesar ketika proses penghasilan, ketika makanan itu dicincang dan dibekukan.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Makanan Segera Ini Sebenarnya?

Menurut penerangan di wikipedia, Makanan Segera ini adalah merupakan sebuah ungkapan yang merujuk secara terus kepada makanan yang dapat disiapkan dengan pantas. Dalam erti kata lain ianya adalah makanan yang boleh dihidangkan kepada pelanggan dalam masa yang sangat cepat! Makanan jenis ini mula menjadi popular di negara Amerika Syarikat dari sekitar tahun 1950-an lagi hinggalah ke saat ini.

Walau bermula di Amerika Syarikat namun kini amalan makanan segera ini telah berleluasa hingga ke seluruh dunia. Secara lazimnya pula, ungkapan untuk makanan segera ini dikhususkan untuk sebarang menu makanan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak terlebih dahulu.

keburukan makanan segera
image via : Hello Doktor

Untuk lebih mudah faham, bahan untuk menyiapkan menu untuk sesuatu makanan segera tersebut telahpun dimasak lebih awal dan hanya tunggu untuk dipanaskan saja sebelum dijual kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang. Ada juga makanan segera yang telah siap di pek dalam bekas bungkus, botol dan sebagainya untuk di beli dengan lebih mudah dan cepat.

Antara Jenis Makanan Segera Yang Sering Dinikmati Ramai

Menu makanan segera ini sudah dianggap sebagai sebuah simbol kepada kehidupan serba moden di zaman sekarang ini. Ia di anggap sebagai sebuah kejayaan besar dalam dunia makanan kerana mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan yang bagus untuk menjimatkan masa. Almaklumlah di dunia yang serba moden ini bukankah semuanya mahu mengejar masa.

Antara menu makanan segera yang paling popular adalah seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, nugget, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, rasanya juga sedap dan enak bahkan boleh pula di beli dengan harga yang amat berpatutan.

keburukan makanan segera
image via : Majalah Sains

Antara Keburukan Makanan Segera Yang Boleh Berlaku Terhadap Tubuh Manusia

Keburukan makanan segera terhadap kesihatan memang ada malah agak banyak juga. Sadisnya ramai yang dengan sengaja bersikap endah tak endah. Malah ada juga yang seolah ingin menidakkan isu ini dengan terus mengamalkan corak pemakanan yang kurang sihat begini. Besar kemungkinan disebabkan ingin terus menikmati makanan yang sedap dan nampak lebih bergaya.

Apapun tolonglah sedar yang makanan begini sememangnya ada banyak kekurangan dan antara lima sebab utama yang berkaitan dengan keburukan makanan segera ini terhadap tubuh badan manusia adalah :

1- Antara Penyumbang Terbesar Untuk Masalah Obesiti

Faktor obesiti ini sangat membimbangkan teruatama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sedihnya bahaya kegemukan begini seolah-olah telah menjadi suatu sindrom baru bagi rakyat Malaysia.

Corak pemakanan yang berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi secara keterlaluan adalah penyumbang utama untuk masalah ini.

2. Penyebab Kepada Masalah Gigi Rosak Yang Teruk

Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia terbitan Kementerian Kesihatan mencadangkan kanak-kanak kurang tujuh tahun boleh mengambil gula tidak melebihi empat sudu sahaja. Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi biasanya ada dalam makanan ringan.

Pengambilan gula secara berlebihan ini boleh menjadi salah satu faktor penyebab kalori tinggi hingga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Gigi juga mudah rosak dengan masalah karies gigi dan juga plak yang keterlaluan dan sebagainya.

3 – Boleh Membahayakan Sistem Pencernaan dan Kardiovaskular

Makanan segera juga selalunya terdiri dari makanan yang bergoreng dengan tambahan lemak. Maka makanan begini boleh menyebabkan masalah pada pencernaan jika terus di makan tanpa had dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang boleh membahayakan lagi kesihatan pada tubuh badan.

4 – Boleh Membahayakan Sistem Pernafasan (Terutama Pada Kanak-Kanak)

Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa.

keburukan makanan segera
image via : Parents

5- Meningkatkan Tekanan Darah dan Membebankan Jantung

Makanan ringan tinggi kandungan garam turut mengakibatkan penambahan pengambilan garam yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.

Banyak Makanan Segera Yang Lagaknya Kurang Berkhasiat Berbanding Masakan Ibu Di Rumah

Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, berkata makanan ringan dan segera adalah sajian yang mengandungi tinggi kalori, tetapi kandungan zat nutrien adalah rendah.

Faktor ini merangsang pelbagai deria rasa pada lidah sehingga membuatkan seseorang itu berasa tertarik dan sering ingin makan makanan tersebut terutamanya kanak-kanak. Kerana itu kanak-kanak dan remaja lebih cenderung ingin selalu menikmatinya berbanding dengan orang dewasa.

Secara tidak langsung ternyata makanan ringan ini kurang berkhasiat jika hendak dibandingkan dengan masakan dari air tangan ibu sendiri di rumah. Contoh terdekat makanan ibu di rumah akan mengutamakan soal kebersihan dan kesegeran bahan manakala makanan segera ini lebih menitikberatkan soal rasa dan kepuasan makan untuk si pembeli.

Berubahlah Kepada Makanan Dari Rumah Dengan Bahan Segar Untuk Terus Kekal Cergas Dan Sihat

Pada para ibu di luar sana, mohon rajinkanlah diri anda untuk memberi masakan yang terbaik dari bahan segar untuk anak-anak. Nak jamu selera dengan makanan segera sekali sekala untuk lepaskan rasa teringin masih boleh dimaafkan namun janganlah hingga jadikan makanan segera ini sebagai makanan utama yang akan dinikmati saban hari. Kesian anak-anak. Takut nanti tumbesarannya tidak sejajar dengan umur.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Avatar

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.