Kita ketahui bahawa cuka epal telah digunakan sejak turun temurun dalam membantu merawat pelbagai penyakit. Namun adakah anda tahu bahawa jika mengambil cuka epal secara berlebihan boleh mendatangkan keburukan?

Sememangnya Ya! Mengambil cuka epal secara berlebihan mempunyai keburukan yang tidak kita sangkakan. Jangan berlengah lagi, jom lihat kami kongsikan 12 keburukan cuka epal jika diambil secara berlebihan.

keburukan cuka epal
Imej via [aratanhc]

1. Menyebabkan Sistem Pencernaan Terganggu

Pengambilan cuka epal secara berlebihan akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu. Anda akan kerap membuang air secara berlebihan. Apabila kerap membuang air dengan kerap, tubuh lebih terganggu malah mendapat masalah pencernaan di dalam badan pula. 

2. Tubuh Mengalami Dehidrasi

Dengan pengambilan cuka epal yang berlebihan, badan anda akan mengalami dehidrasi. Ia menunjukkan bahawa kandungan air di dalam badan tidak mencukupi akibat proses pencernaan yang terganggu seperti yang kita bincangkan tadi.

Oleh itu, apabila dehidrasi berlaku, pasti akan mengakibatkan badan mengalami masalah kulit kering dan penyakit kulit. Ia adalah satu keburukan cuka epal yang harus kita sedari.

3. Badan Akan Lebih Berbau

Cuka epal mengandungi asid yang sememangnya baik untuk masalah penyakit kulit. Namun tahukah anda, pengambilan cuka epal yang berlebihan dapat mengakibatkan asid di dalam badan akan meningkat dan sistem perkumuhan seperti peluh akan menjadi lebih berbau.

Keburukan cuka epal yang anda perlu tahu adalah ia membuatkan tubuh badan anda tidak selesa dan berbau. Apabila kandungan asid di dalam peluh banyak, pasti bau yang tidak menyenangkan akan dihidu oleh orang di sekeliling anda.

keburukan cuka epal
Imej via [hanieyresepi]

4. Badan Akan Kekurangan Rasa Lapar

Cuka epal memang terkenal dengan sistem membantu untuk menurunkan berat badan. Keburukan cuka epal sekiranya ia diambil secara berlebihan adalah cuka epal dapat mengurangkan kadar potassium di dalam badan justeru mengakibatkan pelbagai kesan sampingan. Kandungan paras kalium di dalam badan juga akan menjadi sangat rendah.

5. Mengganggu Pernafasan Di Bahagian Perut

Salah satu keburukan pengambilan cuka epal secara berlebihan juga adalah ia akan mengakibatkan gangguan pernafasan di bahagian perut. Kesan gangguan pernafasan perut dapat mengurangkan kadar makanan meningkalkan perut dan memasuki saluran pencernaan.

Prosesnya akan berlaku secara perlahan dan lebih lambat. Masalah penyerapan makanan di dalam aliran darah akan lambat terjadi seterusnya mendatangkan pelbagai masalah.

6. Tulang Menjadi Tidak Kuat

Kalium dan potassium akan berkurangan di dalam tubuh badan sekiranya mengambil cuka epal secara berlebihan. Untuk pengetahuan anda, dengan kekurangan potassium dan kalium dalam tubuh, ia akan menjadikan tulang tidak kuat dan lemah. Dalam erti kata lain, kerapuhan tulang kemungkinan besar akan terjadi.

keburukan cuka epal
Imej via [aramimosa]

7. Gigi Akan Rosak

Selain kekurangan kalium dan potassium, di dalam cuka epal juga mengandungi asid esetik dapat merosakkan enamel gigi menurut beberapa kajian. Keburukan cuka epal yang diambil secara berlebihan dapat merosakkan gigi, tekstur gigi serta warna gigi. Selain itu, gigi juga akan menjadi lebih kerap sensitif dan sakit.

8. Tubuh Badan Akan Menjadi Elergik

Jelaslah cuka epal dapat mendatangkan pelbagai kesan buruk jika diambil secara berlebihan. Jika anda sering mengambil ubat-ubatan ataupun suplement tambahan selepas pengambilan cuka epal, sudah pasti akan terjadi pelbagai tindak balas. Antaranya adalah anda akan merasa perut sakit, alahan, kulit akan menjadi gatal-gatal dan sebagainya.

9. Bengkak Peranakan

Khas untuk kaum wanita, anda disarankan agar tidak mengambil cuka epal secara berlebihan. Tertanya-tanya kenapa? Kerana di dalam cuka epal ini terdapat kandungan asid yang sangat tinggi.

Malang sekali, ph cuka epal tidak beberapa sesuai untuk pengambilan yang banyak bagi kaum wanita. Masalah yang sering berlaku kepada wanita yang mengambil cuka epal secara berlebihan adalah masalah bengkak peranakan. Ia menghakis sehingga di bahagian peranakan sehhingga menyebabkan bengkak, luka dan kerosakan.

keburukan cuka epal
Imej via [meemuslim]

10. Dapat Mendatangkan Pelbagai Penyakit Dalaman

Bagi anda yang sering mengalami masalah kesihatan dalaman badan, cuka epal tidak digalakkan untuk anda ambil secara berlebihan. Terdapat pelbagai masalah penyakit yang terjadi akibat keburukan cuka epal yang telah bertindak balas. Antaranya adalah pedih ulu hati, sakit perut, ulser perut, masalah asid reflux dan sebagainya.

11. Mendatangkan Kepedihan Di Kerongkong

Cuka epal berpotensi untuk menyebabkan kecederaan esofagus (kerongkong) kerana keasidan ph yang tinggi. Kajian menunjukkan cuka yang mengandungi asid asetik secara tidak sengaja ditelan oleh kanak-kanak dapat menyebabkan kerongkong terbakar.

Para penyelidik mencadangkan cuka dianggap sebagai “bahan kaustik yang kuat” dan disimpan dalam bekas kalis air dan tidak terdapat kes-kes yang muncul dari cuka epal itu adalah mengenai kerongkong terbakar. Walau bagaimanapun, satu laporan kes mendapati bahawa tablet cuka epal cider menyebabkan luka terbakar selepas menjadi tersusun di dalam kerongkong seorang wanita.

Wanita itu berkata dia mengalami kesakitan dan kesukaran menelan selama enam bulan selepas kejadian itu. Jadi berhati-hatilah ketika mengambil cuka epal secara berlebihan.

keburukan cuka epal
Imej via [wom]

12. Pengambilan Ubat Lain Tidak Akan Berfungsi

Bagi anda yang mengalami masalah jantung dan kencing manis, jangan sesekali mengambil cuka epal apatah lagi mengamalkannya. Jika anda yang selalu mengambil ubat-ubatan jantung atau kencing manis mengambil pula cuka epal, ia akan meneutralkan kandungan ubat tersebut dan ubat yang dimakan tidak berfungsi di dalam tubuh badan.

Kesimpulannya, walaupun cuka asid ini dapat mendatangkan keburukan jika meminumnya dengan kuantiti yang berlebihan, namun ia dapat mendatangkan manfaat jika meminumnya dengan kadar yang sedikit.

Antara kebaikan yang dapat melalui pengambilan yang minima adalah dapat membantu pembiakan bakteria baik didalam saluran sistem pencernaan kita dan sebagai enzim mentah yang amat sesuai untuk tubuh badan kita supaya lebih sihat.

Jom baca juga Khasiat cuka epal, Resepi air epal hijau, Khasiat jambu batu dan Resepi ikan tenggiri masak cuka.

Rujukan:

  1. eratuku
  2. htgetrid
  3. medic-life

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.