Daun stevia atau nama saintifiknya adalah Astereacea merupakan sejenis herba tumbuhan yang mempunyai sejenis komponen pemanis. Bahan pemanis semulajadi yang digelar Steviol Glycoside ini boleh dijadikan sebagai pengganti gula pasir. Ia disebut ekstrak Stevia.

Tahukah anda, ekstrak stevia ini tidak mempunyai kalori sama sekali, begitu juga dengan kolestrol dan karbohidrat. Sudah pasti kesannya bukan seperti kesan pengambilan gula biasa yang berbahaya jika tidak dikawal.

Ekstrak stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sejenis bahan pemanis di bawah akta pemakanan. Nak tahu kebaikan stevia yang sebenarnya? Jom lihat 15 kebaikan stevia ramai tak tahu.

kebaikan stevia
Imej via [tokopedia]

1. Mencantikkan Gula Dalam Darah

Kajian telah dilakukan antara gula dan stevia. Terbukti, stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah anda dengan lebih berkesan dan lebih baik.

2. Menghalang Jangkitan Candidiasis

Stevia dapat menghalang jangkitan bakteria atau yis yang berkembang dan membiak di dalam tubuh badan anda. Sekiranya anda menikmati gula biasa, yis akan bekembang dan membiak dengan jayanya.

3. Rendah Kalori Dan Tiada Kolestrol

kebaikan stevia
Imej via [Tekno Tempo]

Dengan mengamalkan stevia sebagai gula, kalori dalam tubuh badan anda akan lebih rendah. Anda dapat elakkan diri dari masalah berat badan dan kolestrol berlebihan.

4. Tidak Beku Dalam Badan

Pengambilan gula menyebabkan komponen pemanis terlekat dan terkumpul di dalam badan sedangkan stevia tidak. Stevia mengandungi steviol glycosides yang menghasilkan air kencing dalam sistem penghadaman dan tidak dikumpulkan. Begitulah sebaliknya jika anda mengambil gula.

5. Melawaskan Kencing

Kebaikan stevia ramai tak tahu adalah ia juga dapat melawaskan kencing anda dengan mudah. Semuanya bermula dengan sistem pencernaan dan penghadaman dengan lancar setelah mengambil stevia.

6. Menurunkan Tekanan Darah

kebaikan stevia
Imej via [Hello Sehat]

Berbeza dengan gula, stevia dapat menurunkan tekanan darah anda dengan mudah. Jangan terkejut jika anda tidak amalkan gula dalam pemakanan tetapi amalkan stevia, tiba-tiba tekanan darah turun dengan baik.

7. Menurunkan Berat Badan

Berat badan akan mudah turun sejak amalkan stevia dalam pemakanan dan minuman. Kebaikan stevia ini membuatkan ramai wanita dan lelaki berumur mula amalkannya. Anda pula bagaimana?

8. Antibakteria

Seluruh tubuh badan anda mungkin akan dijangkiti dengan bakteria. Namun, dengan adanya stevia, anda tidak mudah terdedah dengan bakteria lagi. Kebaikan stevia atau ciri-cirinya yang hebat adalah antibakteria terhadap tubuh badan anda.

9. Anti-Radang

Salah satu kebaikan stevia juga adalah ia bersifat anti-radang. Anda tidak akan mengalami gatal-gatal badan, ruam dan lain-lain lagi jika anda pengguna stevia. Penyakit kulit juga dapat diatasi dengan mudah.

10. Mengelakkan Obesiti

Obesiti berlaku akibat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Walaupun anda tidak bersenam, anda tidak akan terdedah dengan risiko obesiti sekiranya anda menukarkan gula dengan stevia. Ini kerana stevia bebas dari kolestrol dan kalori.

11. Meningkatkan Tenaga

Herba semulajadi yang berfungsi sebagai pemanis memberikan anda tahap tenaga yang berpanjangan dan kuat. Jangan risau, ia bukanlah gula berlebihan yang bertukar menjadi karbohidrat dan lemak. Anda tidak akan terjejas sedikit pun.

12. Menguatkan Rambut Dan Kuku

Jangan terkejut jika stevia juga berfungsi sebagai kalsium. Antara kebaikan stevia ramai tak tahu adalah ia dapat menguatkan rambut dan kuku. Anda boleh mengamalkan stevia dari kecil lagi terutamanya jika anda bukanlah seorang penggemar susu.

13. Mengatasi Tekanan Dan Hypertension

Pendek kata, stevia memberikan pendekatan untuk anda amalkan gaya hidup sihat tanpa mengalami tekanan mahupun hypertension. Kebaikan stevia dari segi menguatkan mental juga dapat mengelakkan seseorang itu menghadapi tekanan perasaan dan hypertension.

14. Mengatasi Masalah Insomnia

Masalah insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam adalah masalah kesihatan yang sangat serius dan bakal menjejaskan hidup anda. Ubahlah gaya pemakanan anda dengan menggunakan stevia sebagai gula dalam minuman, pasti insomnia anda akan berkurangan dan diatasi dengan mudah.

15. Mengelakkan Kencing Manis

kebaikan stevia
Imej via [Melayupedia]

Jangan risau jika anda pesakit kencing manis yang ingin menikmati makanan manis. Ekstrak stevia menghalang anda daripada mengalami sakit akibat kencing manis dan luka-luka. Stevia membantu menyeimbangkan kawalan paras gula dalam darah anda dengan berkesan dan baik.

16. Melicinkan Kulit Dan Awet Muda

Nak kulit flawless dan gebu? Kulit lebih licin dan awet muda juga adalah salah satu kebaikan stevia yang harus anda tahu. Rupanya ia juga mencantikkan kulit dan menjadikan anda lebih awet muda.

17. Memutihkan Kulit Wajah

Stevia juga mengandungi vitamin dan mineral yang tanpa protein yang berfungsi memutihkan wajah. Bonus bagi anda yang tidak suka makan sayur, tetapi mengamalkan stevia dalam pemakanan. Kulit wajah akan tampil cerah dan putih.

18. Melancarkan Sistem Pembuangan

Kadang-kadang rasa susah sahaja untuk membuang toksid dari dalam badan kan? Adakalanya sistem pembuangan tidak lancar dan harus anda beri perhatian. Jom tukarkan gula pasir kepada ekstrak stevia supaya anda dapat membuang dengan lebih lancar lagi.

19. Menjimatkan Kos Barang Dapur

Kos barang dapur termasuk gula pasir yang anda beli setiap bulan boleh dijimatkan sekiranya anda bertukar kepada stevia ekstrak. Kebaikan stevia lebih banyak dari gula pasir dan kesannya lebih bagus. Di samping menjimatkan kos barang dapur, anda juga boleh menambah baik tahap kesihatan anda.

20. Mengelakkan Keletihan Berlebihan

Kebaikan stevia yang terakhir adalah ia dapat menghalang anda daripada mengalami keletihan yang berlebihan. Badan yang lemah juga dapat diatasi sekiranya anda mengamalkan stevia.

Itulah dia 20 kebaikan stevia ramai tak tahu dan sememangnya amat berkesan untuk anda amalkan.

Rujukan:

  1. Worldchoice
  2. Facebook
  3. steviamalaysia


Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.