Sauna atau mandi wap yang merupakan amalan tradisi sejak zaman dahulu lagi ini mempunyai khasiat dan kelebihannya yang tersendiri untuk kesihatan anda. Umumnya, ia bukan sahaja menyihatkan tetapi ia juga mempunyai khasiat kecantikan yang ramai tak tahu.

Bagaimana Sauna Atau Mandi Wap Dilakukan?

Mandi wap atau sauna dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan herba semulajadi. Ini bermaksud anda mendapat wap sauna daripada khasiat herba tersebut. Daun-daun herba direbus dalam periuk manakala anda diselungkupkan dengan selimut, kain atau tikar untuk mendapatkan wap herba tersebut.

Sauna akan menyebabkan anda berpeluh dan terasa sedikit panas, namun tatkala anda bersauna, banyak kebaikan sauna yang bakal anda nikmati. Sekarang, sauna tidak sukar lagi untuk dilakukan, ia telah dimodenkan dari segi peralatan.  Jom ketahui kebaikan sauna.

13 Kebaikan Sauna Atau Mandi Wap Bakal Mengejutkan Anda!

Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!

1. Proses Detoksifikasi

Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.

2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan

Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.

3. Melegakan Otot Dan Urat

Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.

4. Merehatkan Minda Dan Emosi

Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.

5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit

Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.

6. Mencantikkan Kulit

Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.

7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.

8. Melangsingkan Tubuh Badan

“Betul ke sauna dapat kuruskan badan dan rampingkan tubuh badan?”

Memang betul. Bukan sahaja kurus, tetapi tubuh juga lebih langsing dan ramping. Lemak dan kolestrol akan pecah dan memudahkan anda mendapatkan bentuk tubuh badan yang lebih ideal, cantik dan ramping.

9. Membuang Daki Dan Putihkan Kulit

Pernahkah anda menggunakan scrub untuk menghilangkan daki di badan? Ia lebih mudah jika anda melakukan sauna. Kebaikan sauna bakal mengejutkan anda adalah sauna juga dapat membuang segala daki di tubuh badan anda sekaligus memutihkan kulit anda. Sauna bertindak balas dengan dermis dan epidermis kulit anda serta pigmentasi kulit tubuh.

10. Melancarkan Peredaran Darah

Akibat faktor pemakanan, gaya hidup dan lain-lain lagi, kemungkinan besar pengaliran dan peredaran darah anda tidak normal. Tambah-tambah jika anda mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. Salah satu kebaikan sauna yang membantu anda adalah ia dapat melancarkan peredaran darah. Memang bagus melakukan sauna untuk kesihatan dalaman, darah dan jantung anda.

11. Menghilangkan Bau Badan

Ada orang yang sudah sebati dengan bau badan. Ke mana sahaja, bau badan pasti takkan hilang. Penat fikirkan cara menyelesaikan masalah ini. Rupa-rupanya kebaikan sauna adalah menghilangkan bau badan yang selama ini sudah sebati dengan badan anda. Menarik kan? Cuba anda amalkan melakukan sauna setiap minggu. Pasti bau badan akan hilang dengan mudah.

12. Membuang Angin Dari Badan

Setelah melakukan sauna, angin dari seluruh badan akan keluar dengan mudah. Ia akan mengelakkan dariapada migrain berterusan, sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta pedih ulu hati. Kebanyakan masalah kesihatan yang berlaku adalah disebabkan oleh angin dari badan.

13. Melancarkan Sistem Pencernaan

Ada orang yang mengalami masalah penghadaman, pencernaan dan juga pembuangan atau selulit. Kebaikan sauna adalah dapat melancarkan sistem pencernaan tubuh badan anda. Selepas melakukan sauna, anda akan merasai perbezaan tubuh badan dari segi sistem pencernaan anda.

 

Banyak lagi kebaikan sauna yang dapat anda nikmati, namun itu sahaja yang kami simpulkan setakat ini. Apa lagi, jom mula bersauna hari ini! Jemput baca Cara hilangkan ketuat di kaki, Produk hilangkan parut jerawat dan Cara penjagaan buah pinggang wajib anda tahu.

 

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.