9 Khasiat Kacang Parang Untuk Kesihatan( Wow)

Kacang parang atau vicia faba datang dari keluarga Fabaceae. Ia mempunyai banyak nama dalam Bahasa Inggeris termasuk fava bean, broad bean, English bean, horse bean, dan pigeon bean. Ia berasal dari kawasan Mediterranean atau barat daya Asia.

Kacang parang pernah menjadi makanan bagi penduduk Mesir, Greek dan Rom sebelum tersebar sehingga ke utara India dan China. Pasti ada sesuatu yang menarik mengenai kacang parang sehingga ia begitu popular. Berikut 9 sebab mengapa kacang parang diminati ramai.

Kacang parang

Imej via Pixabay

1. Kaya Mineral

Kacang parang mengandungi serat, vitamin K, vitamin B6, zink, kuprum, zat besi, magnesium, kalori, karbohidrat, protin, lemak, serat, mangan, kurpum, fosforus, thiamine, riboflavin, kalsium, potassium dan banyak lagi.

2. Baik Untuk Sistem Saraf

Ia kaya dengan folate iaitu nutrien yang berguna untuk metabolisme tenaga, menyokong sistem saraf dan menyihatkan sel darah merah.

3. Kurang Risiko Cacat Janin

Kacang parang secara semulajadinya baik untuk bakal ibu. Ia mengurangkan risiko kecacatan lahir kepada bayi. Jadi, ia sesuai berada dalam diet para ibu.

4. Kurang Risiko Penyakit Kronik

Mereka yang makan kacang kuda mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap penyakit jantung, kanser dan tekanan.

5. Kesihatan Tulang

Satu cawan kacang parang mengandungi 36% keperluan harian mangan. Mangan mengurangkan masalah kekurangan kalsium. Justeru, ia bagus untuk mendapatkan tulang yang sihat.

6. Merendahkan Tekanan Darah

Hipertensi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita memerlukan magnesium. Magnesium boleh merendahkan tekanan darah sekaligus membantu mendapatkan jantung yang sihat.

7. Menguatkan Sistem Imunisasi

Kuprum yang ada di dalam kacang kuda membantu mengekalkan sel darah sihat. Sel darah putih adalah penting untuk memusnahkan patogen yang menjadi punca penyakit.

Tanpa sel darah putih yang sihat, tubuh mudah dijangkiti penyakit. Kuprum memainkan peranan memastikan sel-sel darah putih ini berfungsi dengan baik iaitu dengan melawan radikal bebas yang merosakkan.

8. Elak Risiko Anemia

Kandungan zat besinya pula memberikan kita tenaga harian yang diperlukan. 1 cawan sudah cukup memberikan kira-kira 14% keperluan harian.

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan kepada sel-sel. Kekurangan zat besi menyebabkan proses ini agak sukar.

Kita akan berasa letih dan tidak aktif. Kesannya, kita mungkin akan menghidap anemia.

9. Kawal Simptom Parkinson

Beberapa kajian menunjukkan kacang parang mungkin dapat mengawal simptom penyakit Parkinson. Ini juga menunjukkan kemampuannya dalam memperbaiki fungsi motor.

Kacang parang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Namun begitu, kacang parang turut mempunyai kekurangan iaitu ia boleh menyebabkan alergi dan memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan.

Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat sekiranya ada keraguan atau khuatir mengenai kesihatan anda.

Rujukan

Draxe

Artikel Kesihatan Lain

Selain kacang kuda, kami juga menulis artikel kesiatan dan khasiat yang lian. Jom abca. Jangan lupa untuk share dan kongsikan jika menarik ya.

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!