Apabila disebut mengenai aloe vera pasti ramai yang terfikir mengenai kegunaan dan kebaikannya kepada manusia. Kita juga dapat melihat bahawa sesetengah produk pada masa kini mempunyai kandungan aloe vera.

Hal ini kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan kepada kita. Contohnya, produk kecantikan muka dan pencuci rambut mengandungi kandungan aloe vera.

imej via google

Jom kita lihat input yang menarik daripada Puan Noor Fazliana Yana mengenai kebaikan aloe vera kepada kulit wajah.

4 Kebaikan tersebut:

1. Merawat Kulit Kering.

  • Masalah kulit kering amatlah tidak selesa. Lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kulit menjadi kasar, merekah, mudah luka ataupun terasa pedih.
  • Dalam penjagaan kulit wajah, aloe vera juga digunakan sebagai alternatif bagi mengembalikan kelembapan yang hilang selain dari minum air secukupnya setiap hari atau menggunakan krim pelembap.

2. Mengatasi Kulit Berminyak.

  • Kulit muka yang berminyak akan mendatangkan pelbagai masalah kulit wajah. Salah satunya adalah jerawat.
  • Kandungan pH di dalam aloe vera dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.

3. Anti Penuaan dan Anti Oksida.

  • Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink yang terdapat dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi dan sekaligus ia membantu melambatkan proses penuaan.
  • Kandungan nutrisi dalam lidah buaya membantu mengurangkan tanda tanda awal penuaan seperti kedutan pada wajah. Zat zat yang terkandung di dalam lendir lidah buaya mudah meresap ke dalam kulit wajah menjadikan kulit sentiasa lembap dan kelihatan awet muda.

4. Melegakan Kulit Dari Panas Matahari.

  • Bagi anda yang kerap melakukan aktiviti luar atau ruang kerja yang sentiasa terdedah dengan panas matahari amat disarankan menggunakan aloe vera.
  • Ia mampu memberi kelegaan dan mengembalikan kesegaran kulit wajah. Kulit wajah tidak lagi terasa pedih oleh bahang panas matahari. 

*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu anda untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang kebaikan aloe vera.

Hal ini kerana Aloe vera bukan sahaja dapat membantu dari segi kulit wajah sahaja tetapi ianya juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Anda boleh merujuk sumber yang asal di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.