Jagung adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Jagung selalu dimasak secara rebus atau kukus, kemudian letak sedikit butter dan garam pada jagung. Memang sedap rasanya, lebih-lebih lagi jagung segar yang baru dipetik dari ladang.

Jagung juga telah dipelbagaikan cara masakannya. Jagung yang sudah dipisahkan dari tangkainya dan dikukus, digaulkan dengan susu, butter dan garam sedikit untuk memberi rasa manis. Ia juga boleh dimasak bersama nasi.

Jagung mempunyai banyak khasiat antaranya, seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Tetapi adakah anda tahu rerambut pada jagung itu sendiri juga ada khasiatnya?

rerambut jagung
Image via drsuriroowi

Apakah khasiat rerambut pada jagung itu sendiri?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat air rebusan rerambut jagung. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.

Kebaikan air rebusan rerambut jagung

Rerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber alternatif terhadap pelbagai penyakit. Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh msyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.

Antara kebaikannya :

Rerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan masalah kegemukan.

Air rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah

Ianya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel- sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula.

Rerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang

Bahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3′-methoxymaysin dan terbitan maysin

*Jadi selepas ini, jika beli jagung tidak perlu lagi membuang rerambut pada jagung. Rerambut itu kita boleh guna jadikan air rebusan untuk kita minum. Begitu banyak sekali khasiat rerambut jagung, tetapi jika rasa ragu-ragu, pergi berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .