Rendah kalori, bebas dengan kolestrol dan lemak, ini hanya sedikit kebaikan air kelapa. Air kelapa atau pun disebut sebagai 100plus semula jadi kini semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat.

Tahukah air kelapa sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan air penghidrat tenaga diluar sana. Air semula jadi ini sangat kaya dengan nutrient nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan kebaikan air kelapa yang menjadi mengapa ia sungguh popular.

air kelapa
Imej:news.com.au

 

#1 Membantu Untuk Menguruskan Badan

Bagi mereka diluar sana yang ingin menurunkan berat badan, jangan takut untuk minum minuman yang sihat ini kerana air kelapa ini kandungan lemaknya rendah. Jadi, usahlah khuatir, berat anda tidak akan naik jika anda minum air kelapa.

Air kelapa juga boleh mengawal nafsu makan anda dengan membuatkan anda kenyang dengan serta merta. Dengan air kelapa sahaja anda boleh berdiet.

 

#2 Boleh Mendapatkan Kulit Yang Licin, Halus dan Mulus

Kulit anda tidak sekata? Ataupun masalah jerawat? Apa kata anda cuba meminum air kelapa. Air kelapa berupaya melembabkan kulit anda sama seperti fungsi pelembab yang dijual di pasaran sekarang.

Selain itu, ia juga membuang minyak minyak muka yang banyak dan membuatkan kulit anda lebih sekata. Tidak hairanlah jika krim krim pemutih dan pelembab yang dijual mengandungi ekstrak kelapa yang banyak. Tetapi, bukankah lebih elok jika kita berpaling kepada alam sekitar?

 

#3 Ubat Bagi Mereka Yang Mabuk

Menurut seorang Professor Antropologi di Union College, James M. Schafaer, mabuk adalah disebabkan badan mengandungi tosik yang banyak tetapi tidak mampu untuk mengeluarkannya.

Semasa mabuk, seseorang akan mengalami muntah muntah dan rasa seperti hendak membuang air kecil. Air kelapa mengandungi electrolyte dan vitamin yang diperlukan untuk mengembalikan tenaga yang hilang semasa mabuk.

 

#4 Mempercepatkan Pencernaan

Air kelapa dikatakan boleh mempercepatkan proses pencernaan. Jadi, jika anda menghadapi masalah seperti sembelit, sakit perut dan sebagainya, anda sangat digalakkan untuk meminum air kelapa.

Air kelapa mengandungi kadar fiber yang tinggi dan boleh mengelakkan daripada berlaku masalah penghadaman di dalam perut. Ia juga boleh mengelakkan daripada berlakunya gastrik.

 

#5 Meningkatkan Hidrasi Badan Anda

Seperti yang disebutkan di atas tadi, air kelapa dikenali sebagai air isotonik semula jadi. Air ini mempunyai beberapa elemen seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh semasa bersukan.

Ia juga lebih sihat daripada meminum air tenaga yang dijual di pasaran! Ketika sedang melakukan aktiviti yang lasak dan berpeluh, badan manusia akan hilang banyak mineral. Jangan lupa, kandungan mineralnya lebih banyak daripada air tenaga kegemaran anda.

 

#6 Mengurangkan Tekanan Darah

Menurut Dr Bruce Fife Pengarah Pusat Penyelidikan Kelapa, kajian menunjukkan bahawa air kelapa boleh meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Disebabkan oleh ketidak seimbangan electrolyte di dalam badan, maka berlakunya peningkatan tekanan darah. Memandangkan air kelapa mampu untuk mengimbangkan electrolyte maka tidak hairanlah jika ia dikatakan mampu mengurangkan strok dan tekanan darah.

Adalah sangat digalakkan bagi penghidap penyakit darah tinggi untuk meminum air kelapa setiap hari untuk mengawal tekanan darah anda.

 

#7 Kaya Dengan Nutrient

Jangan samakanair kelapa dengan air yang dijual di pasar raya. Kerana kemampuannya lebih daripada itu! Ia mempunyai gula, vitamin, mineral, enzim dan macam macam lagi tetapi masih lagi bersifat semula jadi.

Selain itu, air kelapa juga mengandungi 5 electrolyte penting yang ada di dalam badan manusia seperti kalsium, potassium, magnesium, fosforus dan sodium. Air kelapa juga sangat bagus untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Jadi, tidak perlulah anda memasamkan muka setiap kali memakan ubat. Air kelapa kan ada?

 

#8 Sesuai Dengan Darah

Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) air kelapa sangat serupa dengan darah manusia. Oleh sebab itu, air kelapa telah banyak digunakan di dalam peperangan seperti Perang Dunia Kedua untuk menyelamatkan nyawa.

Selain itu, ia bersifat isotonik kepada darah manusia. Oleh sebab itu ia boleh digunakan untuk menghidrasikan semula badan jika berlaku kecemasan.

 

Berapa Banyak Yang Patut Anda Ambi?

Terus terang, memandangkan air kelapa boleh dinikmati begitu sahaja, tiada halangan untuk anda minum seberapa banyak yang anda suka. Walau bagaimanapun, pakar daripada Mayo Clinic sangat mengesyorkan anda untuk minum dengan banyak jika anda seorang yang aktif bersukan.

Jangan lupa untuk mencari buah yang paling segar, paling muda dan paling hijau semasa proses mencari air kelapa. Selalunya buah kelapa yang paling hijau dan muda itulah yang mengandungi air yang banyak. Goncanglah buah kelapa itu jika anda masih mahukan kepastian untuk mengetahui berapa banyak kandungan airnya.

Ayuh amalkan air kelapa dalam kehidupan seharian kita!

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .